NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, December 26, 2010

Bila Cinta Tak Lagi Untukku Part 2

macam bagus kan aku punya entri ni ada sambungan sambungan. takpe. ni untuk kenangan aku. andai kata satu hari nanti aku dah tua, chewah bila aku baca balik ni semua. mesti rasa kelakar. hehe. aku duk prepare buat hiburan di hari tua neh. :D .... sambungan ....

6) kerap jugak kita gaduh kan? tapi bukan sebab kita. sebab orang lain. kita tertekan bila orang luar cuba nak tahu pasal kita. hehe. kita bukan tanak share dengan orang. kalau boleh nak biar cikgu sekali tahu, kita pasangan romantik terengganu. tapi apakan daya kakak ku ada di situ. so mesti tak best kalau dia tahu kawan dia sendiri tangkap leleh dengan adik sendiri kan. dan banyak kali jugak saya rasa bersalah dekat awak sebab saya buat awak dalam keadaan yang tak best. tapi awak kata, awak tak kesah. sebab awak sayang saya ( sooo shuwiit wak ) dan awak marah saya ungkit ungkit lagi pasal ni. awak baik btol. terharu saya.

7) time bulan puasa tu kan wak, tu lah bulan puasa pertama dalam hidup saya sebagai seorang kekasih. hahaha. selama ni tak penah. kawan-kawan saya yang terdekat macam fahmi, sofwan, nyamuk je tau pasal awak. kawan-kawan awak yang rapat jugak yang tahu kewujudan saya dalam hidup awak. awak ingat lagi,bila turn pelajar lelaki kuar pegi bazar, saya akan belikan awak kueh sikit. dan bila awak pulak yang kuar, awak akan beli kan saya kueh. boleh kata setiap petang kita akan jumpa depan bilik persalinan lelaki. dinding dinding kat situ jadi bukti kita penah bahagia suatu ketika dulu.

8) saya ingat lagi, awak balik rumah hari tu. since rumah awak dekat je dengan mrsm kita. awak gorengkan saya telur mata. walaupun telur mata je, walaupun ada hangus sket ( hehe mesti first time tu kan awak masak ), saya makan dengan enaknya sebab saya tahu awak masak dengan penuh kasih sayang kan. tapi taktau lah kalau awak paksa adik awak yang masak kan. hehe. masa tu kan, saya rasa macam awak ni isteri saya dah. siap tolong masakkan telur untuk saya. thank you eh.

9) ingat tak saat yang sedih bila cuti. saya kena balik dungun. awak balik tempat awak. kita takleh jumpa kan. kita mesej je.tapi takpe kita percaya kan, selagi jodoh ada, ada lah perkataan kita dalam hidup masing masing. awak ada bagi kad dekat saya. saya simpan lagi tau. siap ada awak tampal gambar passport awak. hehe. cantik. =D..

10) awak ingat lagi time graduasi, saya suruh awak cari mami saya? sebab saya ada kirim gambar dekat mami nak suruh bagi awak untuk simpan dalam purse. time tu kan mami tahu. since dia jumpa gambar kita dalam beg baju saya. nasib baik mami saya sporting. hehe. dan masa tu jugak kakak saya pelik kenapa awak panggil mami, "mami jugak" hehe. tapi kakak saya tak syak lagik.

11) masa graduasi, awak duduk tepi kakak saya kan? dan awak guna hp saya kan? saya guna hp awak kan? mesti susah kan awak nak type mesej since kakak saya ade kat tepi. sibuk je dia. hehe. then akak saya perasan housing hp awak macam hp saya. bila akak saya tanya awak, awak cakap awak baru tukar housing. tapi saya tahu mesti akak saya syak pelik2, saya mesej dia berlakon, konon kononnya awak tukar hp dengan saya sebab awak nak suruh saya baiki hp awak. haha. kakak saya time tu lurus, so dia percaya. hehe

to be continued...


ni lagu fevret awak dulu.
saya ingat jugak.

5 comments:

Ayuni said...

ala...lg?

SyedMuzzamir said...

hehe. panjang sket. hehehe.

cik enon lalalaa said...

sooo comel..
cepat kuar part 3..
i'm waiting for it!

SyedMuzzamir said...

thank you cik enon. hehe.
ade gak orang bace.
ingatkan orang tak suka. hehe

cik enon lalalaa said...

suka lahhh~
hahaha =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...