NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Wednesday, July 20, 2011

ALEESHA FARHANA



Okay , nama nak glamor jer . ingat kan nak tukar nama jadi siti aminah ke norhuda ke . hehe . aleesha tu , macam nama anak Erra Fazira dah . korang mesti ada baca surat khabar semalam dan today , cerita pasal Ashraf ( dalam gambar ) nak tukar nama jadi perempuan since memang dia dah tukar jantina . pelbagai keluhan , cemuhan , makian dan sumpah seranah rakyat malaysia terhadap tindakan Ashraf ini . bukan semua rakyat Malaysia , but in general yer lah kan . aku nak cakap , aku bukan sokong tindakan ashraf , yer apa yang dia buat memang salah . tukar jantina . langgar hukum alam . langgar hukum Allah . yer aku tau . yang hukum tetap hukum tak boleh nak ubah macam tu jer . tapi the way people react are cruel and mean . seriously . kau doa dia mati ? like seriously ? who are you untuk doa macam tu ? dari kau doa untuk kecelakaan orang , baik doa untuk kebaikan diri sendiri .

aku cam sedih lak baca paper hari ni . mak dia buat statement " jika kematian adalah penyelesaian tolonglah ambil nyawanya tapi sebelum itu ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah itu " .. yer , hakikat yang tak dapat nak kita tolak . kasih sayang seorang ibu . kejam lah tahap mana pun anak , ibu tetap ibu . kasih sayang tak pernah berubah . aku rasa si Ashraf ni budak baik . mak ayah dia pernah halau dia dari rumah , bakar semua baju perempuan dia , dan tak mengaku anak . tapi si Ashraf sekali sekala still balik rumah tapi tidur dalam kereta . kalau orang lain tu , dah mak halau , lari jer . keras hati . tapi si Ashraf ni tak . kita terlalu judgemental . bila orang langgar undang undang , terus nak selar tanpa usul periksa , sebab dan akibat .

si Ashraf ni dah pergi buat pemeriksaan doktor . memang doktor dah sahkan yang memang si Ashraf ni lebih dekat hormon perempuan berbanding hormon lelaki . thats why dia nampak lebih perempuan daripada seorang lelaki . daripada lahir dah macam ni . bukan dia tergedik gedik buat , bukan juga dia minta .  maybe dia ada reason mintak tukar nama . yerlah dalam ic nama lelaki , luaran perempuan . mesti korang cakap " dah kenapa pergi tukar jantina ? " . yang ni aku tak leh nak jawab . si Ashraf je tau kenapa dia tukar jantina . kita taktau apa dia rasa . daripada kita terus menghentam dan menghukum , lebih baik kita doakan dia dan tolong bawa dia ke pangkal jalan .

p/s : pelik jugak tengok dia bertudung .. haish .. dunia ..

7 comments:

Unknown said...

Wallualam bisawab.....hanya jauhari mengenal manikam. Apa yg Asharaf buat tu memang salah dalam agama tapi siapa kita nak hukum dia...biarlah Tuhan yang mengadili kesilapannya itu. Kita sendiri pon banyak dosa² kecil yg kita mungkin x sedari....jadi sama² kita doakan semoga Ashraf kembali ke pangkal jalan.

lynnlola said...

mungkin jugak pada awalnye die memang khunsa'. kite taktaw citer sebenar. doakan jelah yg terbaik tok die. dapat pahale

teyqahd said...

kesian jugak kat die ni , huhu

SyedMuzzamir said...

ms littlewing : saya setuju dengan kamu .. kalau mmg dia yang gedik2 na jadi perempuan . yes we can blame her .. =)

lynn : tu laaa .. kita terlalu cepat menghukum .. even saya pun macam tu sometimes ..

teyqahd : kalau lah semua org macam awak .. =)

Ermizi Muhamad said...

Kita tak berhak meghukum. Dalamannya, hanya dia dan Allah saja yang tahu. Mungkin dia khunsa kan?

Datuk, tukar la style ruangan koment ni. senang sikit orang nak koment. buat style pop up window. pergi dekat bahagia setting ya ;)

SyedMuzzamir said...

Muhd Aizie : tq bro .. aku tak perasan .. tq again ..

mimie saienie said...

ada juga bace pasal nie.. kesian mak bapa dia jadi mangsa.. harap2 smua akan selesai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...