NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, December 10, 2010

Bicara Hati ke Hati

Amaran keras : Entri ni untuk diri sendiri. jangan baca kalau tak suka. okay. 

Diriku : Hati, kenapa muram neh ?

Hatiku : Tgh sedih . Aku merajuk dengan ko.

Diriku : Eh kenape ti ? Ape salah aku ti ?

Hatiku : Ko seorang yang gagal ! Ko tewas !

Diriku : Pasal result exam ? Ti, ko tahu kan, apa aku rasa. Kita saling berhubung satu sama lain. Aku sedih mesti ko dapat rasa kan . Tuhan je tahu ti apa aku rasa hari nie. Aku tau ti, berat aku memikul, berat lagi ko yang nak kena telan semua nie. Aku mtk maaf ti, aku dah cuba yang terbaik.

Hatiku : memang berat dir. Benda ni terlalu berat untuk ku terima. Time ko gagal criminal dulu, ko igt lg?
Hampir seminggu aku amek masa nak pulih. Skrg neh? Ko bgtau aku, berapa lama aku nk amek masa untuk kembali seperti dulu.

Diriku : Ti, ko tau ti, kalau aku boleh ubah masa, aku akan betulkan semua yang salah, tapi aku x berapa jelas yang mana aku btol2 silap. Belajar? Akubelajar ti. Apatah lagi sem ni aku mula belajar di awal study week. Tak macam biasa. Kalau sem2 sebelumnya, aku start study di akhir2 study week. Aku pun taktau ti.

Hatiku : Banyak silap ko. Ko tahu ape mksd aku. Ko byk buat salah. Ko lalai. Ko amek mudah dalam semua hal. Ko angkuh. Ko takbur. Ko riak. Ko berlagak. Ko lupa pada yang satu. Ko tahu kan
akal ko , kebijaksanaan ko dipinjamkan Allah dan ianya bersifat sementara. Bila-bila masa Dia boleh tarik. dan sekarang ko boleh Nampak kan, kebijaksanaan ko ditarik sikit demi sedikit. Nasib ko kebelakangan ni pun tak bagus. Ko tahu kan apa hint nya?

Diriku : hmmm. Aku keliru ti. Ko tahu kenapa aku keliru. Satu yang jelas, aku sedih. Aku tak reti dah nak kata apa. Semua nya dah jadi gelap.

Hatiku : aku rasa kosong. Beban yang ko bagi kali ni mmg tak mampu aku nak tanggung. Segala bebanan yang ko bagi selama ni, aku maseh kuat nak pegang. Tp kali ni, aku pun tak mampu. Aku hilang arah. Aku mahu pergi jauh. Tinggalkan ko buat sementara waktu. Aku perlu bersendiri. Aku tak mampu nak galas bebanan yang ko sendiri cari.

Diriku : aku tak boleh halang ko pegi. Aku dapat rasakan kehilangan ko. Aku rasa down gila.aku rasa kosong. Ko pegi dengan semua semangat2 yang aku ada. Semangat aku dah hilang. Semua pergi tinggalkan aku terkontang kanting kat sini. Aku ingin terus melelapkan mata dan berharap di saat mata terbuka, semua nya berubah. Semua nya pulih seperti sediakala. Tapi tu semua mustahil. Aku kan terus begini, akan ku carimu duhai hati dan semangatku, supaya ko terus ada di sini,bantu diri ini untuk bangkit dan teruskan perjuangan.

Mood jiwa kacau. Tak penah sekali pun terlintas dalam diri aku nak buat dialog ni bagai. Tapi ni cara aku nak cari semangat dan hati yang seakan hilang, pudar. Ye, aku give up. Tapi dalam give up neh, aku cuba untuk bangkit. Cuba untuk harungi semua kepahitan nie. Terima kasih sokongan kawan2 yeh. Biaselah aku mmg mcm ni waktu tengah down neh, nanti lama2 okay lah, lupa diri balik. Time tu bila baca balik post ni mesti gelak tak ingat dunia. Kawan2, tolong ingatkan aku, bila rasa aku lupa diri yeh. So skrg lagu yang sesuai haruslah “tolong ingatkan aku” by ana rafali. Tolak tepi isu dia pelat okay.. dengar bait2 lagu je. ni bukan entri mitak simpati okay. ni entri untuk peringatan diri sendiri di masa hadapan. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...