Ouch.. Terkezut den baca paper hari nie.. Kan dah cakap.. alih2 lelaki melayu jugak yang dicarik.. tapi jangan cepat buat spekulasi yeah.. aku rasa ni gosip liar je.. ala biasa lah.. hari tu dengan Remy Ishak.. Huh ntah pape.. tapi kenape takde org kena gosip dengan Angah Raja Lawak?? oh mentang2 lah Angah tu macam aku, takde orang nak gosip lah?? Hampeh.. cuba gosipkkan Angah lak.. tengok market hot tak?? ape2 pun, biarlah Maya Karin nak pegi dengan Yusri ke tidak.. Asal dia bahagia sudah.. Letih dah nak tengok artis cerai berai neh.. buat tebal suratkhabar je nanti..
tengok Maya sempat pose lagi tu.
Yusri cm biasa muka cover
tak habis habis. adoi.
PETALING JAYA:Pelakon Maya Karin mengakui dia mula rimas apabila banyak pihak memperkatakan mengenai hubungannya dengan Yusry (KRU) sejak kebelakangan ini.
Kata Maya, dia juga bosan untuk bercerita mengenai hubungan mereka kerana bimbang orang ramai akan memberi tafsiran yang salah.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya dan Yusry hanya kawan biasa. Kami dah kenal lama. Sekarang saya susah nak jawab bila orang tanya mengenai hubungan saya dengan dia. Saya mula naik rimas,” kata Maya kepada mStar Online, Selasa.
Maya yang tidak menyembunyikan persahabatan mereka itu memberitahu, dia dan Yusry pernah menonton wayang sebanyak dua kali termasuk di Alamanda, Putrajaya beberapa minggu lalu.
Dan terbaru pada sesi previu filem Khruafat di GSC Midvalley, Bangsar, malam Isnin lalu, kedua-dua mereka turut hadir di lokasi yang ramai wartawan.
Kata Maya menonton wayang berdua bukan sesuatu yang luar biasa dan ia merupakan aktiviti masa lapang yang selalunya turut dilakukan oleh mereka yang bergelar sahabat.
“Kami pergi menonton wayang bukan sesuatu yang gempak pun. Orang lain pun buat,” katanya.
Ditanya adakah dia mempunyai apa-apa perasaan terhadap Yusry buat masa ini, jelas Maya hatinya masih belum terbuka.
“Ehh... tak apa-apa perasaanlah,” sampuknya ringkas.
Mengenai perkembangan terbarunya, Maya yang baru sahaja mengikat kontrak sebagai duta produk kesihatan Innershine untuk tempoh setahun berkata, dia mula bercuti mulai semalam (Selasa) sehingga 31 Disember ini.
Dalam tempoh bercuti itu Maya mahu berehat sebelum aktif bekerja semula pada awal tahun hadapan.
“Saya pun sibuk dengan album terbaru saya yang sudah 80 peratus siap. Bulan Februari tahun hadapan pula dua filem saya akan ditayangkan. Saya agak sibuk juga pada tahun baru nanti,” katanya.
Bercerita mengenai filem Khurafat arahan Syamsul Yusof yang akan ditayangkan pada 13 Januari depan ujar Maya dia mengakui filem berkenaan agak menakutkan.
“Saya tidak beberapa gemar filem seram. Tapi filem Khurafat ini pada saya mempunyai jalan cerita menarik,” katanya yang duduk bersebelahan dengan Yusry menonton previu itu.
Diusik adakah dia memeluk atau memegang Yusry setiap kali muncul adegan cemas dalam filem itu, sambil ketawa Maya berkata dia banyak menutup mata.
“Saya tutup mata saya saja. Yusry pula macam tak takut pun,” ujarnya.
sumber dari Mstar Online
p/s : apa apa pun. jemput semua join contest pertama aku yeah. tolong aku decide. dah pening nak buat keputusan sendiri. reminder : tak perlu review. pilih jer.
No comments:
Post a Comment