NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, August 19, 2011

RESEPI BISKUT RAYA #1

BERIKUT ADALAH PERBUALAN TELEFON ANTARA AKU DAN KAKAK KU YANG BERADA DI SUBANG

Semalam ..

Aku : wei simpan lah sikit duit gaji tu okay . kita beli kuih raya dan kerepek kerepek

Hari ni ..

Aku : wei kita buat sendiri lah kuih raya .. oven kan ada kat rumah .. 
Kakak : ibu bagi ke ?
Aku : kita bedal je .. kita buat laa biskut badam , cornflakes , semperit , yang senang senang ..


okay , aku ni ikut sedap mulut je cakap . macam senang seperti ABC nak buat kuih kan . yang penting aku bagitau kakak aku , kita buat yang senang senang je . apa yang senang wei ? buat kuih pun tak pernah . ni nak buat biskut . tapi dengan keazaman yang kuat dan menebal di dalam diri aku , aku sedang meng-google resepi resepi menarik di internet . tapi yang emosi nya aku , boleh tak , resepi dalam internet ni macam menipu . steps dia senang gila . macam tak logik . dah la tak letak gambar , pakat main tulis je . tension btol . nampak sangat , orang tu just tulis tanpa mencuba . tak pun copy paste tu resepi dalam buku or majalah . haish . kebetulan aku duk skype dengan Koda ( Nadia Mahmud ), apa lagi mengadu laaa masalah jiwa raga ni . 




DAN HASILNYA 

TADAAAA




So dah dapat satu . sambil sambil tu , aku duk cari resepi biskut raya paling senang di dunia , yang mana sambil tidur pun boleh buat . google punya google . hasil nya . aku jumpa satu . kelas kau maria . pandai google . oleh itu , aku share dekat sini resepi terbaik ini . jangan tak buat okay sebab kalau tak buat malu dekat bakal mak mertua tak pandai buat biskut raya . ekhem ekhem . resepi yang Chef Amer , ( nama aku malam ni ) yang nak dikongsikan dengan anda semua ialah BISKUT CHOCO CORNFLAKES LATTE KROH KROH KROH Zzzzz . nama bersempena kesenangan untuk membuat biskut ini . yeah yeah . 





Bahan-bahan ( 45 biji )

  1. 100gm cornflakes
  2. 150gm coklat masakan 
  3. 1 sudu minyak jagung (sebagai pengilat coklat)
  4. sedikit badam hancur untuk hiasan
  5. paper cup

Cara-cara

  1. masak coklat guna teknik double boil . kalau tak tau double boil tu apa KLIK SINI 
  2. bila dah hampir cair, masukkan minyak jagung
  3. kacau sebati dan biar coklat cair tahap maksimum
  4. cornflakes tu depends nak hancurkan atau tidak 
  5. campurkan ke dalam coklat yg dah dicairkan tadi
  6. gaul sebati dan isi dalam paper cup (kena cepat coz coklat akan cepat mengeras)
  7. tabur badam halus
  8. biar seketika sehingga coklat sudah mengeras.. 
  9. SIAP , letak dalam bekas siap siap 



gambar di atas adalah ihsan Google . dan resepi di atas pula adalah ihsan myresepi.com . sangat mudah okay . tetapi kena hati hati . kemungkinan biskut ini akan lemau bila di buat yeah . oleh itu , ambil langkah berjaga jaga mengikut akak yang bagi resepi ni . before masukkan dalam bekas , pasti kan coklat ni betul betul keras dan sejuk . setelah itu , masukkan dalam bekas bertudung . jika perlu , letakkan dalam peti ais sebab bila letak dalam peti ais , biskut yang lemau boleh jadi rangup balik okay . good luck yer . aku bakal buat benda alah ni on 28th . doakan aku berjaya buat . kalau berjaya buat , aku akan canang biskut aku ni keliling kampung . sekian . 









3 comments:

Miss. Littlewing said...

Selamat mencuba !!!

Siti Nasihah Samshuri said...

haha..kroh kroh zzz..

Namee Roslan said...

amboi,seronoknya dia!! :D nak sikit!! :) family namee malas nk buat..beli je. tp xpuas lah makan kuih beli. nk buat jugak..hish

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...