NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Tuesday, August 2, 2011

CABARAN PUASA #1

Selesai sudah puasa yang pertama . korang punya mesti best kan . aku punya tak best . sebab aku tak berapa sihat . ini bukan drama melayu RTM mahupun drama indonesia 100 episod . ni realiti . petang tu aku dah rasa tak berapa nak sihat . pening sikit . mungkin cuaca panas kot . aku bakal ditugaskan menjual di bazar dalam uitm dungun . semalam tak jual lagi . hari ni first day . mati lah . lagi la panas kan cuaca . terbakar aku nanti . dah laa kulit putih suci lepas pakai fair n lovely . aiyooo . semalam pukul2 pm , aku dah lemau . rasa macam biskut kering cicah air . faham tak ? maksud nya lemah longlai . macam tu . 

pukul2 jugak aku dah berair mulut , duk imagine macam macam nak makan time berbuka . yang penting , semangat ni fikir nak minum air apa . dari air tebu ke soya dari soya ke bandung . last last decide nak minum milo cincau . pergi la beli milo dan cincau . orang azan jer , minum air tak berhenti . berapa gelas ntah aku minum milo cincau . dalam 5 6 gelas jugak . konon konon dahaga sangat . time tu aku rasa aku ada dekat padang pasir yang baru jumpa air yang keluar dari celah celah batu . lega . lepas tu makan kuih . ambil nasi penuh pinggan . tapi makan 5 mulut , rasa muak . nak muntah . 

stop makan . time tu pening kepala gila gila . pergi pasar malam collect kuih , mandi , solat . terus LANDING time . tido sampai lah subuh hari ni . first day aku tah sahur pun . sebab ingat diri ni kuat macam ironMan , tapi lemau macam Sizuka . ingat nak sahur la today . tapi tak terbangun jugak . adoi . moga moga hari ni dikuatkan diri ini untuk terus menjalankan tanggungjawab . kang tak pasal masuk Sinar Harian 'PENIAGA KUIH PENGSAN DI BAZAR UITM' . hahaha . okay laa aku kena turun bawah rumah ni . nak kira onde onde ni . selamat berpuasa . 


2 comments:

Syazana Aziz said...

dah kembung minum air latu.. hihi

SynicalMind said...

dan-dan puasa pertama dah sakit. azam aku tahun ni, nak hindarkan diri dari `param' kecuali beli air tebu je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...