NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, January 15, 2011

Berita yang Buat Perempuan Jerit Gigit Jari

aku ada baca dekat blog mane ntah . duk menjerit melalak ( aku rasa lah since post dia tu dia buat arghhh huwaaaa mcm tu . so aku rasa dia tengah jerit ) dekat entri dia pasal mamat nie . penulis tu haruslah perempuan . si mamat yang depa jeritkan nie hmm takde lah menarik benor . biasa biasa je . korang try scroll down eh . tengok jerit tak .ala kalau tak jerit pun mesti korang gigit jari. hehe. aku berani jamin. lelaki pun boleh baca . hehe. tapi jangan jerit melolong eh . tak pasal nanti status kelakian anda di ragui .
..............................
..........................
.....................
...............
..........
.......
....
..
.

LONDON: Penyanyi Justin Bieber, 16, dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan ketika berada di lokasi penggambaran drama bersiri CSI: Crime Scene Investigation.
Laman web contactmusic.com melaporkan bintang remaja sensasi itu mengalami masalah pernafasan pada malam Rabu dan terus dikejarkan ke Hospital Providence St. Joseph di Burbank, California dengan serta-merta.
Bieber bagaimanapun dibenarkan keluar setengah jam kemudiannya selepas mendapat rawatan.
Wakil penyanyi lagu Baby itu mengesahkan berita tersebut dan berkata artis itu berada dalam keadaan baik.
"Dia berada dalam keadaan yang baik dan sudah kembali ke lokasi penggambaran," katanya.


PETALING JAYA: Ikatan pertunangan antara pelakon Ayu Raudhah, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, yang berlangsung pada 17 Oktober 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.
Ayu menjangkakan kira-kira 600 hingga 700 orang akan di undang untuk menghadiri majlis resepsi selepas nikah yang akan berlangsung di Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar pada pukul 7.30 malam hingga 11 malam, hari yang sama.
Pasangan itu mula mengedarkan kad perkahwinan berwarna kelabu kepada pihak media bermula Selasa lalu.
MStar Online turut menerima kad jemputan perkahwinan berkenaan yang berwarna kelabu. Di luarnya diikat dengan riben berwarna merah jambu sambil tertera nama Zaquan dan Ayu dengan lambang hati. Ia menandakan kasih sayang dan gelojak cinta mereka yang disimpul utuh.
Pelakon drama Nur Kasih dan Manjalara ini akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Rizman Ruzaini, Qudyn, Calvin Thoo dan Man Kajang. Selain itu, wajah jelitanya akan diserikan dengan solekan oleh Amy Janz.
Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 30 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.






1 comment:

YattAkasah said...

bieber..xmnat pon..ueeww...huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...