NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Wednesday, August 17, 2011

SOALAN BIKIN PANAS DI TENGAH PANAS LIP LAP

Dimulakan dengan rasa segar dan bertenaga , aku ucapkan salam 1 Malaysia buat semua . hari ini off day , so aku tidak perlu menguatkan diri dan stamina untuk menjual di Bazar Uitm . untuk kesempurnaan cerita , aku kena bagitau , aku kerja di bazar hari Ahad - Rabu . hari lain , aku off day . tapi bukan off day sangat lah , sebab ader kerja wajib yang aku kena buat seperti hantar kuih ke pasar minggu setiap hari dan mengambil kuih di rumah pembuat kuih juga setiap hari . tapi at least pukul4 petang aku dah boleh rehat rehat tegangkan otot muka yang mengecut . petua awet muda . 


berbekalkan azam yang kuat dan keinginan untuk mendapatkan rm15 upah yang membuak , menyebabkan diri ini sanggup memerah keringat dan membiarkan peluh peluh jantan membasahi pipi taktala mengabdikan diri sebagai penjual kuih di bawah panas terik dalam bulan puasa . kadang kadang terasa diri ini dehydrated . namun , penat lelah hilang sebentar di kala melihat lecturer cantik datang membeli . okay damn , terlalu jujur . tukar . penat lelah hilang di kala pelanggan datang membeli kuih , senyuman tidak lekang di bibir menyebabkan diri ini rasa dihargai dan berguna . 


seorang lelaki yang tidak pernah bekerja , tiba tiba bekerja , nampak sangat cool . hanya beberapa patah perkataan terukir di bibir seksi nya . " Kuih kak , Kuih bang " . itu lah dialog yang perlu dipraktiskan pada setiap hari ahad - rabu jam 4-7 petang . dalam keadaan diri yang lemah , badan yang tak selesa , matahari terpacak di atas kepala , bila diacukan dengan beberapa soalan yang boleh di katakan mencabar kredibiliti aku sebagai manusia yang lemah tak tahan dugaan , sangat menggangu dan menimbulkan perasaan menyampah dan geram , seperti ingin menggigit telinga mereka yang bertanya . antara soalan yang bikin panas adalah seperti berikut .


1 - Kuih ni kira macam mana ? Kenapa mahal sangat ? kat kedai hujung tu jual murah jer tapi tak sedap . ( sambil ambil buku kat tangan kipas kipas diri dia yang panas )

Adoiya , memang sakit hati sangat adoi pun ter . awak dah tau kan , kedai sana jual murah sebab tak sedap . saya jual mahal sebab sedap . itu pun tak dapat tangkap lagi ? tak payah nak kipas sangat lah . awak tu baru keluar dari kelas air cond kot . over ! 


2 - Kat sini jual kuih yang saya tak suka jer . macam mana ni ? saya nak beli kuih apa . pening lah macam ni . takkan nak makan nasi jer . 

awak ingat saya ni boyfriend awak ke ? atau ada nampak muka saya ni macam kaunselor ? nak consult awak nak makan kuih apa . by the way , banyak kedai kan , pergi lah cari kuih lain . saya tak paksa awak beli pun . dah lah muka masam mencuka . macam masalah besar sangat . arghh . at least senyum lah sikit , ni tidak . mentang mentang lah saya hanya penjual kuih di tepi jalan .


3 - saya nak kuih tart ni seringgit . dua kan ? saya taknak yang kat atas ni . saya nak yang bawah . kalau boleh , jangan bagi hancur eh . saya taknak yang ni sebab nampak keras lah . eh cream puff . tak jadi lah kuih tart . saya nak cream puff . eh jap , puding gula hangus ni pun sedap . takpe lah , saya jalan jalan dulu , nanti saya datang balik .

okay rasa macam nak kepit mulut pelanggan ni dengan pengepit kuih . motif betul . dia ingat best ke apa pose ala ala patung cendana sambil tunggu dia decide nak beli apa . padahal orang belakang ramai lagu duk tunggu turn nak membeli . lagi bengang , sebab dia tak jadi beli . ah sungguh drama . 


4 - eh air soya . kenapa warna macam ni ? mak saya buat warna lain . dia warna kuning lagi terang . sepatutnya awak letak lebih lagi kacang soya . baru nampak kaw . lepas tu warna lagi cantik . haish banyak betul saya nak komen . lain lah air soya awak dengan mak saya . mak saya dia buat air soya , tak guna gula putih ni . dia guna gula melaka . rasa best gila . awak cuba lah jual . mesti laku . mak saya biasa kalau buat soya ... bla .. bla .. bla ...

hmmm air soya ni mak saya yang buat awak . mak saya dengan mak awak , memang berbeza . orang lain lain . style lain lain . kalau awak nak air yang macam mak awak buat , suruh mak awak buat dan jual kat sini boleh ? 


5 - kuih belimbing ni tak sedap lah , awak tau tak ? dah lah keras . lepas tu gula banyak gila . macam gula free jer . dah dua hari berturut turut saya beli , tapi tak best jugak . hari ni saya nak kuih belimbing jugak rm2 . sebab kuih lain saya tak minat . 

pelik . kata tak sedap . beli jugak hari hari . macam dia wajib je beli something dekat setiap gerai . nanti esok , awak datang lagi dan komen yer . datang tau . saya simpan kuih belimbing untuk awak okay . 


p/s : ini lah dugaan bulan puasa . aku masih lagi dapat bersabar . lagipun , ini cara aku cari duit yang halal . so kena ikhlas dan senyum jer walaupun hati mendidih tahap cerek berbunyi . 


11 comments:

Duta said...

haha sabar bro..

Prasetyo said...

Nice blog post brow.

Don't forget to visit me back, wokey !!!

Orang biasa said...

hehehe... sabar2... macam2 prangai orang ye..

abah khalisha said...

Ini soalan bikin pelempang je.hehehe

muchang said...

hehe macam2 ragam ek nak beli kuih pun :)

KiD said...

pasni kalo ada camtu gak.. dengan kuih2.. dengan soya.. kasi simbah muka dia.. banyak cengkadak! hahahaaha....

EmpayarUtama said...

sabo, kerja pun kena ikhlas :)

ıʇɐʎɐpıɥ lnɹnu said...

totally nice entry nih~
penah tolong somebody kt bazar n ayat2 yg disebutkan almost 100% same!
:)

Nucleo's girls... said...

hehe..lawak pun ade an3.. same la kite..sy as salesgirl pun kne byk sabar camni la..tp dua hari lepas mulut ni da xtahan...nah aku bg sedas dua tembakan lazer dr bibir keringku kesan xminum air sbb pose... miahaha..pdan muke ko customer senget. k bye...just drop by here..nice entry lah! hehe..

Nora Shahaira said...

ish..betul ke soalan2 begitu di ajukan..ish..sampai hati mereka ye..tak payah la beli..ni tak puas hati nak sound topek juga..

Akak nora sebagai pembeli pun..tentu2 la apa yang dijual di bazaar tu bukannya menepati citarasa tekak akak..tapi kita dah tau tak sedap..dah la..tak payah la confront peniaga sampai macam tu sekali..ishh...simpati akak baca..

sampai sekarang puasa..akak nora lum jejak kaki ke bazaar ramadhan apatah lagi nak jenguk apa yang dijual..

Namee Roslan said...

haha, kelakar lah kamu ni. yg nk kepit mulut dengan pengepit tu kelakar. hahaha.

tak sedap pun nk bli lg. customer ni mmg mcm2 ragam. naik menyampah kan? tp selama bulan puasa ni namee x pernah g bazar lg. malas sbb lapar. haha.

kadang2 peniaga pun berniaga main2 je. tahu x mama namee beli mee jawa...rasa sampah. bau pun mcm sampah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...