NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Wednesday, August 17, 2011

MCDONALDS DITUTUP




Mcdonalds ditutup ? Kenapa ? Ada guna ramuan yang mengandungi Ba Alif Ba Ya ke . tidak mungkin . kalau mungkin . yang aku duk telan selame ni , haram lah . oh kena samaq ke ? ahhh pening pening . nak buat apa ni . okay u olss , jangan nak mengelabah mamak sangat . actually term yang betul gelabah tet*k , tapi aku segan nak letak . haha . suci kan aku sekarang . yelaa sekarang musim Setan kena ikat . perbuatan jahat yang aku buat sekarang bakal menunjukkan diri aku yang sebenar which is not good . sebelum ni kalau buat dosa , selalu kata “ setan hasut aku . ni bukan kehendak aku “ chewah feeling Fizz Fairuz kejap .



Aku mcm terkejut beruk , ok bahasa aku sucks ! kenapa aku terkejut ? sebab Mcdonalds dekat Dungun telah tutup dan masih lagi ditutup . jangan nak buat mulut melopong , muka confuse , muka masalah , konon konon Mcdonalds tu korang punya . baca dulu ayat aku sampai habis . HANYA DITUTUP SIANG HARI DI BULAN RAMADHAN , DI DUNGUN . okay clear kan ? sebelum ni aku puasa dekat Shah Alam , Mcd bukak jer . kencang kawan kawan perempuan aku yang ABC pergi drive thru . ade jugak kaum kaum lelaki yang bukan ABC tapi CENDOL , pergi drive thru , buat buat muka tak bersalah , konon konon tolong beli untuk adik , girlfriend dan kawan yang sakit . ciss . sangat selamba .



Bagus betul Mcd kat sini , taknak bagi orang ponteng lah tu . Mcd dekat sini membangun dengan sangat slow mambo , sampai drive thru pun takde lagi . yang ada , drive in , kau masuk dalam , kau order , kau makan . tu jer . delivery ke penghantaran percuma ke choiii takde bayang . yang penting , cashier semua cakap luar seolah olah semua pekerja import dari Kuala Lumpur Bandar Metropolitan . sampai Berger , sebut Burger . tolong sebut ikut ejaan dalam bahasa melayu okay . dan aku jugak sampai cakap luar , order seolah olah aku berada di Shah Alam . okay , aku yang kekwat kat sini . aku memang , lupa daratan , sekali sekali balik kat Dungun ni ,pergi  pasar beli ikan pun cakap luar . sampai penjual ikan berbelit lidah , konon konon nak cakap luar jugak since aku yang bajet bagus .



Kenapa aku sebut pasal Mcd , sebab hari nil auk pauk semua habis dijual . oleh itu , kami takde lauk nak sahur . arghh emosi . nak pergi Mcd , macam bersungguh sungguh sangat . disebabkan oleh itu , aku decide nak makan nasi dengan telur dan kicap ABC manis . bersederhana okay . orang lain sahur makan roti , makan oat , makan cereal . aku No way . sebagai lelaki melayu terkahir , aku tak boleh nak tinggal cara Hang Tuah bersahur iaitu makan nasi . mana aku tau Hang Tuah makan nasi , sila check buku teks Sejarah form1. Okei bai . 

3 comments:

Bob Merley said...

McDonald's = Symbol capitalism (=

chesakinah said...

waa.. bagusnya tutup dibulan puasa. 1st time dengar nih. :)

NuR FaTiN said...

aritu aku mcm napok ade chinese mkn ctu.. aku nk gi beli tp awal sangat.. nnt dituduh x pose... niway standard la gi beli ikang pasor ckp KL... haha... aku kurang fluent la bahasa tganu ni... kah3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...