Lokasi : di sebuah masjid di Dungun
Masa : time solat jumaat around 1.15pm
Pada suatu tengahari yang hening , pabila kaum lelaki berkejar kejaran ke masjid untuk menunaikan solat jumaat , aku yang turut serta ingin menunaikan solat jumaat tidak berkejar kejaran . sebab aku kan cool . jalan kena gaya model . slow slow . ambil angin . nanti kalau lari lari tak masuk lagi masjid , dah berpeluh macam watson nyambek . lagipun kalau aku berpeluh , perempuan takde kat situ . so tak best . kalau perempuan ada , takpe berpeluh . sebab perempuan memang suka lelaki berpeluh kan . pelik aku . so aku jalan macam biasa , senyum ke kiri , senyum ke kanan sebagai latihan untuk menjadi wakil rakyat . ni bukan angan angan mat jenin . ni angan angan aku sendiri . mat jenin tak sempat pun terfikir nak jadi wakil rakyat . setelah jalan punya jalan , sampai aku di pintu depan masjid . macam biasa , aku berhenti dekat paip air jap sebab nak basuh kaki walaupun kaki aku ni diyakini suci bersih murni , aku basuh jugak sebab saje lah nak bagi kaki basah .
menunggu giliran , ade seorang pakcik depan aku . pakai kain pelikat . nak basuh jugak kaki tu . tapi itu bukan sebab aku tengok dia . aku tengok dia sebab dia angkat kain dia tu sampai atas lutut , sampai nampak celah kangkang , lagi 1 cm nak nampak benda dia . tak leh imagine eh ? jap aku letak gambar yer . biar korang clear sikit .
jangan tenung lama sangat , nanti batal puasa . ok now , kalau korang di tempat aku , apa yang korang buat ? aku punya laaa confused . takkan lah aku nak tegur direct " pakcik, nampak celah tu " . macam tak cool kan . so nak tau apa aku buat . korang teka . sila pilih jawapan yang tepat .
A - aku pergi bisik dekat telinga pakcik tu " pakcik , pakcik pakai miniskirt ke kain pelikat ? "
B - aku sound direct " woi pakcik , dah rasa betis putih sangat ke woii ? "
C - aku sindir pakcik tu " pakcik , pakai seluar dalam kuning eh arini ? "
D - aku tenung pakcik tu sampai mata aku juling
okay , jawapan di entri yang seterusnya . teruskan membaca okay .
spoil je kan . alaa nak kasik suspend sikit pun tak boleh ke ? okay , lama jugak actually pakcik tu ber-miniskirt sebab ramai lah pulak orang nak basuh kaki . so ramai jugak lah dapat dosa free sebab tengok aurat pakcik tu . since aku macam taknak malukan pakcik tu , aku lantas meninggalkan tempat berkenaan , lalu pergi ke toilet di belakang . menipu gila . takkan lah aku sanggup jalan kan . aku ni pemalas sikit . apa yang aku buat hanyalah tunggu je pakcik tu kat situ . yer , memang aku sucks pun , tapi aku taktau nak buat macam mana . aku kat situ dengan harapan pakcik tu nampak la lirikan mata aku ni . aku dah cuba bagi hint dekat pakcik tu dengan mata aku . aku pun tak faham kenapa pakcik tu tak dapat baca mata aku ni . mungkin mata aku sepet macam khairul fahmi tak sampai dia tak nampak mata aku . itu taktau lah . cuma lelaki lelaki di luar sana , berhati hati yer kalau nak basuh kaki or ambil air semayang dekat masjid . jangan duk tinggi sangat angkat ke kain tu . selamat berterawikh semua .
sekadar gambar hiasan