NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, October 8, 2011

FINISHING SCHOOL

Assalamualaikum .. 

Kekerapan meng-update blog sekarang adalah kerana laptop ku berjaya menyedut wifi yang datang melilau , dan kebetulan aku sangat takde kerja nak buat . oleh itu , blog berjaya di aktifkan kembali . hari ni , the whole day aku ada program . aku akan cerita one by one . tapi amaran keras kepada mereka yang tidak suka akan entri yang panjang panjang . entri ni memang panjang sedikit , plus gambar ada 16 keping . gambar pulak takde lah cantik macam snap guna DSLR . guna kamera hp je . biasa biasa je lah . 


tepat jam 8.30am , hari ni hari sabtu . yer , semua orang tahu hari ni hari sabtu . apa yang aku nak cerita nya , aku ada program . batch aku semua diwajibkan join program LDK ( LATIHAN DALAM KUMPULAN ) yang dinamakan FINISHING SCHOOL . ni untuk pelajar tahun akhir , semester terakhir . so intipati program macam kenali diri sendiri , macam mana nak buat resume , macam mana nak apply kerja , macam mana nak interview dan sebagainya . setiap kelas di bahagikan kepada 16 orang .


first program hari ni adalah ice breaking . aku ni macam naga buas . menyampuk je kerja , lepas tu buat bising . tu memang perangai aku . dan aku rasa mesti ada orang menyampah dengan perangai aku tadik . maaf lah , tak boleh kawal . excited sangat . haha . ice breaking macam biasa lah kan . lepas tu , program kedua , main game . game dia macam ni , setiap orang kena tampal kertas kosong yang dah ditulis nama kita di belakang badan kita . so setiap orang dalam kelas tu , kena tulis pandangan kita terhadap kawan kita tu . contohnya cantik , cute , hensem dan sebagainya . mereka semua tulis dekat aku yang positif je , alhamdulillah . tapi taktau laa kalau diorang tak ikhlas tulis tu . haha . 



perhatikan gambar di atas 
anda boleh imagine macam mana game ni OK 
masing masing sibuk duk tulis belakang kawan2 




dalam kesibukan menulis , mereka ni 
duk paksa aku snap gambar diorang
aku , selaku lelaki yang baik dan hensem , 
ikut kehendak jer laaa .


ini adalah antara ahli kelas LDK aku . 
Dari hujung Mok ( Amira ) , Khairil , Qiena
dan yang poyo last sekali berbaju kelabu , Siddique


dari kiri berbaju biru , Ej , Nick , 
Ashairi , Atul & Shairmaine 



dari kiri Pedro , Bella , Budu , Jaja & Sis 
Budu adalah kawan aku yang dah kahwin tu 
dan dah pregnant dah pun , kira kira 2 months


dari kiri Budu , Jaja , Sis , Jenol & Shauki


setelah selesai game di atas , around 1230pm , kami mula berehat . masuk balik pukul 1.00pm , sesi LDK diteruskan . petang ni , sesi menyediakan Resume . dibahagikan kepada dua kumpulan . so memang best lah mengarut dalam resume tu . graduate dengan CGPA 3.98 uolss . kau mampu ? memang giler . yelaa dalam kita belajar , kita bergurau . tak boleh laa nak serious je all the time . bosan jugak kan . tapi tak boleh jugak main 24hours , kena ada balancing & limitation . 


semua busy bagi idea . 
sampai resume panjang gila . 



first group tengah present resume mereka 
aku ni semangat duk mengutuk resume mereka
sajer laa , nak main main dengan diorang 
harap Atul tak kesah yer aku gurau gurau tadik 


selesai bentangkan resume , diteruskan pula dengan Mock Interview . setiap group kena hantar seorang kerani , seorang applicant yang nak mintak kerja dan 4 orang interviewers . so aku adalah interviewers . aku tak terror nak jawab jawab soalan ni . so aku jadi boss . boleh tanya soalan . bab kena kan orang memang best kan , so kami , the interviewers ni memang sedap lah tanya soalan mengarut dekat si applicant , Khairil @ Ahmad Albab . dia nampak emosi jugak sikit sikit , tapi tenang je jawab . memang kalau aku bos , aku amik dia kerja . haha . 


 aku di hujung sekali tuh ..
semangat duk tanya soalan .. haha ..
di bawah ni , KHAIRIL , yang ditemuduga .. 



the last game before kami dilepaskan balik adalah game lepaskan diri dari ikatan silang . ahaks nama game ni aku reka sebab aku taktau apa nama game ni . but basically , korang perlukan dua tali . ambil tali yang pertama , ikat kedua dua tangan korang dari hujung ke hujung . lepas tu kawan anda ambil lagi satu tali dan lakukan benda yang sama tapi tali tersebut mesti lah disilangkan dahulu . sila rujuk gambar di bawah . so tanpa membuka ikatan tali tu , cuba lepaskan diri dengan cara yang betul . maknanya kena hilangkan silang tu lah . 








lihatlah kesungguhan mereka , cuba untuk lepas dari ikatan tali tersebut . namun begitu , pasangan pertama yang berjaya lepaskan diri adalah ..........



DRUMROLLS PLEASE ....





AKU & SHAUKI
DI TENGAH ADALAH TRAINER KAMI , 
MADAM ROZITA YANG COOL GILER
HORAAAY INILAH PEMENANG NYA 
TERROR KAN KAMI .. 
MEMANG PUN .. 
YANG KAT BAWAH NI , 
SAMPAI HABIS WAKTU , TAK JUGA BERJAYA ..


itu sahaja pengakhiran program . sungguh memuaskan hati dan sungguh fun program hari ni . sangat enjoy dan aku rasa the whole class enjoy program hari ni . panjang sungguh entri aku , harap semua dapat rasa kegembiraan dan kemeriahan program seperti apa yang di ceritakan di atas . apa apa pun , thanks for reading . 


masing masing memegang hadiah 
yang diberi oleh trainer kami , Madam Rozita .


3 comments:

tricksrex said...

aha
pegi finishing skul best kalo dpt grup yg aktif

kalo pakat pasif semua mmg tak laa

alin alias said...

syoknya..=)

eesyaheera said...

Untunglaaa dah nak habis belajar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...