NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, December 4, 2011

REVIEW OMBAK RINDU

Assalamualaikum ..


Petang kelmarin , berkesempatan untuk tengok Ombak Rindu . cerita yang jadi bualan ramai kan sekarang . aku tak lepaskan peluang. Lagipula sayangku Lisa Surihani berlakon , kena lah support . Yusry KRU ? oh tu saje je . pinjam dia untuk naikkan nama Lis . baru la cepat sikit top . betul tak ? semalam pergi tengok dekat Space u8 . boleh kata cinema baru lah dekat shah alam , ttdi jaya . since dah tau dekat situ confirm tiket ada punya , tu yang decide pergi situ . tapi yela wayang semata mata sebab mall dia tak fully bukak lagi . dalam proses lagi . anyhoo MBO best . selesa pun selesa . best pun best .

So tanpa membuang masa , meh aku review sikit . tapi aku cakap awal awal , pandangan aku mungkin tak sama dengan orang lain . ianya berbeza . Cuma aku suarakan sahaja pendapat aku . sebelum aku pergi tengok , aku baca tweet orang dekat twitter . bukan main , siap pesan suruh bawak tisu satu kotak lah . cerita cinta paling agung lah . haha . tapi ada jugak yang negative . contohnya kawan aku cakap dia gelak tengok cerita ni dari awal sampai habis . 2 jam kot dia gelak tak berhenti . sawan ke apa kawan aku ni .

1) Perjalanan cerita pada awalnya kurang kuat bagi aku untuk attract aku stay sampai dua jam . since dah bayar tiket wayang , kira terpaksa jugak tengok sampai habis . starting sedikit slow . lepas tu scene scene dalam club tak nampak real , scene dalam bilik tiba tiba Maya Karin pengsan entah apa apa . macam nampak ada something wrong dekat sini . tapi well kira okay lah maybe nak jimatkan duration cerita . 

2) Watak wartawan sangat lawak dan kelakar . ape hal kau suara macam tu ? buat buat ke memang original ? bukan menghina tetapi entah . rasa annoying pun ada . distracted jugak dibuatnya . nasib baik tak banyak part dia . sikit sikit tu kira okay la. pelakon extra kan . 

3) Azizah Mahzan nampak sangat cun di tepi kolam . cun di sini bukan cun cun , tapi cun buekss . tetapi watak dia well macam biasa . best je aku rasa . tapi aku rasa dia boleh lagi jadi jahat . baru real sikit kan . begitu jugak watak Julia Ziegler . banyak scene yang dia tak habis lagi cakap , dah masuk scene lain . suntingan tidak kena langsung . kesian Julia Ziegler . watak dia sepatutnya diperkukuhkan lagi . ni macam tangkap muat je . yang lawak nya masa part dekat hospital , skrip Julia " aku seperti dapat merasakan siapa kau di hati Haris " . lepas tu habis macam tu ? So ? tergantung !

4) make up dalam cerita ni fail ! Lisa Surihani nampak sangat tak cantik . yer , faham lah nak tonjolkan konon konon Lisa ni artis kan . tapi bagi lah nampak elok sikit . ni entah apa . hampir hampir aku clash tau dengan Lisa ni . lepas tu , kalau korang perasan , dekat lengan Lisa , ada something yang macam parut gitu ,. itu pun distracted bagi aku . mula mula aku ingat maybe tu tanda Haris pukul dia ke apa . tapi tanda tu tak da makna apa apa pun . asal tak touch up sikit oii ?

5) lakonan Lisa tak cool . ada part yang macam dia marah , dia menangis cool . aku sekali nak nangis . haha aku kan tak boleh tengok Lisa Surihani menangis . sebagai boyfriend yang cool , harus lah kan menjiwai gf beliau . part part yang gedik pun nampak cantik . contoh " suprise suprise . i pun suprise tau i dapat dtg sini " .. 

6) Maya Karin cantik . suara dia seksi , walaupun watak dia nampak bersahaja je . tak bagi kaw kaw . well maybe less is more . hehe . Aaron Aziz ok . sesuai lah watak dia . kerap sungguh menangis . perempuan dalam wayang confirm menangis sekali kan tengok Aaron mengalirkan air mata . Dush Dush sungguh drama ! time dia marah nampak lagi cool dari watak dia dalam KL Gangster yang nampak ala ala keras sikit . part dia nangis dengan Maya Karin tu best . aku rasa macam aku pulak Haris tengah pegang muka Maya Karin . 


7) the whole story bagi aku biasa je . mendatar je . setengah jam yang terakhir baru naik sikit momentum . best lah sikit . hehe . scene scene yang konon konon sex scene ni , hmmm tak cukup kuat nak mempengaruhi aku nak kata cerita ni best . hehe . 


cerita ni macam banyak sangat spoil air mata aku nak keluar . part part lawak tu tak perlu kot . aku tak pasti memang niat pengarah nak buat lawak , or benda tu jadi lawak secara automatik . hee . suntingan cerita macam siot sikit . overall aku bagi 3/5 je . sedap lagi Nur Kasih bagi aku . disebabkan pelakon dia power power , aku rasa macam lagi best . kalau pelakon biasa biasa je , aku rasa aku tak pergi tengok kot cerita ni. apa apa pun , u guys might have different views okay . pergi la tengok wayang ,. support industri kita. orait . 


3 comments:

Anonymous said...

yang paling mengganggu minda aku ...tudung izzah tu awatlah huduh sangat.

Asfz said...

review lain dari y lain..
hehehe...

bilala nak p tengok cite ni..huhu

Unknown said...

hampir selruh cerita sya d0k ketawa jer...kwn2 ckp hati batu...adesshh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...