NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, October 14, 2011

TERLEPAS DARI SEKSAAN DUNIA

Assalamualaikum .. 

Apabila anda diberi sesuatu kerja , anda dinasihatkan supaya jangan tangguh kerja . buat secepat mungkin dan pastikan siap pada masa yang sepatutnya . jangan main main gamble jer . jangan perjudikan nasib anda di tangan superior anda . okay nasihat di beri selepas aku mengalami sendiri detik debaran dan nyawa nyawa ikan apabila kerja yang diberikan gagal disiapkan lalu nasib diri diperjudikan begitu sahaja . cerita bermula .....


Suatu ketika di kelas Insurance .. 


Aku , Shauki dan Siddique Hakeem telah di beri tugasan untuk membentangkan soalan 5 dalam kelas tutorial . so obviously kami group number 5 . minggu lepas , hanya dua teams sahaja yang sempat present . so kami expect every week pun dua teams kan . untuk confirmation , semalam aku call lah Daryl , dia group tutorial hari Rabu . kelas kiteorang hari Khamis . so diorang lebih advance . Daryl berkata hanya dua group je yang present . Aku dan shauki rasa lega . sebab macam tak payah prepare . fikir punya fikir , sampai pukul 12 kami duk termenung je . kalau kami buat kerja pun dah siap , tapi we did not do that . we prefer to stay calm until we obtained to a final decision . 


akhirnya , pukul 1230am , aku terlelap mata . aku tertido . bangun bangun sudah lewat pagi . kelas pukul 830am , so memang tak sempat buat . tapi rasa lega sebab tak buat . so takde laa pening pening kan . masuk jer kelas pagi tadik , aku jumpa Al Afiq . aku tanya dia pasal kelas insurance since dia punya kelas hari Rabu . dia cakap madam marah . madam nak proceed ke group num 5 jugak but then group num 5 tak boleh nak present , ada masalah katanya . so madam upset lah kot . time tu aku dah kecut perut ,. bayangkan our life sekarang dihujung tanduk ni . silap silap boleh kena halau dari kelas . 


kiteorang duk fikir fikir and we decided nak bagitau madam yang pendrive kena virus , so everything hilang . so kami nak buat oral presentation laa konon nya . ala ala lecturer mengajar kan , guna whiteboard bagai . tapi dalam hati , still berharap tak sempat pergi ke group num 5 . dah siap siap pesan dekat group num 3 dan group num 4 . tak bagi diorang present cepat cepat , biar diorang present lama lama . so presentation bermula . kami tak senang duduk dah . group 3 presents tak sampai 10 mins . gila ke tidak ? aku macam gelabah nak mati . rasa macam nak bangun keluar kelas dan menyorok dalam toilet . so aku perah otak aku , tanya soalan dekat group 3 dengan harapan dapat drag masa . 


unfortunately , diorang jawab pun dalam 5 mins jer . lagi laa gelabah . madam pun tak banyak soal . dan now dah proceed ke group yang seterusnya . bila group 4 tunjuk slides diorang , rasa lega mula timbul sebab diorang punya slides semuanya 21 slides . so memang rasa tak sempat . tapi yet again , unfortunately , diorang punya presentation ended pukul 11.25am . banyak lagik mase tu since kelas aku habis 1230am . sekali lagi kami gelabah . time tu , aku buat buat confident laa . sibuk duk carik jawapan dalam madam . sesekali aku jeling madam , bagi hint supaya habiskan presentation sampai group 4 jer . 


bermula laa soal jawab dengan group 4 . madam tanya banyak jugak laa . tanya punya tanya , jam dah pukul 1145am . budak kelas semua tahu yang kami tak buat . hehe . so diorang pun tumpang nervous sekali lah . sejarah madam ni ganas jugak okay . dia pernah halau budak dari kelas dan sebagainya . sem lepas aku pernah ada bad history dengan dia . aku dengan shauki jugak . bercakap dalam kelas , pastu madam distracted , then kami kena maki . dari aku jadik class representative , terus madam delete aku darik hidup dia . dia tak panggil aku dah . so dalam keadaan yang redha dan tawakkal , merelakan diri untuk di maki hamun , atau kena halau kelas ... tiba tiba madam berkata .. 


" before we go off , i want to ..... "


the moment aku dengar madam sebut before we go off , aku dah fuhh lega . macam nak menjerit jer . haha . happy gila weii . terselamat dari bala seksaan dunia . budak budak kelas dah gelak gelak tengok aku . korang tak faham perasaan kami . unless korang juga pernah lalui benda sama . haha . hari ni memang btol btol bernasib baik laa . tuhan tolong kami today . kawan aku cakap muka kami macam baru lepas akad nikah jer , lega semacam . macam ada batu 1000kg atas kepala , di letak ke bawah , perasaan lega itu . fuhh nasib baik . 


apa apa pun , aku faham dan aku mengerti . bukan selalu nasib kami baik . kami jadikan benda ni pengajaran . lepas ni kena buat kerja awal . tak boleh lagi tangguh kerja . kalau nak tangguh kerja pun , jangan sampai pada hari nak present or submit tu baru nak buat . hehe . kepada readers , jadikan ini pengalaman dan pengajaran okay . sekian , take care . 












2 comments:

De'din said...

perghhh,,
itu semua biasa saja salam hidup aku,,
tu semua macam dah jadi asam garam :D

Farahin Ayu said...

haha yup! pernah lalui bnde yg lebih kurang sama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...