NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, August 19, 2012

RATIONALIZE BEFORE JUDGING

AMARAN : ENTRI PANJANG 


Assalamualaikum .. 


Terlalu banyak benda terjadi dalam bulan ramadhan ni . sedar tak sedar , dah cukup sebulan . dah rasa bahang hari raya dah pun . but before we go on further , jom recap sikit apa yang dah jadi dalam bulan ni yang mana aku rasa berkenan nak baca atau nak ambil tahu .

  • Akta 114A

Sebagai seorang pelajar undang-undang , aku rasa aku belum cukup ilmu nak bagi pandangan . tapi terkadang rasa kelakar tengok mereka-mereka yang bagi pendapat di twitter mahupun di facebook . ada yang logik bunyi nya , tapi tak kurang juga yang semua tunjuk arif dan jadikan diri mereka sebagai seorang paralegal . bagi aku , beri pendapat tak salah . tweet idea atau pandangan juga takde silapnya . your twitter , your deal . tapi berhati-hati , your followers tu ada yang bijak pandai . jangan kita nampak bodoh . think twice daddy mommy sekalian . basic idea akta ini yang aku baca dan tahu , maafkan hamba jika salah berkata-kata , jika anda buat apa apa di internet yang ada unsur unsur hasutan atau sewaktu dengan nya , anda boleh disabit bersalah tanpa pihak berkuasa perlu mengemukan bukti kukuh . itu sahaja . jadi andaikata , ada satu komen berbentuk hasutan terhadap kerajaan contohnya , bila buat ip tracking , ip si A yang muncul . so pihak berkuasa boleh charge si A . walau ada kemungkinan si A kena tweetjack oleh rakan sebaya . macam tu . adil ke tak , effective ke tak , terbaik atau tak , DEPENDS ON YOU TO THINK AND RATIONALIZE 

  • National Bowler terlepas hukuman seksyen376 Kanun Keseksaan
Ini kes pemain boling negara melakukan seks suka sama suka dengan budak bawah umur . Undang-undang kita kata buat seks dengan budak bawah umur, be it dengan rela atau tidak, hukumnya adalah ROGOL . itu muktamad . tak kesah laa budak bawah umur paksa dia jadi ROGOL juga . al kisah , si bowler ini kena charge pada asalnya kena 5 tahun penjara . telah termaktub dalam undang-undang kata, kalau rogol, didapati bersalah, hukuman 5 tahun penjara minimum dan maksimum 20 tahun plus hukuman sebat . lelaki ini mengaku bersalah . jadi mahkamah pada awalnya charge lelaki ini dengan hukuman penjara . mereka buat rayuan . di mana keputusannya memihak kepada lelaki ini . mahkamah set aside hukuman penjara tetapi ditukarkan dengan bond berkelakuan baik selama 5 tahun . memang undang-undang kata begitu , namun harus diingat , undang-undang kita flexible walaupun rigid . hakim boleh jika he thinks fit , untuk ubah sedikit sebanyak hukuman yang diberi . beberapa faktor yang mahkamah akan ambil kira dalam menjatuhkan hukuman . contoh seperti pengakuan mengaku salah , kepentingan awam , salah laku pertama , masa depan dan sebagainya . ini dinamakan sebagai FAKTOR MITIGASI dan FAKTOR PEMBERATAN . jangan cepat melatah . kena faham dulu keadaan . mengapa dan kenapa mahkamah buat macam tu . dia masih lagi BERSALAH . bukan terlepas dari tuduhan . cuma hukuman sahaja berbeza . FAHAM ? berita keluar 5 mins . twitter penuh dengan caci maki , mempertikaikan sistem perundangan Malaysia , terus kaitkan dengan politik . KORUP katanya . 


Jadi , based on dua cases di atas , nampak tak how judgmental we are ? aku pun termasuk sekali . yes , sangat . don't deny it . first impression sama tak dengan being judgmental ? terpulang kepada pandangan masing masing . would it be nice if kita buat fair comment ? kan ? kita semua lebih selesa jadi hakim kepada diri sendiri . we judge , but we don't think . we decide , but we don't rationalize . we speak , but we don't know what we spoke . peringatan kepada diri sendiri dan nasihat kepada semua , be nice kepada diri sendiri dan persekitaran . stop being judgmental . by 'stop' bukan bermakna terus drastically berubah . tapi rationalize , before judging . susah kan nak rational . sebab bila emosi dalam diri dah wujud , semua jadi tak keruan . aku faham . tapi sangat nice kalau kita sempat berfikir sejenak . i wish aku boleh jadi macam tu . so i wont regret any decision i made . 

p/s : entri ni di taip minggu lepas , baru ada masa nak tekan publish . so isu lapuk . sekian . 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...