selamat pagi sekalian alam . aku nak cerita sikit ni . semalam , cobaan aku nak habis kan satu bab jurisprudence , iaitu bab yang pertama GAGAL . bukan GAGAL sikit , tapi GAGAL banyak . tak sampai setengah bab , aku dah tutup buku . berpusing pusing kepala ni . jurisprudence ni banyak kata kata ahli falsafah . bertukar tukar dah . dah lah nama tak syok . contoh nama macam Acquinas , Hugh Guitos , Socrates . tak cun kan ? tak cukup untuk buat nama nama tu melekat dekat kepala aku . cuba kalau , nama ahli falsafah macam nama artis . kan senang nak ingat . contoh , Siti Nurhaliza cakap undang undang ni datang dari tuhan dan nature . tapi Sharifah Aini tak setuju . dia cakap walaupun undang undang ni datang dari tuhan dan nature , manusia tak boleh follow jer . manusia kena amend dan buat perubahan . sebab effort manusia lah yang akan membangunkan sesebuah society. haha . boleh ?
aku nak cerita kelemahan diri sikit arinie . aku ni macam GAJAH tau tak . bukan size badan . perangai . kalau GAJAH kan dia takut TIKUS . aku takut gak TIKUS . siapa tak takut tikus . sekali kena air kencing dia , tak ke naya tu . hehe . so aku nak jerit macam panggilan hangit boleh . " Syed Muzzamir , awak seorang yang PENAKUT " . banyak benda yang aku takut dalam hidup ni . sangat banyak . meh aku cerita sikit sikit . kalau korang taknak tau , tak pe lah , klik je lah IKLAN IKLAN yang ada . kalau korang nak tahu , scroll down . lepas baca , klik jugak iklan iklan . hahaa tak paksa eh . :p ..
1) aku takut nak mintak duit dengan abah aku secara live . maksud nya dalam phone , secara live , mulut ke mulut , hati ke hati . aku cam takut , kalau dia tanya " nak buat apa duit tu ? " sebab aku tak tau nak jawab apa dan aku macam malas nak jawab . haha . takut jugak kalau dia marah ke apa . tapi itulah dia , aku takut dengan reaksi abah aku tu . tapi kalau dalam message , senang je nak mintak . " dear Abah , anakanda mu sudah kekeringan duit " . macam tu je aku mesej , then abah akan reply " okay anakanda tersayang " . actually aku tipu je tu , takde makna ayah aku nak sweet sweet macam tu . dia akan just reply OK . HAHAHA .
2) aku takut dengan persaingan . sepatutnya persaingan ni benda yang bagus , benda yang sihat kan . tapi seriously aku tak suka . sebab kan aku takut nak berada di bawah lagi dalam apa jua keadaan . dulu time form1 sampai form5 aku dah puas . jemu , asyik berada di bawah je . sampai ke sudah . lima tahun tu . belajar tak hebat , debate tak terror , main sukan tak pandai , semua tak pandai . bila tengok kawan kawan , belajar terror , main suka terror , semua terror , rasa gak jeles , dengki , iri hati . kadang kadang macam nak letak racun je dalam makanan budak budak bijak ni . haha . tapi aku tak buat lah . imaginasi aku je tu . dulu kan , time nak final , budak budak bijak pandai ni dah siap buat note awal awal . time final , diorang just belek nota tu je . aku jugak yang tehegeh hegeh nak buat nota . dulu tak reti nak photostat nota , so apa yang aku buat , aku curik nota diorang . hahaha .
3) aku takut dengan masa depan aku . ntah cerah atau tidak . aku harap cerah lah . taknak dah hidup dalam kegelapan kan . nak ubah sikit taraf hidup ni . kita ni , impian memang banyak , tapi usaha ke arah nak capai impian tu ciput . tapi manusia tak sempurna . aku kan manusia . tapi aku cuba untuk berusaha ke arah kesempurnaan tu . sebab kalau just nak pegang kata kata manusia tak sempurna , sampai bila pun kita taknak buat perubahan . aku kadang kaang terfikir , macam mana kalau aku tak berjaya nak dapat kerja bagus , macam mana masa depan aku nanti . kena mintak duit dengan mak ayah lagi ke nak makan , nak minum . hmmm . ke nak jadi anak ikan je ? hahaha . anak ikan keli boleh la kot .
4) aku takut nak memperakui cinta aku . chewah . haha . actually aku ada minat orang . normal lah kan manusia ni nak minat minat orang . tapi aku cam tak berani nak beritahu , banyak sebab . sebab aku takut respond dia , aku takut aku tak boleh nak bahagiakan dia , aku takut aku tak mampu nak bagi apa dia nak , dan yang paling aku takut , adalah untuk mencuba . sebab tu , aku ambil jalan mudah , untuk suka dia dalam diam je . tak letak apa apa usaha pun sebab aku tak nak benda tu sia sia . kalau betul aku nak bercinta ke apa , biar aku stabilkan diri aku dulu . eh bukan sebab badan aku besar , aku tak stabil ngok . maksud aku stabil dalam semua keadaan lah . haha .
5) yang terakhir , aku takut hantu . haaa yang ni aku rasa lame gila . tapi reason aku takut hantu tak lame , lain dari yang lain . aku takut hantu yang menyerupai diri kita ni . aku takut nak jumpa hantu yang macam muka aku . ntah apa jadi lah nanti dengan muka aku . kalau hensem okay lah , kalau buruk , mesti aku pun takut nak tengok . kalau aku pun takut tengok muka aku , orang lain mesti lagi takut kan . hahaha . aku ni macam pak pandir dah . asyik mengarut je cakap . haha . orait orait . taknak mengarut dah . tapi aku cam yakin korang pun penakut jugak kan . hahaha.
1 comment:
hahaha..
k la tuh..msing2 de rasa takut,,
terutamanya takut kepada Allah S.W,t
Post a Comment