sekarang kan , tidur selalu tak cukup . bukan sebab study . tapi sebab berjaga malam . sebab kalau tidur awal rasa serba salah . ye lah , housemates semua duk study . otak duk fikir bahawa majority pelajar batch aku tengah study waktu waktu macam gini . macam mana aku nak tidur dengan tenang nya kan . adoi . rasa serba salah dengan diri dan jugak diri aku yang masa hadapan . sebab kan kalau aku malas sekarang , aku di masa hadapan akan hidup susah . hmm macam mana tu .
so aku buat keputusan daripada aku tidur . aku rela tunggu pukul3 baru aku tidur . kurang sikit rasa guilty . boleh macam tu ? sekarang 2.53am . ada 7 minit lagi . kenapa aku tak study ? bukan sebab taknak , tapi bila aku baca note , aku nampak garisan garisan hitam putih macam siaran tergendala dekat tv9 . so aku tak nampak apa . daripada aku bukak nota tu luas luas , baik aku tutup , aku tenang kan fikiran yang tak tenang . bukan sehari dua . dah seminggu macam ni . so ada 2 minggu lagi hidup aku bakal macam ni .
takut wei , orang study sampai Z , kita study sampai M je . takyah tanya lah apa Z , apa M . tu analogi tu . jangan nak buat slow sangat lah . jangan nak jadi macam siput sedut lintas federal highway . lawak ke ? ntah tak lawak langsung . kampung sangat joke macam tu . nak tahu something ? aku ada 4 papers lagi . perasaan ? berdebar debar macam tunggu anak sulung lahir dari perut isteri . macam aku pernah alami kan . padahal kahwin pun tidak . hmm aku tak tau aku yang aku duk bebel kat sini . sebelum aku masuk cerita pasal kehidupan peribadi yang lebih rumit , aku undur diri . bye . good nite .
3 comments:
gud luck exam..!! :)
lain kali study dr awal.. so xde lar membebankan sgt.. :P
study,,jgn mls
Post a Comment