NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Monday, January 31, 2011

Apa Kisahnya Pelajar Malaysia @Mesir

Selamat malam, teman anda disini, menyanyi dengan riang …. Tidur anda lena sungguh riang membesar bila bersama pampers .. haish , comel kan lagu ni .. takleh nak delete dari kotak fikiran .. ada satu lagi lagu yang selalu sangat bermain main dalam minda .. nak nak kalau time ada masalah .. lagu dia berbunyi begini .. actually aku nak buat video dan nyanyi lagu ni tapi kan aku takut korang lempar telur depan rumah aku nanti .. tak pun korang edit gambar aku , dan conteng puas puas .. so aku taknak amek risiko tu ..

“ Telefon , telefon berbunyi .. telefon kami datang .. ada haiwan dalam bahaya .. ada haiwan dalam bahaya di sana “ .. 

Dah .. macam mana ? vocal okey eh ? sekarang ni gempar kejap issue dekat mesir tu .. korang tau tak ? aku tak berapa pasti apa punca dia . tapi yang aku tau sekarang memang kucar kacir . lebih 1000 banduan ada dekat jalanan . duk merompak , rogol tepi jalan , bunuh , pukul pelajar Malaysia di sana . sampaikan pelajar Malaysia semua hidup dalam ketakutan . haish . dengar kata lebih teruk lagi dari morocco .. aku kat sini pun rasa takut .. tu lah sekarang ni diorang suruh kita hebahkan supaya kerajaan Malaysia take note pasal ni dan tahu perkembangan sebenar dekat sana ..

Walaupun kan ada yang dah diselamatkan , dibawak balik ke Malaysia , tapi still ada sakit baki pelajar  dekat sana .. dengar kata internet connection diorang dah diputuskan .. airport kena bakar .. sumber bekalan  makanan terputus .. adoi .. kesian rakyat kita kat sini .. jadi aku nak take part juga menghebohkan pasal ni .. walaupun aku yakin takde lah PM nak baca blog aku ni tapi aku yakin bila ramai buat entri pasal ni , akan sampai juga berita ni ke atas .. mana tau anak menteri baca blog kita ni , bagitau ayah dia ..

Apa apa pun sama sama kita doakan kesejahteraan mereka di sana .. ramai pihak duk cuba selamatkan pelajar mereka dekat mesir tu sekarang .. insya Allah semuanya selamat .. 

p/s : kalau lah wujud wonderpets , batman , superman tu semua .. hmmm ..

4 comments:

Afiq Bukhari said...

insyaAllah semuanya akan selamat amin~

nova_leverage said...

ehh..btol ke ney..??serius..??

GaDiS OGi' JoRo' said...

semoga sumenye selamat. amin

SyedMuzzamir said...

afiq : yeah .. doa yang terbaik ..

nova : btol .. serious .. takkan saya tipu ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...