NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Monday, December 27, 2010

Bila Cinta Tak Lagi Untukku Part 3

sambungan..

12) ingat lagi time majlis pohon restu saya pegi jumpa awak. hehe. orang lain pegi solat hajat untuk pelajar spm. saya pegi semata-mata untuk jumpa awak.salah niat kan awak. time solat hajat, orang lain semua duk mitak doa, mak ayah doakan anak dia, si abang doakan adik dia, si adik doakan kakak dia. tapi kita buat apa? saya ajak awak jumpa dekat tempat yang takda orang tingkat 3 blok akademi tepi surau. siap boleh dengar jelas bacaan tok imam. saya nak jumpa awak, saya nak bagi coklat. sebagai ganti diri saya, nak suruh awak semangat belajar. awak kan suka coklat kan? saya tahu. time tu saya tahu coklat cadbury je wak. sebab tu saya tak penah bagi coklat lain dekat awak. sorry eh wak, saya tak romantik macam bf lain. hehe.

13) time tu awk dah mula panggil saya Abang, dan saya panggil awak Sayang. okay kalau ada pembaca nak muntah, silakan. tapi ni hakikat eh. walaupun saya muda, tapi sebagai tanda hormat, cewah sangat tak matang kan kita, awak panggil juga Abang. awak geli tak panggil saya macam tu? tak kan ? sebab kita pasangan yang sweet. haha. tapi kan awak, bila dalam telefon, saya segan sangat nak sebut bahasakan diri Abang. Ouchh tak biasa. sebab tu kalau awk perasaan, saya jarang guna perkataan Abang tu.

14) awak ingat lagi time awak tengah Spm, saya pegi sekolah sebab saya nak kena siapkan kerja tesis dengan kumpulan saya? saya stay kat asrama. seminggu rasanya. sampai2 je, saya terus cari awak. saya nak bagi awak satu kotak coklat cadbury. saya tahu awak suka, sebab tu saya beli satu kotak. boleh awak makan, sepanjang exam. walaupun kakak saya ada kirim pencuci muka, saya tetap cari awak dulu. hehe.lepas jumpa awak, baru saya cari kakak saya. 

15) then, kita jumpa. kita siap ada buat photoshoot kan. haha. awak ingat tak? saya simpan lagi gambar2 tu. awak pakai baju oren, saya pakai baju merah, background pokok yang kehijauan, time tu depan kelas awak kita pose. fahmi teman saya. sweet awak tau tak. bila saya tengok gambar tu, saya sedih, sebab time tu saya kurus je, sekarang saya dah macam belon udara yang diikat kemas, takda harapan nak kecut dah. haha. unless ada operation berlaku atau ada org cucuk jarum dekat belon tu. hehe. malam tu, kita jumpa lagi untuk photoshoot yang seterusnya. saya pakai baju biru, awak pakai baju oren macam nak merah sket. pose dekat tangga, awak duduk atas kerusi. chewaah. boleh kalah okay gamabr pre wedding SM Muzafar. haha

16) ingat tak hari last yang kat situ, saya dah nak balik, kita buat date kali terakhir. saya ajak awak breakfast sama. since awak takleh kuar, saya & fahmi bangun pagi pagi, pergi carik makanan pagi untuk kita. sweet kan wak? awak bawak kawan awak. hehe. time tu saya ada bagi something dekat awak. awak ingat tak? saya bagi simcard Maxis untuk awak. sebab nombor maxis tu hampir sama dengan nombor maxis saya. kan couple kan? mesti kena banyak benda yang sama. kita tak sempat nak ada baju couple. heehee. time tu kan, awak ingat tak saya cakap " Abg sayang Yang " hahah. susah gila tau saya nak sebut macam tu. live pulak tu. bukan siaran ulangan. tapi demi awak. saya sebut gak.

17) dalam tengahari, saya nak gerak balik. nak kuar dari asrama tu. awak datang hantar saya. saya nampak muka awak sedih. saya pun. tapi saya terpaksa wak. hehe. then saya gerak balik. awak dingin tibe2. saya kol awak tak angkat. mesej tak reply. saya ingat awak dah tak suka saya. rupa rupanya awak sedih ek saya tinggal awak. hehe awak ni sweet tau tak. geram saya dibuatnya.

to be continued..

p/s : maaf ye banyak part. letih tangan nak type sekaligus. hehe. 


3 comments:

cik enon lalalaa said...

part abg syg yang tu mcm funny sket..
nmpk sgt cinta bdk2 kan..
sy pun pnh lalu pgalaman yg lbh kurg cmni jgk..hehee

SyedMuzzamir said...

aa cik enon. bila ingat balik.
mmg kelakar.
serius.
macam budak budak
terencat dah.
tapi tu lah nama nya kan.
pengalaman mematangkan kita. hehe

cik enon lalalaa said...

yaa betol..
cinta monyet yang memberi impak besar dalam hidup kan..
smoga tabah dlm menghadapi liku liku hidup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...