Salam 10 Muharram. Saya share sket info pasal 10 Muharram yeah. Insya Allah mana-mana boleh ambil , mana kita mampu buat kita buat. =) . so secara rawak, ada lagi sekarang orang taktau pasal 10 Muharram ni , takpun orang panggil Hari Asyura kan. kalau sebut Hari Asyura rasanya automatik orang akan tahu. time ni ada gotong royong buat syura ( terengganu sebut syura, tempat lain x pasti ). sedap kan? nak nak kalau ada telur kat atas. rasa lemak2 je. saya dah makan hari isnin lepas. =). so meh bace sket meh. saya asingkan entri2 neh. buat pendek2, kalo bg panjang2, nanti org bosan nak bace kan.
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
Banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram nie. Antaranya ialah :
- Hari Pertama Allah menciptakan Alam
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
- Hari Pertama Allah menurunkan hujan
- Allah menjadikan 'Arasy
- Allah menjadikan Jibril
- Nabi Adam diciptakan
- Allah menjadikan Luh Mahfuz
- Dosa Nabi Adam diampunkan setelah bertahun2 memohon keampunan kerana melanggar arahan Allah.
Ada banyak lagi actually, anda boleh google yeh. saya pun google jugak tadik. nie saya kongsi link .
No comments:
Post a Comment