NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, July 31, 2011

PUTUS TERPAKSA - Khairul Fahmi vs Jimmy




Akhirnya .. Selesai lah segala kekusutan kan .. Front page Harian Metro hari tu .. layang layang sudah terputus tali nya .. nak buat macam mana .. dah takde jodoh lah tu .. tu gambar konon konon skandal apek kan .. apek cakap memang diorang rapat tapi bukan awek okay .. baru belasan tahun .. satu kampung lagi .. apek cakap kan banyak gambar gambar pompuan yang dikaitkan dengan dia dekat internet , sampai ada yang dia tak kenal .. ahaaa itu lagi kelakar .. ada gak eh orang nak publisiti murahan .. kalau aku tau , aku letak gambar aku pakai tudung , claim diri aku awek ape , Kekaki Runcing .. hehe .. tapi itu laa .. tak tau nak kata betul ke tidak .. kalau takde angin , takkan pokok bergoyang .. tengok cam Memey dengan Norman Hakim tu .. duk deny deny .. last sekali betul diorang bercinta ..


Al Kisah Jimmy ini . dah letih dah dengar drama diorang ni . entah bila nak habis . Jimmy kata cam ni , Suhaila kata cam ni . then buat debat pulak dah . senang senang , buat je press conference bersama . baru settle kan . buat membazir je space dalam paper duk tegak kan benang yang basah . tapi yang best hari ni punya surat khabar lah . Isteri Jimy buat kenyataan bertulis mengatakan Jimmy Shanley tidak siuman . pulak dah . kalau tak siuman , takkan lah awak boleh beranak Suhaila oi . dengar nya before hari kahwin pun , Suhaila kena tampar , eh tapi nak kahwin jugak . dia kata lagi sebab dia lari dari honeymoon , sebab Jimmy sepak terajang dia . sebab tu dia lari . aku rasa pelik sebab macam Suhaila ni tak kenal je Jimmy , dah kata bercinta dulu kan before kahwin . bukannya kenal hari ni , esok kahwin . 

p/s : apa apa pun , pagi tadi aku tweet APEK PUTUS TUNANG , hp aku dibanjiri soalan " Serious ? biar btol ? " daripada perempuan perempuan . omo , minat betul dekat Apek . aku nak buat plastic surgery lah . nak kasi nampak chinese sikit muka aku ni . tapi mata aku dah sepet dah . kira dah chinese kan ? haha .. aku sediakan sekali lirik lagu Putus Terpaksa dari Ziana Zain .. sesuai sangat ..

Seringkali kau menepis tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku

Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku...

Demi masa hadapan kita
Aku merayu
Kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Ku pasti ruang untuk mu
Masih ada...

Sudah puas ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita

Namun tiada oh kudratku untuk
Halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu

Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti





Saturday, July 30, 2011

PENGAKHIRAN HIDUP ALEESHA FARHANA


Semua sedia maklum kan pasal Aleesha Farhana atau Ashraf kan ? Ni post ketiga aku pasal Aleesha Farhana . korang boleh rujuk ENTRI PERTAMA dan ENTRI KEDUA yang aku ada cerita pasal ni . ni entri terakhir lah nampak gaya nya . Pagi tadi dekat Radio Sinar ada beritahu Aleesha Farhana atau nama sebenar dia Ashraf meninggal dunia dekat wad ICU . baru baru ni dia di masukkan dekat hospital sebab dia muntah muntah akibat tekanan dan depresi since permohonan nak tukar nama dekat IC di tolak oleh mahkamah kan . sedih bagi aku sebab dia meninggal dalam keadaan macam ni . tak sempat nak bertaubat , insaf semua . 

Merujuk kata kata mak dia dulu " jika mati adalah penyelesaian nya , ambil lah nyawa Ashraf , tapi sebelum tu , ambil la nyawa kami ( mak dan ayah ) dahulu sebab kami adalah sebahagian daripada punca masalah ini " . Tuhan makbulkan sebahagian doa ibunya dengan menarik nyawa si Ashraf tapi tuhan itu maha adil dan maha megetahui . ibu dan ayah Ashraf masih hidup dan dibiarkan menikmati nikmat dunia selagi ajal belu menjemput . ye la ajal dan maut di tangan tuhan . semua telah di takdirkan . semua telah tersurat . apa apa pun , kita sebagai umat yang masih hidup , ambil iktibar dari apa yang berlaku . jangan menghukum Ashraf , dia diantara golongan yang di ambil nyawanya dulu sebelum sempat pulang ke pangkal jalan . kita yang masih hidup , ambil la yang baik jadi kan pengajaran , yang buruk jadikan sempadan . 



AYAH KU KAHWIN LAGI ....

Segala persiapan dah siap . Hotel semua dah siap hias semua . tunggu pak imam datang je . semua vvip , tetamu dah datang . aku dalam bilik , dalam kekecewaan , confuse , semua macam mimpi . berlaku sekelip mata . tema ungu putih . pengantin perempuan , bakal mak tiri aku tu , tak tau rasa bersalah langsung . gembira jer dia . happy jer dia . ada dia fikir perasaan bakal anak tiri dia ? mentang mentang dia kaya . ada hotel . kebetulan pulak majlis tu buat dekat hotel dia . boleh berlagak lah . gila punya perempuan . abah aku ni pulak nervous macam ni first time kahwin , padahal ni kali ke empat dah . confirm confirm jadi isu esok ni masuk paper . REZEKI PENJUAL KUIH . PENJUAL KUIH TERIMA DURIAN RUNTUH . mana tak nya bapak aku ni jual kuih je , dapat untung rm10-rm30 jer sehari sedangkan bakal isteri baru dia ni , CEO Hotel , ada hotel sendiri , keuntungan beratus ribu sehari . 

di saat tok imam melafazkan " aku nikahkan Syed Zulkifli .... " , aku rasa macam nak memberontak , nak je aku campak telur ke tahi ayam ke dekat tok imam tu . kenapa aku aim tok imam . sebab tok imam kahwin kan mereka . huahaha . di saat abah aku lafaz " aku terima ... " . DANG ! aku terbangun dari tido . aku mimpi rupanya . macam siot kan . mimpi aku entah pape . tapi kalau betul , aku ON je . mak tiri kaya woo . kurang kurang dapat lah Bmw sebijik kat aku nak bawak pergi kelas sem depan kan . haha macam mana boleh mimpi benda ni . mengarut benor . kalau aku yang kahwin okay jugak . ni abah aku yang kawin . tak logik . abah aku dah ada 3 woiii . cukup lah . 3 pun tak tertanggung . nak empat . giler !


Friday, July 29, 2011

MURID PENDIDIKAN KHAS LIWAT RAKAN

Rahsia seorang murid Tahun Tiga , di Dungun , difahamkan dari kelas pendidikan khas meliwat rakanya terbongkar apabila kedua-duanya dicekup guru . okay ni laa berita dalam Sinar Harian today yang buat aku dan family berfikir 5 6 kali . sebab apa . budak pendidikan khas kot . biar betul . pendidikan khas ni budak yang tak cukup sifat kan . so macam tak berapa nak logik lah pandai meliwat ni . darjah tiga pulak tu . kalau budak kelas cakna lain cerita lah kan . lepas tu , kantoi dalam khemah time perkhemahan yang sekolah tu anjurkan . aa sekolah adik aku baru baru ni memang ad perkhemahan pun . dan kalau tak silap , sekolah adik aku jer yang ada Pendidikan Khas ni . tak tau lah .

bagi pendapat aku , aku rasa diorang tak tau kot meliwat tu apa . dorang just buat apa dorang nak buat . dan benda tu adalah liwat tanpa mereka sedar . ntah lah . dan aku rasa kat sini kalau ikut laporan ni , takde pulak cakap mangsa dipaksa . so memang suka sama suka lah kot . tapi since mangsa adalah bawah umur , dia di kira dengan niat . takde nya rogol tanpa niat sebab ini melibatkan minor . apa apa kes rogol ke liwat ke , bila melibatkan si mangsa yang bawah umur , kewujudan niat atau dengan izin , tidak relevan . so kira pelaku tu salah jugak . ni yang aku belajar lah . aku amik undang undang . so tau lah sikit benda alah ni . 

since pelaku jugak adalah budak budak , dia takde lah masuk penjara hukuman dia . hukuman dia sesi kaunseling jer . sekarang budak budak makin liar dek kerana pembangunan dan arus globalisasi ni . dulu kalau budak budak jahat , kita akan cakap , budak KL la tu . sekarang benda tu dah jadi common . tak kira sekampung mana pun tempat tu , se-hulu mana pun tempat tu , still benda benda macam ni terjadi . Ibu Bapa tolong lah awasi sikit anak anak tu . apa tah lagi kalau rumah ada internet . tapis sikit pengunaan internet anak anak tu . budak budak mana boleh beza sangat baik dan buruk . mudah terpengaruh pulak tu . diorang masih perlukan bimbingan . 

p/s : teringat pulak ada adik kawan aku pergi google Payu Dara Besar dekat Internet . ahaks . lawak lawak . mula mula memang lawak . lama lama jadi tak lawak dah . renung renungkan okay .


CHUBBY MALAY ON CAM

Hari ni rasa gedik nak mati pergi check pageview dekat Nuffnang . Fuyoo naik mendadak . Kenapa pulak tiba tiba ? dari blog abang ben kot since aku join 200 blog tu tadi . aku pun klik dekat kata kekunci . tau apa yang keluar . tengok bawah . 


dalam banyak banyak ni , aku tertarik dekat yang tengah tengah tu . CHUBBY MALAY ON CAM  . omo ! apekah ? aku ingat kan takde benda . alaa biasa kot benda alah ni . kata kata carian , apa apa je orang boleh type . so aku pergi check pulak dekat rujukan pautan . hasilnya ..


taraa . terhasil Ping Busuk sangat membantu . so yang second tu dari Google . aku pun klik lah . guess what yang keluar . nak tau ke ? takyah laa . malu laa . nak tau jugak ? hmmm yelah aku tunjuk kan jugak .


auwwwwww . apekah ini ? ni mesti pasal keyword Chubby ni . malu den . lariiiiii .


Thursday, July 28, 2011

NEW VERSION FACEBOOK FOR BLACKBERRY ..


INI KITA PUNYA HOME 
NEWS FEED , STATUS UPDATES 



NOTIFICATIONS ..
COOL KAN ??


TIBA TIBA BENDA ALAH NI
MACAM IPHONE KAN ??


INI PROFILE KITA ..


FACEBOOK CHAT ! OH EM JEY !

Oleh itu , tunggu apa lagi , pergi update cepat cepat okay . sangat cool . senang je nak update , buka facebook for blackberry , then tekan button logo Blackberry , Option , then pilih Check for updates okay . good luck dan selamat mencuba . aku dah try , korang bila lagi ??


BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !



Akibat tekanan takde cerita nak tengok sebab boring , aku dengan rela hati telah membelek majalah majalah yang ada kat rumah . belek majalah pertama , terus terpampang keluar ala ala pop out window , TIP DIET YANG BAIK  . cess baik lah sangat . kita kan tips tips ni bukan boleh percaya sangat pun . sebagai contoh , tips muka cantik . pakai bedak sejuk . buat apa ? berapa tahun baru efektif dik oi ? laki kau cari lain jugak , boyfriend kau pasang dua jugak . kita ni , kalau dah tau tak cantik , jangan berusaha sangat . lebih baik perbaiki rohani dalaman , biar pasangan kita Nampak kecantikan kita yang dalam tu sehingga boleh menutup keburukan luaran kita . apa lagi , jom kita kondem satu persatu tips diet yang baik ni . 

PERTAMA :
Minum cukup air putih setiap hari , at least 8 gelas . Tak logik , aku ni sehari 3liter dah minum air putih tu . hasil nya ? aku jadi macam tong drum . minum lah air putih 100 liter pun , kalau kau telan jugak air milo 3liter sehari  , tak guna wei . buat kembung perut jer . nanti tak pasal , perut kau jalan kat depan , badan kau kat belakang .

KEDUA :
Pelbagaikan variasi makanan dengan campuran rempah ratus yang pedas agar anda berasa puas menikmati hidangan . yang ni lagi lah tak logik . kalau makanan tu dah cukup sifat , manis ada , pedas ada , masam ada , jawab nya nasi tambah kena ada lah dekat sisi . kenapa tak bagi idea kurangkan perasa dalam makanan supaya nafsu makan berkurang . tak ke lagi efektif cara aku ?

p/s : malas dah aku nak kondem . cukup lah . panjang panjang bukan korang baca pun . kalau baca pun , bukan korang komen pun . hee . 

AWAK ORANG MISKIN KE ?

Selamat pagi . Sehat semua ? Macam mana persiapan nak sambut Ramadhan ni ? kurang kan ler makan  tu . supaya nanti tak de lah lapar kebulur kan . aku nak share story sikit . actually cerita ni dah lama . dulu adik aku suka sangat bekal makanan dari rumah sebab malas nak berebut dekat kantin sekolah . so hari hari dia bekal . kadang kadang nasi lemak . kadang kadang mee goreng . ni yang mak aku jual tu jugak . so dia bekal dalam plastik pembungkus jugak . macam beli dekat kedai gitu . satu hari , kawan dia order sebungkus sebab kawan dia tengok dia senang jer . time rehat , duduk dalam kelas jer , takde lah letih letih kena pergi kantin sekolah kan . so mula mula sorang order , setiap hari customers bertambah . sampai lah kadang kadang adik aku kena bawak 15 bungkus pergi sekolah . 

aku mula mula dapat tahu . aku rasa sedih . sebab adik aku ni boleh fikir nak jual makanan macam tu walaupun secara tak sengaja . memang lah orang kata bagus lah dia pandai buat bisnes . tapi aku rasa kesian . ntah lah . sayu jer aku tengok dia bawak nasi pergi jual kat kelas . padahal bukan dia pergi jual pun , dah orang kirim kan . taktau lah . undefined feeling . aku yang touching lebih kot . tapi aku fikir , takpe la . bukan parents aku paksa dia jual . dia yang nak bawak kan . kadang kadang yang dia bawak pergi sekolah tak cukup . huhuhu . budak dari kelas lain pun datang beli . satu hari tu , ada seorang budak perempuan datang kat adik aku . time tu orang tengah beli nasi lemak dengan dia . 

" Awak orang miskin ke ? kenapa awak jual nasi dekat sekolah "

Adik aku jawab " Dah orang kirim . saya tolong jer la "

" Nah ambil ni . saya sedekah kat awak " sambil keluarkan rm2 dalam poket . 

masa Mak aku cerita kat aku , lagi lah aku sebak . adoi . walaupun yerlah budak budak . mana faham kan . nampak macam tu dah kata miskin . memang yer , kami bukan golongan berada . tapi bila orang cakap macam tu kat adik aku , aku rasa kesian gila . kalau orang cakap kat aku , aku tak kesah . sebab aku dah besar pun . budak budak apa dia faham kan . tapi tak de apa . adik aku relaks jer . aku jugak kot yang lebih lebih touching . hmmm . tapi sekarang ni adik aku tak jual dah . dia malas dah . dia pun pergi kantin sekolah sekarang . tahun ni dia UPSR . takpe lah tak dapat 5A pun asalkan aku tengok dia berusaha nak dapat 5A . sekarang ni dia makin rajin . tak macam dulu . belajar pun makin okay . kalau ada rezeki , insya Allah 5A lah tu kot . 



Wednesday, July 27, 2011

DANA BAKTI REMAJA DUNGUN

Selamat Petang semua . semalam tak bukak blog pun . aku demam . kesian . tidur dari pukul 6petang sehingga 6pagi . cepat wish aku cepat sembuh . hari ni rasa sihat sikit . dalam dalam tak berapa sihat ni , aku kena pergi ambil dana pulak . actually dana ni untuk remaja yang telah daftar mengundi . aku tak daftar lagi tapi dapat jugak . rezeki nie . hehe . baru fikir " boleh la aku beli baju raya ni " . sekali tengok tarikh hari ni dah 27july , aiyooo kena bayar duit rumah sewa lah pulak . garu kepala jap aku . takde lah harapan nak beli baju raya ni . kepada remaja remaja di luar sana , jangan duk tertanya tanya kenapa aku tak dapat , kenapa aku tak boleh . dana ni khas untuk rakyat terengganu ajer . di beri oleh UMNO/BN . 

dah kata bagi dana kan . harus lah ada benda kena buat . so kami kena dengar ceramah okay . bukan free free dia bagi duit . penat jugak dengar ceramah kan . ceramah harus lah bertemakan kenegaraan . dan bila ada ceramah ni , unsur unsur politik wajib di masukkan . bila ada peluang , harus lah kan . meh aku kongsi apa yang aku dapat today . 


tersebut adalah tweets yang sempat dikarang time ceramah tadik . ada lagi . penceramah tadi cabar pemimpin pas buat ceramah dan cerita pasal sejarah asal usul PAS . dia kata orang pas tak pernah bagitau kenapa PAS tertubuh . bukan untuk pertahankan Islam , tapi kerana kalah kerusi presiden UMNO . beliau berpesan lagi jangan lupa sejarah . kita yang lupa sejarah , akan ulangi kesilapan yang sama . kutuk BERSIH sikit . definisi sebenar BERSIH di pihak Ambiga adalah " BERHIMPUNLAH ENGKAU RAMAI RAMAI SUPAYA ISLAM HANCUR " . DAN 14 Tuntutan Ambiga di present kan tadi . lepas tu cerita jugak pasal Lina Joy nak universalkan perkataan ALLAH . nak letak kalimah ALLAH dekat pintu gereja . 

dikatakan lagi , kalau sokong PKR untuk pilihan raya nanti , hancur lah Melayu . sebab Anwar kata kalau kita menang , dia nak lantik Lim Kit Siang jadi TPM . kalau kita sokong Ambiga , orang Melayu akan duduk merempat . Mustahil kaum lain nak support Melayu . sekarang melayu diperalatkan semata mata untuk peroleh pengaruh . once dah dapat kerajaan , orang melayu akan di pinggirkan . bukti di beri . contoh di Pulau Pinang . PKR menang. DAP takbir , jadi ketua menteri . Dasar Ekonomi Baru dihapuskan . nasib orang melayu semakin hancur .  tahun 2009 , orang Islam tak dibenarkan buat perarakan Maulud Nabi . apa nak jadi ? di Selangor , Exco Agama , Ustaz Hassan kata dalam ceramah , kalau kita menang , arak takkan dijual di kedai kedai dalam apa jua keadaan sekalipun . 

bila dah menang , dia rampas semua orang . tapi dekat 7E Seksyen 8 ada lagi jual arak . Ustaz Hassan rampas semua . tiba tiba datang Exco ape ntah , Ronnie nama dia , marah Ustaz Hassan . dia kata tu bukan kuasa Ustaz Hassan . maka masuk lah balik arak di Seksyen8 punya 7E . now , Ustaz Hassan ikut arahan orang Cina . baru dua tempat dah jadik macam ni dekat orang Melayu dan Orang Islam . bayangkan kalau mereka tadbir negara ? okay . semua ayat ni ayat penceramah . bukan ayat aku . aku just share . okay . selamat mengundi . hehe . 

WORDLESS WEDNESDAY

Monday, July 25, 2011

BUDAK GILA NAK MAKAN PENYEPAK


Selamat pagi . tengok gambar kat atas ni rasa nak bagi penyepak tak ? tak pun tarik telinga ke . actually ni adik aku . aku geram dengan dia . haha. mulut dia macam orang tua . kadang kadang macam burung kakak tua yang baru boleh bercakap . tak berhenti bercakap . mengarut jer , hari ni dia buat masalah . bangun tido bagitau mak aku dia tak nak pergi sekolah . oh lupa nak bagitau fakta pasal budak ni . dia anak bongsu mami aku iaitu mak aku yang kedua . mak aku tanya kenapa tak nak pergi . dia kata " mami kata kalau adik demam takyah pergi sekolah " . macam biol jer . so mak aku suruh dia sambung tido . aku sebagai abang yang hebat , aku pergi investigate budak ni . kantoi ! dia tak siap kerja sekolah , takut cikgu marah , so kata demam . siot !

sekarang ni bila dah pandai membaca , habis semua buku buat masuk dalam toilet . baca time berak . sampai buku Media Hiburan , Mangga , Urtv aku habis bawak masuk dalam toilet . mangkuk betul . nasib baik tak dia ambil nya buku Perlembagaan aku tu . haha . baru baru ni , dia panggil mak aku " ibu tiri yang jahat " . tak pasal pasal . dia panggil aku " abang tiri yang comel " . ni bukan rekaan . ni fakta yang betul . dia bagitau dia takde ayah ( dia kata lah ) , ayah dia sekarang ni ayah tiri yang baik . bila aku tanya tiri tu apa , dia bagi buku sekolah dia . ada karangan bertajuk Keluarga Saya . kebetulan dalam tu , ada mak tiri dengan anaak tiri . gila cepat terpengaruh ! 





bila aku tanya time besar nak jadi apa . dia jawab nak jadi model . mak aku jadi orang gaji dia . mami aku jadi pekebun . gila tak wei ? terpengaruh dengan cerita indon " Kisah Model Terlampau " . arghh dah pening aku . kalau nak cerita semua , memang banyak budak ni mengarut . yang lagi kelakar , dia bagitau dia dapat no 1 exam hari tu . bapak aku punya excited . yela darjah satu kan . bila pergi sekolah , tau tak nombor berapa dia dapat sebenarnya ? haha no 29 . jauh tu no 1 dengan 29 . sewel punya budak . even dia tau dia nombor 29 ,bila orang tanya , dia still jawab dia dapat no 1 . sewel ! 


Sunday, July 24, 2011

GAMES PILIHAN DI WAKTU LAPANG

Orang lain main PES , main DOTA , tapi aku tak . aku tak reti main semua tu . yer aku Noob . maaf lah . counter strike aku main jugak sikit sikit . pada waktu lapang , aku lebih suka main game yang ringan ringan , yang senang nak main , tak perlu aku berfikir sangat , tapi fun dan lawak dan bahagia bila main . 3 games pilihan aku time cuti adalah seperti berikut . aku pun taktau kenapa macam skema jer ayat ayat aku ni , tapi tak pe lah . kadang kadang jadi sopan santun tak salah kot . 

YANG PERTAMA ..
.. *drumroll* ..




YANG KEDUA ..
.. *tepuk tangan* .. 





YANG KETIGA ..
.. *drumrolls lagi* ..




p/s : ada games best untuk dikongsi ? sila lah yer .. tapi yang paling lawak The Sims lah .. aku main dah dua kali mati sebabnya mati dalam kolam renang .. yang kedua , anak kena culik aliens .. tension aku .. 

Saturday, July 23, 2011

PEREMPUAN MATA KERANJANG


MATA



KERANJANG 


Kalau kumpulan Ratu dari Indon cakap Lelaki Buaya Darat , aku , kumpulan Raja dari Dungun cakap Perempuan Mata Keranjang . aku ambil masa sepuluh minit sebelum aku type ni sebab aku fikirkan sebab dan akibat . sebab nya di saat aku tulis Perempuan Mata Keranjang , aku boleh Nampak Nampak jer geng geng blogger feminist Namee , Ee , ArfaYuri , Hanis dan Elena duk pegang kayu nak sular aku . kat bahagian depan , Hannan , Zeera , Intan , Seila dan Jaja siap siap pegang bom tangan tunggu masa je nak campak dekat aku yang tak hensem tapi macho , tak kurus tapi cute .

But mostly memang macam tu sekarang . dulu , lelaki mata keranjang . normal sebab dah kata lelaki . harus lah nakal nakal kan . tapi perempuan kalau mata keranjang . haish pelik bebenor . tapi itu hakikat yang kita kena terima . kalau tengok budak budak sekolah , amboi lelaki lalu jer , mata tu juling kejap . sebagai contoh , bila aku pergi sekolah ambil adik aku . budak budak sekolah , hmmmm macam buat flash mob . semua mata tertumpu kat aku . macam aku sorang jer tengah berjalan kat sekolah tu , yang lain patung . adoiya.

Ada tu , saje jer pergi mintak kerja dekat pasaraya besar besar . dengan harapan dapat jumpa lelaki hensem hari hari . wooo niat tak betul dah tu . apa apa pun , jangan sampai satu hari konsep perigi cari timba berubah , jadik timba cari perigi pulak yer . kalau yer pun minat , sayang . tak tahan sangat tengok lelaki tu , bagi hint jer , dan suruh dia pinang kita okay . muahhh . renung renung kan dan selamat beramal . peace . 


IBU MEMANG COMEL

Selamat Pagi .. semua orang kata ibu dia comel kan .. tapi ibu aku memang comel pun .. tak cayer ?? kalau tak cayer , meh sini .. duduk rumah aku seminggu , baru tahu dia comel ke tak .. tapi dalam dalam comel dia , kadang kadang menyakitkan hati jugak .. oh by the way , nama dia Norlela Mahmood .. dia suruh panggil dia Rozita Che Wan .. aku pun tak tau kenapa .. bila aku tanya kenapa , dia akan jawab " Ko Hado ? " .. aku tak tau jugak mana dia belajar istilah tu .. Azwan Ali lah ni .. haha .. habis rosak mak aku .. di bawah aku sertakan bukti kecomelan dan kegedikan ibu aku okay .. 


1 ) aku merenget dekat dia . mengadu . jeles kawan kawan pergi India . punya lah aku mengadu . dalam kesedihan ini . siap peluk kaki dia seraya berkata " oh tuhan , apa dosaku . kenapa nasib ku sebegini rupa " . dia boleh selamba jawab " ibu pun jeles amer ambil law " . okay now , apa kaitan aku sedih dengan perasaan jeles dia dengan aku ? since aku dah tak boleh nak jawab apa , aku diam . aku naik atas rumah . dia saja malas layan aku sebenarnya tu jawab cenggitu . tak ikhlas betul .

2 ) aku bagitau dia aku nak beli iphone4 sem depan . nak kumpul kumpul duit . dia buat muka eksaited lalu berkata " beli dua lah . ibu satu . lepas tu nanti iphone 5 keluar beli dua lagi . makan takyah takpe . asal ada iphone " . amboi menyindir betul . aku sebut jer . terus kena smash . takpe takpe , nanti aku beli betul dekat dia sebijik . mesti dia diam kelu seribu bahasa . haha .

3 ) semalam ada ceramah pas tepi rumah . dia suruh aku pergi pakai baju kuning . aku cakap nanti kena tangkap . dia kata tak kena tangkap punya , amer kan dah macam patung digi . mesti orang ingat ada promotion digi prepaid . ek eleh , padahal mak aku ni pun lebih kurang patung digi gak . arghh emosi aku .

4 ) tengah tengah drive ni , dia ada kat tepi , jadi co driver . aku nampak je ada motor kat depan . but still jauh dan motor tu nampak aku nak lalu . dia dah perlahankan motor pun . mak aku boleh jerit dengan sekuat hati sampai high pitch tu kalah Ziana Zain " Amerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr motorrrrrrrrrrrrrr " . aku pulak terkejut . haish bahaya betul . yang tak eksiden boleh jadi eksiden macam ni . gara gara terkejut . adoiya .

5 ) tak tau mana dia belajar , asyik asyik sebut Ko Hado . sampai aku rasa annoying gila . yerlaa orang tua sebut buruk benor bunyi nya . 

p/s : banyak lagi tapi kalau aku nak tulis semua kan , baik aku buat novel terus . tak gitu ? Happy Sunday People ..


Friday, July 22, 2011

PERFUME TERBAIK ~

Selamat petang . Hari ni terleka dengan The Sims 2 sampai lupa ada blog . tahu tak , hari ni kan aku pergi pasar . actually hari hari kot aku pergi pasar . tapi hari ni kelakar sikit . sebab aku pergi sorang . actually biasa je aku pergi sorang sorang . tapi hari ni lain macam sikit . begini , mak aku tulis list barang . so aku pergi buat ala ala treasure hunt lah kan . pergi kedai ke kedai . memang adventure . sangat . kalah explorace ke amazing race tu semua . aku kena meredah air air ikan , darah darah semua di lantai . yekss serious geli . dengan bau yang "enak" gila gila kan . settle beli barang kan , aku masuk kereta . aku rasa lain macam jer . bau busuk semacam macam ikan duduk tepi aku . padahal aku dah letak dalam boot kereta . 

cari punya cari , hidu punya hidu , SHIT baju aku bau ikan kuat gila . macam aku ni penjual ikan lak . emosi kejap aku . terpaksa bukak tingkap . aku pun tak tahan wei . lepas tu drive macam biasa , drive punya drive . kaki aku rasa sakit . aku berhenti kat tepi jap . guess what ? sirip ikan ada kat kaki aku . gila ah . emosi lagi sekali . aku buang je selipar jepun tu . nasib baik pergi pakai selipar jepun , kalau aku pakai crocs aku yang harga 7ratus tu , baru lah padan muka aku . sebenarnya rm7 jer . tu pun lelong . haha . tu je aku mampu . so sepanjang cuti ni , aku tak perlu kesah perfume Acqua di Gio habis ke , perfume Polo Sport hilang ke . perfume Hugo pecah ke , perfume Issey Miyake bagi kat adik ke . sebab aku dah ada perfume lagi best bau dia . tiada tandingan . kalah lah Parfum tu semua . meh aku kenalkan . hehe .

Yang Pertama , 


Acqua di Selayang 

Yang kedua , 


Issey Mitongkol 



ANNISSA MENGECEWAKAN


setiap hari selasa hingga khamis tepat jam 10.30pm , maka terpacak lah aku depan tv . tak kesah lah tengah makan ke , tengah tido ker , tepat 10.30pm automatik akan berada depan tv . semua gara gara Annissa . Annisa ni bukan girlfriend aku mahupun anak angkat atau adik angkat . ini tajuk drama slot samarinda . the reason aku suka tengok cerita ni adalah kerana adanya faradhiya dan fiza . rozita che wan tak penting sebab dia gedik . aida aris hmmm sebab tak berapa nak minat . fiza actually tak minat pun tapi suka tengok dia berlakon sebab muka dia gila innocent . faradhiya mantop . kenapa aku cakap kecewa ? 

kerana .... ending dia macam ntah paper .. tiap tiap minggu aku duk layan emosi .. express kemarahan aku ke sana ke sini .. siap benci aida aris sebab bajet suci simpan rahsia konon konon .. lepas tu dengan rozita che wan nya yang jahat gila babeng .. dengan fiza nya bodoh sengal ubi percaya sangat dengan kawan .. dengan faradhiya nya yang menggoda .. alih alih ending dia cenggitu je .. meh aku story ending macam mana aku nak .. okay , sepatutnya since Fiza baru tahu Rozita ni madu dia , dia patut pergi hospital dan cabut oksigen dia .. tak pun dia patut marah Rozita kaw kaw .. bukan nya dengan pergi dekat hospital dan tunjuk suci buat drama melayu , hipokrit wei . mana ada tok madu macam tu .. haish emosi kejap .. dan sepatutnya Fiza benci tengok Haikal .. bukan benci , macam tak boleh terima .. haa macam tu .. baru lah drama sikit ..

faradhiya sepatutnya tak gila macam tu . dia sepatutnya dilepaskan . lalu diap pergi membunuh Haikal . setelah itu , Fiza pulak bunuh Faradhiya . dan akhirnya Fiza kawin dengan Kamal . jadi madu Aida Aris . amacam gempak tak ending aku ? mekasih mekasih . aku memang patut jadi pengarah filem jer senang . baru thrill . sayang lah . cerita punya lah sedap . disebabkan ending macam gitu , habis jadi tak sedap . bak kata pepatah disebabkan nila setitik , habis susu sebelanga .. itu jer nak bagitau .. sekian terima kasih .. by the way lawa kan posterr wallpaper macam gambar kat bawah ni .. nanti aku kawin , nak letak gambar macam gitu lah jugak .. so nanti kalau bercerai , pergi bli spray warna merah .. buat tanda X dekat muka bekas isteri .. 
 

Thursday, July 21, 2011

LAGI PASAL ALEESHA FARHANA

Salam tengahari .. 

Update pasal entri Aleesha Farhana semalam .. Kalau ada yang malas baca suratkhabar , so aku update sikit sikit kat sini .. permohonan si Ashraf nak tukar nama dekat ic ditolak kan atas tiga alasan iaitu kromosom , kewujudan alat kelamin dan kewujudan organ dalaman .. disebabkan faktor tersebut , si Ashraf memang sah seorang lelaki ketika di lahirkan .. mengikut perundangan , jantina sesorang ditentukan ketika lahir .. oleh itu , permohonan Ashraf nak tukar jadi Aleesha tidak diterima .. tetapi , kemungkinan ianya dibenarkan masih lagi ada walaupun tipis .. itupun jika si Ashraf nak buat rayuan .. boleh buat rayuan lagi ni ..


hari ni , seorang peguam , Horley Isaacs tekad nak tolong si Ashraf .. Isaacs bukan lah orang biasa .. dia seorang peguam .. dia ingin membantu Ashraf atas dasar kemanusiaan .. dia gusar jika Ashraf mengalami kesulitan dalam kehidupan , menyebabkan ketegangan dan kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan dia berubah hati dan berakhir di lorong lorong .. servis guaman ini disediakan secara percuma kepada si Ashraf kerana Isaacs sedar akan kos guaman adalah tinggi dan orang terengganu mungkin tidak mampu nak bayar kos guaman kerana ni kes jarang jarang berlaku .. setakat ini , hanya Isaacs , peguam yang tampil ke depan untuk membantu .. semoga semua nya berakhir dengan tenang hendaknya .. 

p/s : kalau aku seorang peguam , mampukah aku untuk menyediakan servis guaman percuma kepada mereka yang mahukan keadilan ? 

SPONTANEOUS THURSDAY



LAPAR KFC SANGAT SANGAT
OKEI BAI SELAMAT TENGAHARI



Wednesday, July 20, 2011

ALEESHA FARHANA



Okay , nama nak glamor jer . ingat kan nak tukar nama jadi siti aminah ke norhuda ke . hehe . aleesha tu , macam nama anak Erra Fazira dah . korang mesti ada baca surat khabar semalam dan today , cerita pasal Ashraf ( dalam gambar ) nak tukar nama jadi perempuan since memang dia dah tukar jantina . pelbagai keluhan , cemuhan , makian dan sumpah seranah rakyat malaysia terhadap tindakan Ashraf ini . bukan semua rakyat Malaysia , but in general yer lah kan . aku nak cakap , aku bukan sokong tindakan ashraf , yer apa yang dia buat memang salah . tukar jantina . langgar hukum alam . langgar hukum Allah . yer aku tau . yang hukum tetap hukum tak boleh nak ubah macam tu jer . tapi the way people react are cruel and mean . seriously . kau doa dia mati ? like seriously ? who are you untuk doa macam tu ? dari kau doa untuk kecelakaan orang , baik doa untuk kebaikan diri sendiri .

aku cam sedih lak baca paper hari ni . mak dia buat statement " jika kematian adalah penyelesaian tolonglah ambil nyawanya tapi sebelum itu ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah itu " .. yer , hakikat yang tak dapat nak kita tolak . kasih sayang seorang ibu . kejam lah tahap mana pun anak , ibu tetap ibu . kasih sayang tak pernah berubah . aku rasa si Ashraf ni budak baik . mak ayah dia pernah halau dia dari rumah , bakar semua baju perempuan dia , dan tak mengaku anak . tapi si Ashraf sekali sekala still balik rumah tapi tidur dalam kereta . kalau orang lain tu , dah mak halau , lari jer . keras hati . tapi si Ashraf ni tak . kita terlalu judgemental . bila orang langgar undang undang , terus nak selar tanpa usul periksa , sebab dan akibat .

si Ashraf ni dah pergi buat pemeriksaan doktor . memang doktor dah sahkan yang memang si Ashraf ni lebih dekat hormon perempuan berbanding hormon lelaki . thats why dia nampak lebih perempuan daripada seorang lelaki . daripada lahir dah macam ni . bukan dia tergedik gedik buat , bukan juga dia minta .  maybe dia ada reason mintak tukar nama . yerlah dalam ic nama lelaki , luaran perempuan . mesti korang cakap " dah kenapa pergi tukar jantina ? " . yang ni aku tak leh nak jawab . si Ashraf je tau kenapa dia tukar jantina . kita taktau apa dia rasa . daripada kita terus menghentam dan menghukum , lebih baik kita doakan dia dan tolong bawa dia ke pangkal jalan .

p/s : pelik jugak tengok dia bertudung .. haish .. dunia ..

PENCURI


PENCURI ! PENCURI ! .. satu nama yang orang paling tak suka tapi selalu je ada di mana mana . mereka yang dinamakan sedemikian adalah mereka yang mengambil hak orang lain dengan niat untuk tidak memulangkan nya kembali . wah definisi kalah kamus dewan . Al kisah , di Sura , Taman Permint Indah , telah berlaku nya satu incident yang tidak diduga ( harus lah tidak diduga sebab kalau tidak kan , confirm lah tak sempat nya pencuri tu nak lari ) . pada suati pagi yang hening dan indah , Kak Lia sedang menjual makanan pagi seperti biasa . tiba tiba dia ternampak seorang penduduk kat situ duk mundar mandir tepi kedai . Kak Lia buat dek jer . ingat takde paper .

Penduduk : Kak Lia , ada nampak tak lelaki lalu sini bawak laptop 3 biji kat tangan ?


Kak Lia : takde nampak pulak . sorry . kenapa ?

Penduduk : ada orang masuk rumah ambil laptop kat ruang tamu kebetulan ada 3 biji . saya dalam bilik tengah online . saya tak perasan pun . mak ada kat luar . tapi mak ingat orang datang check elektrik jer . mak perasan bila dia terjun keluar tingkap , baru tau tu orang datang mencuri . 



Oleh itu , anda semua disarankan berhati hati okay . jangan biarkan barang barang berharga di letakkan di ruang tamu . sila bela ikan emas untuk elak rumah di pukau atau tidur pakai baju terbalik , jangan bela ikan kembung , nanti abah anda ambil buat ikan goreng cicah budu . hahaha . selamat pagi peeps .












Tuesday, July 19, 2011

BILA DATUK FIKIR MASA DEPAN

Magrib tadi tiba tiba diserang penyakit yang paling kronik dalam hidup aku dan takkan sembuh sampai bila bila . okay intro suspens gila . penyakit JIWA KACAU PERINGKAT KE-4 . actually bagaimana boleh diserang jiwa kacau adalah kerana perasaan hasad dengki tahap pemimpin politik telah menusuk dalam hati dan sanubari . lusa kawan kawan aku dalam 5 orang akan fly ke India untuk buat intern dekat sana lebih kurang sebulan . intern tu ala ala praktikal lah . perasaan iri hati itu telah membuatkan soalan tiba tiba terpacul di minda sempit berkarat seorang Datuk " kenapa aku tak apply jugak dulu eh ? " . bila soalan sebegitu muncul , secara automatik otak aku bergerak ibarat baru letak minyak pelincir . 


tiba tiba jadi risau . aku tak aktif langsung ni dekat Universiti . last aku bergiat dalam aktiviti part one degree tu pun program masyarakat pergi rumah orang asli . sem depan dah nak grad . tak pe ke tak aktif ni . kerja macam mana nanti . senang dapat tak . diorang tengok tak whether kita aktif atau tak . macam macam lah . sampai kan tiba tiba terfikir macam nak naik bus pergi shah alam malam ni dan join apa saja program yang ada asalkan boleh tulis dalam resume kerja nanti aktiviti yang aku join . melampau okay aku rasa diri aku malam ni . gelabah tak tentu pasal . so now fikir punya fikir punya fikir . sampai perut lapar . then pergi beli roti , dah tak rasa pape dah . JIWA KACAU telah pergi begitu sahaja .



sekarang tengah fikir , sem depan aku dah ada degree , so cuti 3 bulan tu aku boleh apply kerja pakai degree . tapi ada ke orang nak hire pekerja selama tiga bulan ? mesti ada kan . jangan lah bagitau nak kerja tiga bulan . sampai masa , kita berhenti lah . boleh macam tu ? kalau boleh taknak lah kerja dekat firm sebab aku rasa belum bersedia nak jadi lawyer . bodoh kan fikiran aku ni ? kalau boleh nak jadi kerani ke . hehehe . 

 

SIAPA SUKA JADI PELAKON ?

Dalam kehidupan seharian , siapa suka jadi orang bawahan . siapa suka kena arah buat itu buat ini . kalau boleh semua orang nak jadi boss . secara analogi , hidup kita ni ibarat pengarah dan pelakon . pengarah arah jer pelakon buat itu , buat ini , peluk itu , peluk ini , semua tak kena di mata ni . kita sebagai pelakon , nak tak nak kena buat jugak . jadi pelakon memang best , sebab dapat gaji kan . kalau jadi pelakon ni takde bayaran , siapa nak kan ? unless kalau orang tu memang betul betul gila glamor . tapi aku tak rasa ada yang nak macam tu . 

aku kan , bila cuti ni , memang lah jadi pelakon tak berbayar di rumah ni . yang pengarah dia abah aku . penolong pengarah mak mak aku . " amer , buang sampah " .. " amer , pegi amek adik adik sekolah " .. amer itu , amer ini . kadang kadang aku merungut gak . takde lah . kadang kadang aku tengah asyik tengok cerita korea , sikit lagi air mata nak keluar , tiba tiba " amer , pergi beli tepung gandum kat kedai awang " .. adoi spoil lah . macam macam lah . kadang kadang aku tengah tidur pun , dikejutkan aku tidur . tapi aku cuba ikhlaskan diri . sebab cuti ni je aku boleh tolong diorang kan . nanti bulan 9 aku dah balik uitm , memang tak tolong dah . 

kalau ikut agama kita , Islam , semua umat nya ibarat pelakon di muka bumi ini . pengarah yang maha agong tak lain tak bukan Allah swt . kita buat apa yang disuruh . sampai masa kita terima gaji . pahala tercatat dalam buku amalan kita . itulah ragam hidup . hari ni kita jadi pelakon kepada ibu bapa kita , nanti kita pula jadi pengarah kepada anak anak kita , isteri kita . itulah kehidupan . berpusing macam roda impian . kadang kadang nilai tinggi , kadang kadang nila rendah . kadang kadang kita untung , kadang kadang kita rugi . ragam dunia dan kehidupan . tapi kalau nanti aku betul betul jadi pelakon bergaji , kalau boleh nak berlakon filem aksi . taknak lah cinta cinta ni . nanti air mata ni mudah mengalir . jadi cam korea lak nanti .

BLOG MOBILE VERSION

Hai . Perasan tak kalau kita browse blog guna handphone sangat lembab nak loading ? okay aku ter-skip soalan . soalan yang pertama , pernah kan korang browse blog guna handphone ? tak kesah lah pakai Nokia ke , Sony Ericsson ke , Samsung ke , Blackberry ke , Iphone ke . perasan tak ? tak perasan eh ? mesti pakai hp lampu putih ni . hehe . takpe lah , andaikan korang perasan lah kan . yes , sangat lembab . even aku try guna ipad pun lembab . tapi tak tau lah kalau ipad sucks kan . so sekarang aku baru jumpa cara dia macam mana nak buat blog kita jadi mesra pengguna kepada mereka yang online guna hp di luar sana . aku godek dekat blog Mr Pirat tadi . hehe aku share dekat sini ye . 

Langkah pertama .. aktifkan Blogger in Draft dengan cara klik DISINI .. 

Langkah kedua .. pergi dekat Setting blog anda ..



Langkah ketiga .. klik dekat Email & Mobile tu tepi Site Feed tu .. dan klik Yes .. 


Langkah keempat klik SAVE ... dan tadaaaaa .. 



p/s : aku baru update survey . tolong jawab okay . sebab aku taktau nak tengok cerita apa ..


Monday, July 18, 2011

DEAR NUFFNANG DINDAKU SAYANG


Dear Nuffnang Dindaku sayang ,
Kenapa tiba tiba dinda berubah hati ? Kenapa tiba tiba dinda tak sayangkan kanda . tinggalkan kanda tanpa bonus . kanda kesunyian . kanda hidup sebatang kara . untuk pengetahuan dinda , kanda sekarang tidak lagi tinggal di banglo mewah . kanda sedih dan kecewa . kanda sekarang meratapi nasib malang kanda dari hari ke hari . setiap kali kanda melawat dinda , tiada yang berubah . gaji kanda tidak meningkat . bonus pun tiada . sudah dua bulan dinda tidak memberi bonus kepada kanda . kenapa ? kenapa ?

Dear Nuffnang Dindaku sayang ,
Adakah sekarang dinda sudah berpaling arah . adakah dinda lebih suka kan Jimmy Shanley ? atau mungkin Harry Potter ? kanda tau raut wajah dinda saling tak tumpah dengan Siti Saleha , tapi tahukah dinda , kanda ini mirip Aaron Aziz , ala Seth Tan tu . jadi kira serasi bersama . tak dapat lagi kanda tulis surat ini . biarlah kanda pendam perasaan ini . kanda harap dinda menjaga diri sebaiknya . semoga maju jaya dan murah rezeki . bye . kanda pergi membawa diri . sila pujuk kanda secepat mungkin yer . 
 

PERTANDINGAN KERAS KEPALA

Satu pertandingan sukan acara keras kepala dipertandingkan. Cara pertandingan ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan jatuh ke tanah, tanpa apa apa kecederaan. Pertandingan ini dilakukan di bangunan KLCC. Peserta pertama dari Thailand, naik ke tingkat satu dan terjun. Gedegam! Kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa apa kecederaan.
Peserta kedua pula dari Filipina naik ke tingkat dua dan terus terjun. Zoooooom! Bang! Dia  bangun dan menggosokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ketiga pula adalah dari SIngapura berlari ke tingkat tiga dan terus terjun ala ala somersault dan terus ke bawah dengan pantas. Beliau dengan pantas bangun dan mencuci kotoran di kepalanya. 

Tiba pula giliran peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat lima. Dengan selamba dia berjalan perlahan menuju ke tingkat lima. Sampai di tepi peserta ini berdiri sahaja. Pengadil dan penonton menjeri-jerit suruh dia terjun. Dia geleng kepala je sebab taknak terjun. Jurulatih sampai tepuk dahi , menjerit jerit macam orang mati anak jer. Tapi dia buat bodoh jer. Semua orang macam pelik. Masa dah habis . pengadil berkumpul. Dan kemenangan berpihak kepada Malaysia sebab dia yang paling KERAS KEPALA

p/s : aku ambil ni dari Mastika . kalau aku jadi peserta dari Negara lain , aku akan pertikai keputusan pengadil . mana adil ! confirm confirm peserta Malaysia disqualified sebab tak ikut syarat pertandingan . giler ! 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...