Assalamualaikum ..
Belum terlewat untuk aku ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua ..
Perasaan dan tingkahlaku adalah dua benda yang sangat berkait rapat .. bermula dari wujudnya satu perasaan , kita mengekspresi kan ia dalam bentuk tingkahlaku .. cuma kadang kadang kita sebagai manusia , terlupa bahawa apabila kita meng-ekspresiasi kan perasaan kita , ada insan yang terluka .. secara umumnya , ada orang express kan perasaan yang gembira dengan niat untuk berkongsi kegembiraan .. ada juga yang meng-ekspress kan perasaan yang tidak puas hati atau memberontak .. maafkan aku kalau bahasa melayu aku macam seorang alien baru datang ke Malaysia ..
Semuao orang mahukan sesuatu benda itu jadi sempurna .. sebab itu lah kita express kan perasaan tidak puas hati , supaya orang tahu yang " this is not what i want " .. tapi tahukah anda bahawa ( sila rujuk gambar di bawah )
oleh itu , cara kita meng-express kan ketidak puasan hati hendaklah dalam kadar yang sederhana , adil dan saksama .. mesti ada consideration between both parties , timbang tara kan ketidaksefahaman itu , baru lah luahkan nya .. jangan terus secara membabi buta menyerang orang secara melulu .. sebagai analogi yang ringkas bagaimana seorang polis menangkap seorang penjenayah .. tanpa bukti yang kukuh dan tanpa sebarang sebab munasabah , polis tidak boleh menahan seseorang walaupun orang itu adalah penjenayah .. begitu juga dengan seorang hakim dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah ..
dalam kita meluahkan perasaan secara membabi buta , pasti ada pihak yang terluka mahupun terkilan .. ada orang , jenis yang tunjuk rasa kekecewaan itu .. namun ada juga yang hanya selesa untuk simpan di dalam hati .. bila berlakunya situasi begini , tidak salah untuk kita meminta maaf .. tahukah anda dosa kita dengan seorang manusia tidak akan terampun kalau orang itu sendiri tidak maafkan kita ( maafkan saya jika salah namun inilah kata kata yang selalu Ustaz saya ingatkan ) .. " ah aku tak mau mintak maaf . bukan salah aku . dia tu yang bodoh " .. mengapa ini terjadi ?? sudah tentu kerana perasaan ego yang membuak buak .. sedarlah kamu bahawa ( sila rujuk gambar di bawah )
dalam pada kita meminta maaf , harus di ingat . minta maaf bukan penyelesaian kepada semua masalah . apabila perkataan minta maaf ni selalu terukir di hujung bibir , ianya tidak membawa erti apa apa lagi . kadang kadang hanya dengan perkataan " saya minta maaf " , gunung berapa mampu disejukkan . namun ada ketika , " saya minta maaf " boleh memarakkan lagi gunung berapa . oleh itu berhati hati dalam mengucapkan kata kemaafan . jangan salah kan mereka yang bersikap dingin walau maaf sudah terukir di bibir . apabila ini berlaku , cuba lah anda merenung sejenak di luar jendela . muhasabah diri . adakah perangai kita yang melampau batas atas mereka yang terlalu ego untuk maafkan kita .