NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Wednesday, July 13, 2011

HATI HATI DIAL NOMBOR

Salam tengahari semua . hows your day ? hari ni semua pakat buat Wordless Wednesday kan . I did mine tadi . random question , pernah tak korang tersalah dial nombor orang lain untuk cakap dengan orang lain . contoh , korang nak call parents nak bagitau yang kakak korang tengah dating dengan mat ganja . dan korang tersilap call nombor kakak korang sendiri . dan tanpa kakak korang cakap hello , korang terus cerita pasal kakak korang . dan sekarang kantoi korang mulut cilanat takleh simpan rahsia . 

Tak pun , korang type mesej mengutuk A , nak send dekat B . tapi entah macam mana , korang terhantar dekat A sendiri . dan kantoi ! kalau tak tulis nama , takpe boleh lagi nak kelentong . tapi kalau dah terang terang tulis nama A , tak ke bunuh diri namanya ? aku pernah . banyak kali okay . aku nak mesej orang lain , tapi termesej orang lain . kantoi . call belum pernah lagi . tapi perasaan memang haru biru bila kita sedar yang kita dah salah hantar mesej . time tu rasa macam nak bunuh diri jer . gila ! 

Hari ni dalam Harian Metro. Memang bengong lah . seorang pekerja kerajaan nak call taukeh dadah nak mintak supply barang . tapi dia tertelefon polis . dan polis tu bijak , terus menyamar jadi tauke dadah . ajak jumpa depan pejabat . so memang kantoi lah beb . confirm kena penjara tu . tapi si lelaki yang gelojoh tu bagi alasan yang dia nak beli pil kuda jer . nak bagi tak ngantuk sebab nak drive ke Besut hantar isteri mengandung ke rumah mertua . kesian kau . lain kali hati hati . benda benda haram ni kan . 

Oleh itu , saya nasihat kan anda semua supaya berhati hati bila dial nombor okay . ingatlah orang tersayang . maju lah sukan untuk Negara . okay aku mabuk . sekian . 


3 comments:

ღ TeRU²bOzUღ said...

Belum pernah lagi tersalah call. hihi. Message tu pernah gak tersalah hantar. hihi

Finaz Jaafar said...

pernah salah mesej jeh ! kantoiiiii!

saya afi said...

slalu silap hntr msg, malu kot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...