Magrib tadi tiba tiba diserang penyakit yang paling kronik dalam hidup aku dan takkan sembuh sampai bila bila . okay intro suspens gila . penyakit JIWA KACAU PERINGKAT KE-4 . actually bagaimana boleh diserang jiwa kacau adalah kerana perasaan hasad dengki tahap pemimpin politik telah menusuk dalam hati dan sanubari . lusa kawan kawan aku dalam 5 orang akan fly ke India untuk buat intern dekat sana lebih kurang sebulan . intern tu ala ala praktikal lah . perasaan iri hati itu telah membuatkan soalan tiba tiba terpacul di minda sempit berkarat seorang Datuk " kenapa aku tak apply jugak dulu eh ? " . bila soalan sebegitu muncul , secara automatik otak aku bergerak ibarat baru letak minyak pelincir .
tiba tiba jadi risau . aku tak aktif langsung ni dekat Universiti . last aku bergiat dalam aktiviti part one degree tu pun program masyarakat pergi rumah orang asli . sem depan dah nak grad . tak pe ke tak aktif ni . kerja macam mana nanti . senang dapat tak . diorang tengok tak whether kita aktif atau tak . macam macam lah . sampai kan tiba tiba terfikir macam nak naik bus pergi shah alam malam ni dan join apa saja program yang ada asalkan boleh tulis dalam resume kerja nanti aktiviti yang aku join . melampau okay aku rasa diri aku malam ni . gelabah tak tentu pasal . so now fikir punya fikir punya fikir . sampai perut lapar . then pergi beli roti , dah tak rasa pape dah . JIWA KACAU telah pergi begitu sahaja .
sekarang tengah fikir , sem depan aku dah ada degree , so cuti 3 bulan tu aku boleh apply kerja pakai degree . tapi ada ke orang nak hire pekerja selama tiga bulan ? mesti ada kan . jangan lah bagitau nak kerja tiga bulan . sampai masa , kita berhenti lah . boleh macam tu ? kalau boleh taknak lah kerja dekat firm sebab aku rasa belum bersedia nak jadi lawyer . bodoh kan fikiran aku ni ? kalau boleh nak jadi kerani ke . hehehe .
2 comments:
omg chubby! sape yg fly pg indiaa?? i pun kekadang fikir camtu :(
laaa u taktau ke ?
mok , khairil , rahimi . zuly , dayah komander
Post a Comment