NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Wednesday, August 31, 2011

KEMERIAHAN RAYA KIAN DIRASA

Assalamualaikum ..

Selamat petang semua ? Mak aku dah sehat dah . Bangun jer terus start membebel tanpa henti . Biasa lah ibu mana tak pandai membebel . Itu sudah sebati . Hehehe . Petang ni mak mak sedara ada turun kat rumah . Riuh kejap rumah . Baru terasa hari raya .

By the way , tahu tak pasal Blackbbery Bold 9900 Giveaway ? By SMFaisal ? Oh melting weh aku tengok bold tu even aku tengok gambar jer . Tapi dah kata giveaway kan , of course dia based on luck . Biasanya aku takde luck pun dalam giveaway ni . So memang aku dah tahu takkan dapat tapi aku still join . Hehehe .

Cerita dekat tv tak berapa nak best . Entah apa entah . Tension betul . Raya raya ni apa yang aku buat duk ngadap cerita tengok How I Met Your Mother . Lame kan hidup aku ni ? Now tinggal seminggu je masa nak dihabiskan dekat rumah . Minggu depan pulang lah aku ke Shah Alam .

Anyhoo , thanks for visiting peeps :) .

-via Blackberry

RAYA IS NO FUN

Assalamualaikum ..

Selamat pagi dan selamat hari raya kedua . My raya this year is so not fun . Berbanding dengan tahun lepas kan . At least last year we still got time to do traditional thingy on hari raya kan , bermaaf maafan . But this year tak sempat . My mom dah start demam dari pukul4 dan she still tak bangun dari semalam .

I am worried but I hope she's gonna be fine today . Apa apa pun , kesunyian terubat semalam bila kawan kawan datang . Coco lee , white dengan Nazir . So today nak bawak adik adik keluar beraya . Insya Allah . Semoga dipermudahkan . Guys , enjoy your raya while you still can .

-via Blackberry

Tuesday, August 30, 2011

RAYA PERTAMA HALF DAY

Assalamualaikum ..

Selamat hari raya , maaf zahir batin . Hari yang penuh dengan kelam kabut . Aku tidur pukul7 pagi . Duduk main main dengan satey , bergelumang dengan ketupat , oh sungguh tidak adil . Hari ni aku bau ayam , busuk sungguh , campur pulak dengan bau asap .

Aku bangun tidur pukul 10am . Aku bangun dengan perut lapar kemaung , dengan harapan ada lah nasi kat rumah . Turun bawah , ya hado . Tak siap lagi satey nya orang tempah . Mak dan adik beradik duk bergelumang dengan satey lagi . Kuih raya pun tak masuk dalam bekas lagi . Meja kosong lagi .

Adik beradik pun tak mandi lagi . Sungguh tidak wujud perasaan raya itu . Tapi tidak mengapa , ni sumber rezeki keluarga kan . Muka aku dah gelap ni . Aiyoo harus kena pakai fair and lovely nanti . Apa apa pun selamat beraya dear followers and peeps . Take care and have fun .

-via Blackberry

Monday, August 29, 2011

RAYA DULU DAN SEKARANG

Assalamualaikum .

Dalam kesibukan malam membakar satey dan sebagainya , masih sempat ku taip kan entri ini . Semenjak segalanya di tangan ku ini , blogging jadi makin mudah . Thanks to Hotlink . Malam ni raya sunyi lah . Tak bising macam biasa . Tak bunyi mercun , takde orang main lilin , main tanglong , suara budak budak pun tak kedengaran .

Sekarang ni sambutan raya dah berubah . Malam raya , semua orang sibuk beratur depan televisyen , ye la cerita best best time raya laa biasa disiarkan . Tv1 dan tv2 yang jarang orang tengok pun , jadi pilihan di malam raya ni . So takde lagi orang bising bising luar rumah .

Aku pulak kebetulan takde kampung . Kampung pun dalam bandar . Tak feeling betul . Apatah lagi sekarang area rumah aku makin membangun , seberang jalan je jumpa KFC , jumpa Pizza . So sangat rasa ke-bandar-an itu .

Tak sabar nak tunggu esok . Nak tunggu budak budak datang beraya , confirm banyak kerenah . Mesti ada datang , taknak makan , nak duit raya jer . Aku dulu zaman budak budak tak macam ni . Semua rumah yang aku pergi , aku akan makan . Sebab aku nak test kuih raya diorang . Then , nak compare dengan kuih raya dekat rumah . Нɑнɑнɑнɑ .

Tahun ni , aku buat kuih raya dengan adik beradik . Tapi satu jenis jer . Kuih choco cornflakes . Jemput lah datang rumah kalau nak rasa . Kena cepat. Takut habis . Kalau habis cepat , tahun depan boleh bukak bisnes kuih raya . Okay semua , thanks for reading dan selamat hari raya okay .

KALAU ANDA PERGI KE PASAR

Semenjak aku tahu boleh update blog guna berry hitam aku ni , terasa excited sungguh . Macam bagus kan . Orang lain dah lama buat kot , aku baru reti buat , kecoh lak . Alaa sharing is caring kan . Hari ni aku dipaksa bangun seawal 8pagi sebab kena bergegas ke pasar . Sungguh tidak adil . Aku sekarang saling tak tumpah macam driver .

Even aku pergi awal , jalan jam gila . Pelik la jugak . Aku rasa macam aku berada dekat federal highway jer . Entah apa apa . Ni semua sebab semua orang shopping last minute . Ini la jadi nya . Semalam dekat pasar malam , pukul6 petang dah licin semua lauk pauk dah kuih . Macam ada ikan pirana datang serang pasar malam jer .

Sampai dekat pasar , orang ramai , ya ampun . Aku rasa nak lemas okay . Dengan budak kecik nya . Serious aku marah jugak . Dah tahu ramai orang kan , ibu bapa takyah la bawak anak pergi pasar konon konon nak bagitau semua orang yang kita ni family man , bawak anak anak pergi pasar , lepas tu duk ajar , ni ikan apa , itu ikan apa . Oh come on macam dah takde hari lain . Time orang ramai ni la dia nak buat kelas tuition subjek Kenali Pasar Ikan . Arghh .

Lepas tu , tengah tengah kelam kabut . Tiba tiba mata ramai orang tertumpu dekat satu makhluk ni . Ya tuhan , baju dan kain dia warna striking amat ! Nak buta aku tengok . Baju pink berkilau . Kain biru sparkling . Ingat ke ikan duyung baru naik atas darat . Rupa rupa nya ikan dugong baru keluar kampung .

Aku ni bukan lah fashion designer atau apa . Tapi tolong lah beragak sikit bila berpakaian . Time cenggini dressing code sangat penting . Sebagai contoh , ade ke orang nak pakai coat pergi pasar ? Tak kan . Tak sesuai . Nak masuk pejabat okay la . Berhati hati laa bila pilih baju . Jangan jadi mangsa fashion ok .

Ni musim raya kalau rasa nak pergi beraya dekat kawasan rumah kampung , tak yah lah nak pakai baju yang labuh dan panjang 5meter . Buat kotor baju jer . Lepas tu buat masalah suruh orang tolong angkat kan kain dia yang labuh tu takut kotor . Please lah . Kalau pergi open house dekat hotel , jangan pakai track suit atau kain batik standard duduk dapur . Sungguh memalukan . Apa apa pun , jom serbu kedai kedai yang ada . Kita buat kepoh kat sana . Lepas tu nanti ada orang lain tulis blog kutuk pulak aku . Hahaha . Ada aku kesah ?

LAST MINUTE SHOPPING

Assalamualaikum ..

Maaf jika entri ni macam sakit mata nak baca , perenggan tak justify , tulisan entah apa apa , ni cubaan pertama update menggunakan telefon bimbit cap ayam yang boleh didapati di mana mana kedai berdekatan . By the way , apa khabar semua ? Aku dah lama tak update blog , dah lama tak blogwalking sejak laptop rosak . Sangat berbeza hidup aku bila takde laptop .

Bercakap pasal raya , aku tak banyak sangat nak cerita . Baju tak beli . Seluar tak beli . Aku tak boleh nak tweet " yeah aku dah ada 3 pasang baju raya " .. Atau " semua dah beli kecuali kasut je belum lagi " . Sbb aku memang tak beli pape pun . Normally , aku akan beli baju raya lepas raya . Sbb aku kena pergi beli dekat kuantan .

Hari ni cubaan untuk men-gunting rambut tidak berjaya . Time aku pergi kedai , orang beratur sampai dekat luar . Cuba teka adakah aku emosi time tu ? Jawapan dia sangat emosi . Aku sempat lagi jerit dekat tokey kedai tu " I will never set my foot here again next time " , lalu amoi meng-reply " never say never " diikuti senyuman ala ala Justin bieber mintak penyepak .

Begitu juga dengan shopping . Kenapa semua orang nak buat last minute ? Kenapa tak shopping awal awal ? Kenapa tak gunting rambut awal awal . Kan sekarang dah susah kan aku ! Yer , tak dinafikan , shopping last minute best sebab boleh main gesel gesel dengan orang lain tapi serabai tau tak . Kalau boleh gesel dengan wanita cantik okay la . Ni kita tak boleh pilih . Sebab terlalu ramai orang . Kalau tergesel wanita cantik , itu rezeki . Kalau tergesel makcik tua gigi tinggal sebatang , rezeki ke bala ? Fikir fikir kan .

Oleh itu , aku menyeru supaya semua sudah sudah lah shopping . Jangan buat semak jalan laa esok . Aku banyak kerja esok . Dah lah buat semak , parking tengah tengah jalan macam dia anak pembuat jalan . Sesuka hati dia jer nak parking sampai block jalan orang . Aku pergi calar kereta baru tau . Tapi apakan daya bukan kereta Inspira , tetapi cuma ke Nissan Sunny . So tak berbaloi aku nak pergi gores dan menang dekat kereta tu . Low class .

Wednesday, August 24, 2011

REHAT SEMENTARA

Assalamualaikum dan Selamat Pagi .

Macam mana puasa semua nya ? Aku okay ajer . Semalam dah last day jual dekat bazar uitm . so hari ni takde laa tweet pasal bazar dekat twitter . Tapi kecewa laa sebab last day pun lecturer cantik tak datang . Entah mana pergi , aku pun tak tau . Dah lama tak update blog , sebab laptop aku rosak . kelmarin dulu rosak , pergi hantar kedai . semalam orang kedai call , repair laptop 5-6 ratus sebab motherboard rosak . kecewa lagi sekali .

Ni pun aku online guna Ebook adik aku . Ebook ni macam Notebook tapi lagi low dari Notebook . so faham kan maksud aku . lambat sikit tapi redha . sebab at least boleh jugak pakai facebook dan surf . tapi bila aku masuk blog , dia block , dia link kan terus ke page Admin . entah apa entah . so aku nak mintak maaf secara personal dekat Namee Roslan . sorry laa i tak dapat nak join blogwalking . kalau i pergi cc , i blogwalking okay . *sambil kesat air mata*

Selepas aku refresh kali ke 50 , baru aku dapat log in blogspot . kalau tak , haram . dia pergi jugak dekat page Admin . sucks jugak tapi takpe la . sedar diri pinjam Ebook orang . bagi yang tanya Ebook tu apa , Ebook ni diberi kepada pelajar darjah 6 dan form 5 yang bersekolah di Terengganu . yer , Terengganu memang kaya . Menteri besar taknak ke sponsor laptop pulak dekat Anak Terengganu yang belajar di perantauan . Shah Alam tu kira perantauan laa . hehe .

p/s : ada kan tempat yang nak beli laptop rosak ni ? aku nak jual lah ,  ada info , bagitau aku eh . thanks .


Sunday, August 21, 2011

DEMAM BULAN PUASA BEST


Assalamualaikum dah selamat tengahari ..

Sudah lama tidak bersua kan ? Aku tak sempat nak update . Semalam satu hari demam . Aku bangun tido pukul11am , rasa cam menggigil . tiba tiba jer . so macam biasa bangun mandi mandi . still rasa tak sedap . tarik selimut , tutup kipas , rasa best jer , panas panas suam . tertido lagi sekali . lepas pada tu ,bermula laa sakit kepala , mata jadi panas , badan rasa lemau dan lemas . berbuka semalam ambil nasi , tapi tak makan . tak rasa nak makan . just minum air , kuih sikit , panadol dan terus shut down . 


dulu masa kecil , kalau demam , ibu buat macam kat gambar atas ni . ni bila besar , haha tengok pun tak mau . haha . takde laa . aku duduk dalam bilik je semalam . tido . bangun . tido . bangun pun just check timeline twitter supaya tidak ketinggalan . haha . di entri lepas , aku cakap aku nak sakit bulan puasa , sebab boleh ponteng puasa kan . ambil sekali . tuhan kabulkan permintaan aku , bagi aku demam betul betul . tapi aku takde la sampai berbuka puasa kan . dalam dalam demam , sempat lagi duk baca gossip Azwan Ali dengan Hos Chimpazi , Didie Alias . ahaks lawak lah jugak . semalam time pening kepala baca , tak de feeling sangat rasa nya . 

pagi ni bangun tido , aku pergi baca balik . kali ni baca guna laptop lah . baru feeling Mama Juwie . apa apa je la diorang ni . lepas kena maki , Didie pun update twitter dia dan cakap semoga dapat balas di tanah suci . amboi . apa lagi mengamuk sakan laa si diva Azwan ni . haha . Azwan siap mengungkit lagi yang tahun lepas dia duk seru seru nama si Didie Alias depan kaabah . haha haru , bila buku bertemu ruas ni . apa apa pun , aku dah nak kena start bertugas ni . kol1230 call time sampai laa pukul8 malam karang . semoga aku sihat sepenuhnya later okay . 

p/s : terbaca status facebook kawan aku kata Imam Shafie berpendapat bersokong Imam Ghazali , kalau puasa jatuh pada hari Isnin , biasanya Lailatu Qadar adalah pada 21 ramadhan   . iaitu semalam . kalau betul rugi lah . aku tido sedar sedar pukul 5 pagi dah . kesimpulannya , demam di bulan puasa tak best pun . 


Friday, August 19, 2011

RESEPI BISKUT RAYA #1

BERIKUT ADALAH PERBUALAN TELEFON ANTARA AKU DAN KAKAK KU YANG BERADA DI SUBANG

Semalam ..

Aku : wei simpan lah sikit duit gaji tu okay . kita beli kuih raya dan kerepek kerepek

Hari ni ..

Aku : wei kita buat sendiri lah kuih raya .. oven kan ada kat rumah .. 
Kakak : ibu bagi ke ?
Aku : kita bedal je .. kita buat laa biskut badam , cornflakes , semperit , yang senang senang ..


okay , aku ni ikut sedap mulut je cakap . macam senang seperti ABC nak buat kuih kan . yang penting aku bagitau kakak aku , kita buat yang senang senang je . apa yang senang wei ? buat kuih pun tak pernah . ni nak buat biskut . tapi dengan keazaman yang kuat dan menebal di dalam diri aku , aku sedang meng-google resepi resepi menarik di internet . tapi yang emosi nya aku , boleh tak , resepi dalam internet ni macam menipu . steps dia senang gila . macam tak logik . dah la tak letak gambar , pakat main tulis je . tension btol . nampak sangat , orang tu just tulis tanpa mencuba . tak pun copy paste tu resepi dalam buku or majalah . haish . kebetulan aku duk skype dengan Koda ( Nadia Mahmud ), apa lagi mengadu laaa masalah jiwa raga ni . 




DAN HASILNYA 

TADAAAA




So dah dapat satu . sambil sambil tu , aku duk cari resepi biskut raya paling senang di dunia , yang mana sambil tidur pun boleh buat . google punya google . hasil nya . aku jumpa satu . kelas kau maria . pandai google . oleh itu , aku share dekat sini resepi terbaik ini . jangan tak buat okay sebab kalau tak buat malu dekat bakal mak mertua tak pandai buat biskut raya . ekhem ekhem . resepi yang Chef Amer , ( nama aku malam ni ) yang nak dikongsikan dengan anda semua ialah BISKUT CHOCO CORNFLAKES LATTE KROH KROH KROH Zzzzz . nama bersempena kesenangan untuk membuat biskut ini . yeah yeah . 





Bahan-bahan ( 45 biji )

  1. 100gm cornflakes
  2. 150gm coklat masakan 
  3. 1 sudu minyak jagung (sebagai pengilat coklat)
  4. sedikit badam hancur untuk hiasan
  5. paper cup

Cara-cara

  1. masak coklat guna teknik double boil . kalau tak tau double boil tu apa KLIK SINI 
  2. bila dah hampir cair, masukkan minyak jagung
  3. kacau sebati dan biar coklat cair tahap maksimum
  4. cornflakes tu depends nak hancurkan atau tidak 
  5. campurkan ke dalam coklat yg dah dicairkan tadi
  6. gaul sebati dan isi dalam paper cup (kena cepat coz coklat akan cepat mengeras)
  7. tabur badam halus
  8. biar seketika sehingga coklat sudah mengeras.. 
  9. SIAP , letak dalam bekas siap siap 



gambar di atas adalah ihsan Google . dan resepi di atas pula adalah ihsan myresepi.com . sangat mudah okay . tetapi kena hati hati . kemungkinan biskut ini akan lemau bila di buat yeah . oleh itu , ambil langkah berjaga jaga mengikut akak yang bagi resepi ni . before masukkan dalam bekas , pasti kan coklat ni betul betul keras dan sejuk . setelah itu , masukkan dalam bekas bertudung . jika perlu , letakkan dalam peti ais sebab bila letak dalam peti ais , biskut yang lemau boleh jadi rangup balik okay . good luck yer . aku bakal buat benda alah ni on 28th . doakan aku berjaya buat . kalau berjaya buat , aku akan canang biskut aku ni keliling kampung . sekian . 









Wednesday, August 17, 2011

SOALAN BIKIN PANAS DI TENGAH PANAS LIP LAP

Dimulakan dengan rasa segar dan bertenaga , aku ucapkan salam 1 Malaysia buat semua . hari ini off day , so aku tidak perlu menguatkan diri dan stamina untuk menjual di Bazar Uitm . untuk kesempurnaan cerita , aku kena bagitau , aku kerja di bazar hari Ahad - Rabu . hari lain , aku off day . tapi bukan off day sangat lah , sebab ader kerja wajib yang aku kena buat seperti hantar kuih ke pasar minggu setiap hari dan mengambil kuih di rumah pembuat kuih juga setiap hari . tapi at least pukul4 petang aku dah boleh rehat rehat tegangkan otot muka yang mengecut . petua awet muda . 


berbekalkan azam yang kuat dan keinginan untuk mendapatkan rm15 upah yang membuak , menyebabkan diri ini sanggup memerah keringat dan membiarkan peluh peluh jantan membasahi pipi taktala mengabdikan diri sebagai penjual kuih di bawah panas terik dalam bulan puasa . kadang kadang terasa diri ini dehydrated . namun , penat lelah hilang sebentar di kala melihat lecturer cantik datang membeli . okay damn , terlalu jujur . tukar . penat lelah hilang di kala pelanggan datang membeli kuih , senyuman tidak lekang di bibir menyebabkan diri ini rasa dihargai dan berguna . 


seorang lelaki yang tidak pernah bekerja , tiba tiba bekerja , nampak sangat cool . hanya beberapa patah perkataan terukir di bibir seksi nya . " Kuih kak , Kuih bang " . itu lah dialog yang perlu dipraktiskan pada setiap hari ahad - rabu jam 4-7 petang . dalam keadaan diri yang lemah , badan yang tak selesa , matahari terpacak di atas kepala , bila diacukan dengan beberapa soalan yang boleh di katakan mencabar kredibiliti aku sebagai manusia yang lemah tak tahan dugaan , sangat menggangu dan menimbulkan perasaan menyampah dan geram , seperti ingin menggigit telinga mereka yang bertanya . antara soalan yang bikin panas adalah seperti berikut .


1 - Kuih ni kira macam mana ? Kenapa mahal sangat ? kat kedai hujung tu jual murah jer tapi tak sedap . ( sambil ambil buku kat tangan kipas kipas diri dia yang panas )

Adoiya , memang sakit hati sangat adoi pun ter . awak dah tau kan , kedai sana jual murah sebab tak sedap . saya jual mahal sebab sedap . itu pun tak dapat tangkap lagi ? tak payah nak kipas sangat lah . awak tu baru keluar dari kelas air cond kot . over ! 


2 - Kat sini jual kuih yang saya tak suka jer . macam mana ni ? saya nak beli kuih apa . pening lah macam ni . takkan nak makan nasi jer . 

awak ingat saya ni boyfriend awak ke ? atau ada nampak muka saya ni macam kaunselor ? nak consult awak nak makan kuih apa . by the way , banyak kedai kan , pergi lah cari kuih lain . saya tak paksa awak beli pun . dah lah muka masam mencuka . macam masalah besar sangat . arghh . at least senyum lah sikit , ni tidak . mentang mentang lah saya hanya penjual kuih di tepi jalan .


3 - saya nak kuih tart ni seringgit . dua kan ? saya taknak yang kat atas ni . saya nak yang bawah . kalau boleh , jangan bagi hancur eh . saya taknak yang ni sebab nampak keras lah . eh cream puff . tak jadi lah kuih tart . saya nak cream puff . eh jap , puding gula hangus ni pun sedap . takpe lah , saya jalan jalan dulu , nanti saya datang balik .

okay rasa macam nak kepit mulut pelanggan ni dengan pengepit kuih . motif betul . dia ingat best ke apa pose ala ala patung cendana sambil tunggu dia decide nak beli apa . padahal orang belakang ramai lagu duk tunggu turn nak membeli . lagi bengang , sebab dia tak jadi beli . ah sungguh drama . 


4 - eh air soya . kenapa warna macam ni ? mak saya buat warna lain . dia warna kuning lagi terang . sepatutnya awak letak lebih lagi kacang soya . baru nampak kaw . lepas tu warna lagi cantik . haish banyak betul saya nak komen . lain lah air soya awak dengan mak saya . mak saya dia buat air soya , tak guna gula putih ni . dia guna gula melaka . rasa best gila . awak cuba lah jual . mesti laku . mak saya biasa kalau buat soya ... bla .. bla .. bla ...

hmmm air soya ni mak saya yang buat awak . mak saya dengan mak awak , memang berbeza . orang lain lain . style lain lain . kalau awak nak air yang macam mak awak buat , suruh mak awak buat dan jual kat sini boleh ? 


5 - kuih belimbing ni tak sedap lah , awak tau tak ? dah lah keras . lepas tu gula banyak gila . macam gula free jer . dah dua hari berturut turut saya beli , tapi tak best jugak . hari ni saya nak kuih belimbing jugak rm2 . sebab kuih lain saya tak minat . 

pelik . kata tak sedap . beli jugak hari hari . macam dia wajib je beli something dekat setiap gerai . nanti esok , awak datang lagi dan komen yer . datang tau . saya simpan kuih belimbing untuk awak okay . 


p/s : ini lah dugaan bulan puasa . aku masih lagi dapat bersabar . lagipun , ini cara aku cari duit yang halal . so kena ikhlas dan senyum jer walaupun hati mendidih tahap cerek berbunyi . 


MCDONALDS DITUTUP




Mcdonalds ditutup ? Kenapa ? Ada guna ramuan yang mengandungi Ba Alif Ba Ya ke . tidak mungkin . kalau mungkin . yang aku duk telan selame ni , haram lah . oh kena samaq ke ? ahhh pening pening . nak buat apa ni . okay u olss , jangan nak mengelabah mamak sangat . actually term yang betul gelabah tet*k , tapi aku segan nak letak . haha . suci kan aku sekarang . yelaa sekarang musim Setan kena ikat . perbuatan jahat yang aku buat sekarang bakal menunjukkan diri aku yang sebenar which is not good . sebelum ni kalau buat dosa , selalu kata “ setan hasut aku . ni bukan kehendak aku “ chewah feeling Fizz Fairuz kejap .



Aku mcm terkejut beruk , ok bahasa aku sucks ! kenapa aku terkejut ? sebab Mcdonalds dekat Dungun telah tutup dan masih lagi ditutup . jangan nak buat mulut melopong , muka confuse , muka masalah , konon konon Mcdonalds tu korang punya . baca dulu ayat aku sampai habis . HANYA DITUTUP SIANG HARI DI BULAN RAMADHAN , DI DUNGUN . okay clear kan ? sebelum ni aku puasa dekat Shah Alam , Mcd bukak jer . kencang kawan kawan perempuan aku yang ABC pergi drive thru . ade jugak kaum kaum lelaki yang bukan ABC tapi CENDOL , pergi drive thru , buat buat muka tak bersalah , konon konon tolong beli untuk adik , girlfriend dan kawan yang sakit . ciss . sangat selamba .



Bagus betul Mcd kat sini , taknak bagi orang ponteng lah tu . Mcd dekat sini membangun dengan sangat slow mambo , sampai drive thru pun takde lagi . yang ada , drive in , kau masuk dalam , kau order , kau makan . tu jer . delivery ke penghantaran percuma ke choiii takde bayang . yang penting , cashier semua cakap luar seolah olah semua pekerja import dari Kuala Lumpur Bandar Metropolitan . sampai Berger , sebut Burger . tolong sebut ikut ejaan dalam bahasa melayu okay . dan aku jugak sampai cakap luar , order seolah olah aku berada di Shah Alam . okay , aku yang kekwat kat sini . aku memang , lupa daratan , sekali sekali balik kat Dungun ni ,pergi  pasar beli ikan pun cakap luar . sampai penjual ikan berbelit lidah , konon konon nak cakap luar jugak since aku yang bajet bagus .



Kenapa aku sebut pasal Mcd , sebab hari nil auk pauk semua habis dijual . oleh itu , kami takde lauk nak sahur . arghh emosi . nak pergi Mcd , macam bersungguh sungguh sangat . disebabkan oleh itu , aku decide nak makan nasi dengan telur dan kicap ABC manis . bersederhana okay . orang lain sahur makan roti , makan oat , makan cereal . aku No way . sebagai lelaki melayu terkahir , aku tak boleh nak tinggal cara Hang Tuah bersahur iaitu makan nasi . mana aku tau Hang Tuah makan nasi , sila check buku teks Sejarah form1. Okei bai . 

Tuesday, August 16, 2011

MUSIM LU HANTU MAIN JAUH JAUH

Perhatian . Ini bukan entri promo slot Seram You Saka Pergi Jauh Jauh di tv3 . tapi ini ialah cerita benar . based on true story . tiada yang benar dari yang benar benar belaka .

Sekarang ni musim orang cinta halau hantu . so tema nya lebih kurang lah . you hantu main jauh jauh , kalau lu kacau , lu mati wo . lebih kurang lah . sepatutnya ianya jadi scary merry ala ala cerita Scream 4 , tak pun ala ala cerita Khurafat . namun alangkah kecewanya sebab takde sound effect , takde real ghost , takde pelakon pelakon yang gempak . 



namun begitu , since ianya still ada feeling feeling seram sejuk , still wujud elemen bulu roma meremang , still wujud perkara seperti “ wei dah tau malam , kenapa tak bukak lampu , kan dah kena kacau “ , aku cuba cerita .


Pada musim begini , ini ialah taboo orang orang cina, yang diorang kena buat something untuk halau hantu , untuk elak kena kacau . kalau dekat dungun ni , dekat jalan lapangan terbang , jalan je lapangan terbang nyer , atap airport tidak langsung kelihatan , haram nya . 





kalau tak senang dah aku naik flight dari KLIA ke Dungun , untuk pulang bermalam . sambung cerita , dekat jalan tersebut , ada banyak bendera bendera . bendara kali ni memang lain macam . tak macam biasa . kalau biasa , kalau tak bendera Bn , bendera Pas , tak pun keadilan . REFORMASI . okay tiba tiba mengarut


So normally , orang cina akan buat sembahyang dia , bakar lidi sikit , letak makanan sikit depan rumah diorang . kebetulan area rumah aku ni , ramai orang cina . so aku berpeluang lah tengok . ada tu letak air laici Yoes . ada tu letak buah limau . 



yang tak tahan tu , ada yang letak roti gardenia rm0.50 sen tu . hahaha kelakar okay . nasib baik tak letak Cadbury ke , sneakers ker , kfc ke , mcdonald ke . kalau letak ayam Kentucky , confirm bila diorang masuk rumah , budak budak datang curi ayam .


Semalam , aku pergi beli barang dekat Kedai Cina. Nama kedai dirahsiakan . aku pun interview lah tokey kedai . nama tokey kedai juga dirahsiakan atas permintaan . beliau yang hanya di kenali sebagai Chung Li jawab soalan aku dengan ikhlas .



Aku : kenapa sekarang orang cina pasang bendera macam tu ? ada parti baru ke ?

CL : bukan maa . ini musim hantu datang kacau olang . kalau lu tidak kasi itu hantu makan , lu kena kacau . wa takut maa .





Aku : oh ye ke . pernah Nampak ke hantu tu macam mana ?

CL : haiyaa kalau wa penah Nampak , wa sudah ada bawah tanah dengan signboard RIP itu rest in peace

Aku : biar btol . scary nyer . kiteorang punya hantu tak makan orang . kacau jer .

CL : lu punya hantu kecut maa . cina punya hantu kuat fight sama melayu punya . melayu punya hantu tarak ong . takut sama cina punya hantu .

Aku : ye laa tu . habis tu kalau tak bagi makan , hantu ni buat apa ?

CL : lu jangan cakap kuat kuat . ini dengar sama itu hantu . wa dengar kalau tak kasi makan , nanti malam , itu hantu datang ketuk pintu . wa takut .

Aku : betul ke hantu yang ketuk , ntah ntah jiran ketuk nak pinjam lilin sebab rumah dia black out .

CL : lu cuba la try , jangan kasi makan , nanti tengok apa dia buat sama lu

Aku : saya Melayu la . diorang tak boleh kacau . langgar hak asasi bangsa ni


Ada lagi skrip . tapi tak penting untuk di taip panjang panjang . tapi keluar je aku dari kedai , aku gelak guling macam tenggiling . kelakar lah . betul betul takut tu . yang penting , siap kata Melayu punya hantu tak scary . haish kena bagi dia tonton cerita khurafat ni . tak pun aku kasi make up sikit nenek nenek tua , suruh kacau dia , tengok takut ke tak . 


cakap besar btol . hehe . tapi itulah , semua bangsa percaya supernatural ni semua . apa apa pun , mana mana hantu pun menakutkan . dah nama nya hantu . memang ler scary . bunyi pun dah gitu . selamat malam peeps . thank you for reading . 



Monday, August 15, 2011

PUASA YOK YOK

bangun pagi , amek hp , check timeline twitter , tapi tak gerak gerak , rasa nak campak jer hp ke dinding , baru teringat , semalam BIS dah expired . so tak leh guna lah twitter . disebabkan oleh itu , rasa serabai , bukak laptop , log in twitter . macam bodoh kan ? tu laa dah jadi tabiat bangun tido baca timeline twitter dulu sebelu gosok gigi dan breakfast . oh breakfast ? aku puasa okay . 

pernah tak dengar term puasa yok yok ? puasa yok yok ni bukan sejenis puasa sunat yang baru tetapi ia selalu dipraktiskan oleh orang kita terutama budak budak . tiada niat sebelum mengerjakan puasa ini , cuma perlu ada niat yang jahat dan bisikan godaan pihak tertentu . letih la nak main teka teki . puasa yok yok ni actually puasa yang tak penuh . either puasa separuh hari atau tipu puasa .

haa kantoi tak puasa ...

dulu aku masa kecik , jarang puasa penuh . selalu puasa yok yok . puasa separuh hari maknanya bila azan zohor , aku dah berbuka . maknanya sebulan , aku puasa 15 hari laa jadinya . tiap tiap hari buat half day . haha . time dekat sekolah , bukan main lagak . sibuk tanya orang puasa ke tak , kalau tak puasa , kena boo . aku ni selalu boo orang . diorang taktau taktik aku . aku balik sekolah jerr , terus berbuka okay . 

yang tu time suci lah . ada jugak keadaan di mana aku tipu puasa . so parents aku taktau pun yang aku tak puasa . taktik aku sangat mudah dan berkesan , buat buat nak mandi or masuk toilet . then teguk air dekat paip air . memang jijik tapi time tu tak fikir jijik or kotor dah . yang aku fikir dahaga nak mati . kadang kadang pernah jugak pergi bukak peti , telan apa yang ada dalam peti . even ayam goreng dah sejuk sebab letak dalam peti , tapi time nak ponteng puasa , ayam tu jadi panas automatik . sebab minda aku ni dah set macam tu . 

lapar laa pulak tengok gambar ayam ni .. sabar sabar ..


tapi aku tak pernah lagi berlakon sakit perut ke gastrik ke . sebab memang aku tak reti berlakon , nanti kantoi jer . tapi bulan ramadhan lah , aku paling suka sakit . sebab bila sakit , takyah puasa . contoh kalau demam , doktor suruh makan ubat pagi , petang dan malam . so macam mana nak puasa kan . even aku benci ubat pun , bulan puasa ubat jadi bestfriend ok . lawak teringat cerita time kecik . sekarang agak agak aku ponteng lagi ke tak ? sekarang ni tak lah . dah besar gajah , kalau tak boleh puasa , baik terjun bangunan KLCC laa .




Sunday, August 14, 2011

BLOGGER POYO ..


Entri ni sepatutnya ditulis dengan emosi yang melampau dan kebencian yang membuak buak . Namun , kerana aku berpuasa , kesabaran itu dapat mengawal diri aku yang lemah ini . okay , sangat drama king . tapi itu lah hakikat . let me share a story with you guys . aku ada seorang kawan , and yer dia jugak blogger . aku kenal dia pun since dia blogger jugak . dah lama dah aku kenal dia . and aku kenal dia pun masa tu dia baru je start blogging .

To cut the story short , aku rasa dia poyo . since sekarang dia dah hebat kan , gempak , followers dak 5 6 ribu , setiap entri pun ada 30 – 50 comments . then start buat entri emosi yang entah pape . dia konon konon marah orang tinggal komen dekat blog dia macam ni

“ Hey , I dah follow u , follow me back ok “

“ hai , done following , terjah I balik ok “

“ follow me back , I dah follow u “

Memang ada orang marah kan . tapi masalah nya dia pun start dengan cara macam ni okay . dia pergi komen dekat setiap blog suruh orang follow dia . lagi teruk siap ada please please please . so what now ? bila dia dah letops , taknak bagi orang letops macam dia , marah orang tulis macam tu ? oh sungguh lupa asal usul .

Malas lah nak cakap banyak . actually kalau nak cerita kepoyo-an beliau , sampai esok pun tak habis . tapi aku abaikan , kurang pahala aku nanti . apa apa pun , ni peringatan kepada diri aku jugak lah . time orang tengah suka ni , jangan nak poyo poyo . cool sudah . kalau tak suka , its okay . jangan nak emo-shit sangat dekat blog sebab orang tau macam mana awak boleh naik sampai ke tahap sekarang .

p/s : aku nak mintak maaf yer dekat Nor Arlene yang dituduh jadi Makcik tu . and aku dah delete entri tu . tu pengajaran buat aku jugak , supaya lebih berhati hati dalam membuat entri . 

Saturday, August 13, 2011

TAJUK ENTRI , PLEASE BE MORE ATTRACTIVE


Tajuk artikel sangat penting untuk attract pembaca . kalau tajuk sesebuah artikel tu lame nak mati , siapa nak baca . sebab kita boleh jangka apa yang terjadi dan membosankan . aku tak reti nak fikir tajuk tajuk kreatif untuk blog aku . sebab aku bukan nya ada masa nak fikir 40 kali before aku klik button publish . normally , aku taip entri , then publish . DONE .

Orang lain boleh fikir straight away tajuk . aku lain . sebab aku taip entri dulu , tthen baru aku fikir tajuk . kadang kadang aku kagum dengan orang kreatif ni . sebab dia boleh senang senang attract orang baca artikel dia . secara logik , kita tulis something in public , sudah tentu kita harap orang baca dan respond . am I right ?

tipu lah kalau ada yang kata “ aku tulis blog sebagai diari untuk aku sahaja “ . kalau untuk “aku sahaja” seperti yang dikatakan , kenapa blog itu tidak di private kan ? well then again tu hak peribadi . bila aku baca suratkhabar , sebagai contoh , aku bukan baca every single article yang ada . aku baca yang heading dia menarik perhatian . sebagai contoh :

LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU KANTOI TAK PUASA

WARGA EMAS DITANGKAP MEROGOL DAN DIROGOL

LELAKI MATI TERCEKIK ROTI GARDENIA 60SEN

HANIS ZALIKHA BERCINTA DENGAN BLOGGER SYED MUZZAMIR

Siapa nak baca artikel yang tajuk nya pun dah boring . bila tajuk dah boring , orang boleh jangka yang sesebuah artikel tu pun akan jadi boring jugak . unless kalau penulis tu memang dah famous rabak . contoh Datuk Siti . even kalau dia tulis artikel takde tajuk pun orang akan baca jugak .

Kesimpulannya , kepada Miss Fifi , bagi saya apa yang penting dalam sesebuah blog adalah tajuk artikel . berapa ramai followers yang kita ada , berapa pageviews blog kita , itu tak penting . sebab tak semesti nya followers ada 100ribu , 100ribu tu jugak yang baca entri awak setiap kali awak update blog . oleh yang sedemikian , tak perlu khuatir pasal itu semua . teruskan menulis dan karang apa yang awak nak karang . just be yourself and try to be creative . 

Friday, August 12, 2011

RAGAM SI ANAK KECIL

Bila menjadi peniaga di bazar , macam macam pelanggan kita dapat . dari kecik , sampai lah yang besar . yang cerewet dengan yang tak kesah . tapi kadang kadang yang besar ni lagi cerewet dari yang kecik . susah jugak nak melayan kerenah sorang sorang . since ini lah sumber rezeki , kena tahan laa . kena ikhlas layan pelanggan ni . dua hari lepas , aku didatangi seorang budak kecik umur ala ala 6 tahun kot . datang nak beli kuih . sebenarnya jarang budak kecik datang sebab dalam uitm , mostly students yang datang beli kuih .

dia datang bawak duit rm1 nak beli Kuih tako



kebetulan dekat gerai kami tak jual satu satu , jual satu paket 4 ketul kuih tako rm1.20 .  sila rujuk gambar di atas untuk lebih jelas . gambar pertama , kuih tako . gambar kedua packaging kuih tersebut . jadi aku cakap dekat dia , yang ni rm1.20 dik . nak ke ? time tu pelanggan tengah ramai , so aku takleh ah nak jual murah dekat budak ni . kebetulan tokey ada kat situ . nanti kantoi dengan tokey memandai jual murah . 


since dia taknak , aku offer kuih di atas ni iaitu tepung pelita . budak ni banyak tanya lak .


" bukan same jer ke kuih ni ? "

" lain dik , yang ni tepung pelita . lapisan bawah dia air gula . yang ni kuih tako . lapisan bawah dia warna hijau pandan "


ni memang skrip jawapan sebab semua orang akan datang tanya apa beza . tepung pelita dijual 50sen satu ketul sebab dia besar . setiap orang datang tanya beza . so itu laa jawapan nya . aku dah macam robot bila orang tanya soalan tu sebab jawapan dia sama jer hari hari , tak berbeza . tu belum lagi orang tanya apa beza roti jala kuah manis dengan roti jala berlauk . berbalik kepada cerita , budak tu beli tepung pelita . lama tu , datang lagi . kali ni dia bawak geng . dalam umur lebih kurang dia . tapi nampak gangster .

kali ni dia bagi aku rm2 . 


" nak kuih apa ni dik ? "

" nak kuih ni ( sambil tunjuk dekat kuih tako "

so aku ambil plastik , masukkan kuih tako dalam plastik . 

" bang , letak lah dalam plastik asing . satu untuk saya . satu untuk kawan saya "

" tapi duit tak cukup ni dik . satu rm1.20 . tak cukup lagi 40sen "

" saya tau bang . saya bukan nak semua . abang ambil tiga ketul letak dalam plastik saya , yang lebih satu tu , abang jual la . lepas tu abang bukak lagi satu paket , ambil tiga ketul letak dalam plastik kawan saya , so yang lebih tu abang jual jugak , kan senang "

" tak boleh dik , sebab memang harga dia macam ni . dia memang jual satu paket . tak boleh nak main bukak bukak "

" apa pulak bang . saya nak beli 3 jer "

" takpe2 , abang bagi satu paket kuih tako . then abang bagi satu tepung pelita . amacam ? so ni lebih 20sen , adik pergi beli ice cream pop "


haa selamat aku . lama jugak duk berdebat dengan budak ni . kebetulan ramai awek depan aku . so aku layan baik laa . nampak macam cool jer kan . kalau takde orang , lame dah aku tenyeh hidung budak ni . so nak tunjuk baik lagi , aku tegur kawan budak tu yang aku cakap gangster tu .


" haaa adik ni tak puasa ker ? "


agak agak apa adik tu jawab ? " letih laa bang , tak puasa hari ni " or " saya kecik lagi , mana boleh puasa " .. actually dua dua bukan jawapan dia .. jawapan budak ni adalah :


" woi budok ( budak ) , aku nok beli ngecung ( mercun ) natang "


budak tu sound aku weiiii . siap panggil aku budak . malu gak aku sebenarnya . kena sound dengan budak kecik . walaupun jawapan dia bagi tak berkaitan dengan soalan aku . still , aku rasa malu sikit sikit . letih aku buat baik dan peramah . tapi dalam hati ni ada jugak rasa nak bagi penampar free dekat budak tu . kuang aja . haha . 




Thursday, August 11, 2011

KEANEHAN BULAN PUASA


cuba teka apakah lelaki bertopi keledar di atas sedang membuat ? betul ker bahasa aku . aku pun tak pasti . dah lama tak cakap bahasa melayu ni . berangan diva sangat . aih lain macam jer bahasa aku . tu laa pasal , aku terbaca blog Kak Senduk sampai aku jadi Sudip malam ni . ni gara gara Mira Nilai . amboi nama nak glamour jer . gampanglicious sangat . haha . 



tahun ni aku takde lagi dengar kes kes dalam suratkhabar pasal orang ponteng puasa ni . yelaa aku baca suratkhabar , baca bahagian hiburan jer . mana ada cerita orang ponteng dekat bahagian hiburan . ke ada Lisa Surihani ponteng puasa dengan Yusri KRU ? ade ? untuk menjawab soalan di atas , yer , tu gambar lelaki sedang order makan di kedai Cina . sanggup ! entah halal ke haram tu . oh lupa , dah kata ponteng puasa , dah tinggal yang wajib , takkan halal haram dia kesah . kan ?



kejadian aneh berlaku dekat aku bulan puasa ni dan aku yakin korang pun sama kan . aku ni memang kuat makan . statement ! tapi memang betul pun . sejak cuti dua bulan lepas , hari hari kena bebel , sebab mak aku kata dia jarang nampak mulut aku duduk diam , asyik kunyah makanan jer . aku bukan nak makan sangat , tapi perut ni berbunyi lagu keroncong jer tiap masa . serabut tau . so aku kena diamkan dia . aku belai dia dengan makanan . hehe . tau pun diam . 



tapi bulan puasa ni , tuhan bagi aku kekuatan luar biasa . tak lapar , tak dahaga , tak letih . ok tipu lah tak letih . kurang letih . padahal tak makan ni sehari suntuk . pulak tu , bukan aku duduk rumah goyang kaki , angguk geleng kepala jer , aku aktif pulak tu . aktif dari bulan bulan biasa . hari hari angkat kuih masuk kereta . bukan sebekas dua bekas . berpuluh puluh . dengan balang air soya lagi . tough dah aku ni . lepas tu , pergi bazar dan tempat jualan , angkut keluar pulak dari kereta . dekat magrib kan , angkat lagi masuk kereta . macam buruh kasar dah aku ni . kadang kadang feeling mat bangla datang menjengah .



kalau laa bulan bulan biasa aku boleh tahan lapar macam ni , confirm dah kurus longlai aku ni . maybe aku jadi aneroxia ke . sape tau . haha . aku taktau . aku , bulan puasa ni , tengok Cadbury tak rasa apa . orang hulur KFC , aku rasa nak muntah . aku belanja Mcd , aku tolak tepi . macam bukan diri aku dah . orang kata the best time nak belanja aku makan best best adalah bulan puasa sebab aku akan tolak no matter what . confident , jangan ngetest yer . kang aku nak , melayang duit ko . 



apa yang aku fikir time siang hari adalah supaya diberi kekuatan untuk habiskan puasa 30 hari . poyo giler ! takde laa . siang hari aku sibuk kot . sebab tu aku tak fikir sangat makan . tapi even aku jual dekat bazar , yang kuih muih macam macam jenis aku duk jual , aku tak rasa nak pun . even gerai tepi aku jual air seribu jenis , aku tak terseliur pun . ke aku ada penyakit ? wahahaha . apa apa pun , makan ikut kemampuan okey time berbuka . jangan nak gelojoh sangat makan ala ala ular sawa . sungguh tidak cool . 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...