NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Monday, December 27, 2010

Bila Cinta Tak Lagi Untukku Part 4 ( Finale )

yeah dah sampai akhir. tepuk tangan semua. mesti menyampah kan dengan blog aku malam ni. relaks relaks. dah ada dah orang sound dekat fb. jangan bimbang ni yang terakhir. sorry lah sawan sket malam ni since tibe2 broadband kembali berfungsi. hehe. okay ni sambungan terakhir. part sedih ni. haha. by the way, cerita ni lah yang paling benar dalam banyak-banyak yang aku pernah cerita. hehe.

18) awak ingat tak, kad terakhir awak bagi kat saya? awak tinggal dekat meja kakak saya dalam asrama. kakak saya bgtau , dia pun pelik kenapa tibe2 ada kad atas nama saya, sapa yang bagi. tapi akak saya jujur. dia tak buka kad tu. dia bagi saya baca. shuwiiit awk. malas lah saya nak salin apa yang awak tulis kan dalam kad tu. hehe. saya simpan lagi 2 kad yang awak beri, dan satu album gambar kita. thank you for the memory.

19) bila cuti, berbagai bagai dugaan mendatang. macam macam ketidakpersefahaman timbul. part yang mencabar dalam hubungan kita dah tiba. antara kita kuat atau tak je nak tempuh benda nie. tapi before that, saya ingat lagi awak susah nak top up since awak guna hp saya, kalau awak nak top up dengan kawan awak yang jual top up tu, kantoi lah awak guna hp saya since penjual top up tu besfriend kakak saya. hehe. saya pun tolong top up kan untuk awak. ni atas pertolongan pipah kot nama kawan awak tu. dia yang bgtau saya kesusahan awak nak top up tu. saya pegi beli top up. time tu dalam hujan. saya pergi. sweet tak? romantik tak? masa tu saya pun tak banyak kredit, tapi saya top up kan awak dulu sebab saya boleh mintak dengan ayah saya top up lain nanti. then pipah masukkan terus kredit dalam hp awak, sampai awak pelik kenapa tibe2 ade kredit. saya menunggu bagai nak rak, kata-kata terima kasih. tapi takde. saya bengang lah kan,then saya tanya awak. rupa rupanya pipah dah top up kan,dan lupa nak bgtau awak yang boyfriend awk yang baik ni dah top up nombor awk. okay dah hilang sweet kat situ.

20) masuk tahun baru, kita tak berapa bahagia dah. ada je pasang surut dalam bahtera kita kan. awak sedih, kita gaduh, saya makan hati, awak marah saya. sampai lah awak dapat result SPM. masa tu saya rasa bersalah jugak atas result awak. sebab saya fikir, kalau takde saya dulu, mesti awak dah straight As kan. hehe. tapi awak cakap tak, awak kata kehadiran saya sedikit sebanyak tolong awak. hehe.

21) lepas dapat result, kita dingin. dah tak macam biasa dah. dah tak sweet. kita banyak kali break. mula mula saya mitak,then rujuk, awak pulak mintak. banyak kali jugak rujuk. sampai kali terakhir yang awak mintak, bila saya mintak rujuk, awak dah taknak. awak kata awak dah takleh terima saya. awak dah tak sanggup nak buat saya sedih. awak dah tak sanggup tengok saya merana. bila saya tanya awak sebab kenapa. awak tanak bagitau. awak tau tak, saya sedih. saya nangis jugak sket2. ( eh lelaki pun boleh nangis ok. lagipun time tu aku tak matang lagi.haha. malu malu ). berkali kali saya mintak awak bagi peluang. macam macam saya cakap. tapi awak still berkeras. kesian saya wak. awak tinggal saya masa saya dah betul betul saya awak. dah cukup satu bulatan kasih sayang dan cinta saya untuk awak.tapi nak buat macam mana. hmmm.

22) lepas pada tu, kita dah semakin tak mesej.. dah semakin pudar.. dah semakin hilang.. tapi kan awak, saya tak pernah lupa awak pun.. saya simpan semua kad dan gambar dan kenangan kita dulu..awak tahu, saya lagi sedih bila tak sampai 5 bulan kita clash, awak dah ada pengganti saya. saya tengok gambar bahagia awak dekat friendster ( time tu fb ntah ade ke tidak , taktau lah ) .. macam saya ni tak pernah bahagiakan awak je.. selalu jugak saya tengok gambar awak tu.. tapi saya tak kesah lah.. saya terima je.. time tu kalau tak silap tahun 2006.. tahun lepas, tahun 2009, baru lah saya tahu kenapa awak taknak rujuk dengan saya balik. saya baru tahu reason tu. selepas 3 tahun.. bila saya tahu kan awak, saya sedih.. tapi saya berlagak cool..tapi saya sangat rasa macam ntah pape.. memang saya ckp dengan awak saya okay, tapi ntah lah awak,, saya rasa segala perbuatan saya dulu tak bermakna jer.. 

23) tahun ni awak datang rumah saya time raya. bawak sekali boyfriend baru awak.. hmmm... dah tanak komen dahhhhh.. well, tengok awak happy, saya pun happy.. teringat dulu kan, kalau awak merajuk, memang sangat sangat sangat susah nak pujuk.. the only thing yang saya pandai sebut bila tiba part memujuk adalah sorry kan? then saya akan ulang balik salah saya.. huhu.. andai kata awak baca ni, saya nak ucap sorry saya bukak cerita kita dulu.. saja nak kongsi dengan kawan-kawan.. ni memory saya dulu.. so saya nak simpan kat sini.. harap awak okay eh..

------------------- the end------------------

DONE .. sekarang dah lega .. dah tak jeles dah dekat virtual love orang .. kepada ibu bapa yang baca blog nie , ada anak perempuan nak rekemen kan ? di alualukan eh. haha. kepada abang abang kakak kakak, kalau ade adik nak rekemen pun, boleh jugak.. mana tau jodoh kan.. heheh..

" memang hati yang untuk abang seorang selagi abang tidak mengkhianati cinta kita. yang lama kita jadikan sejarah, yang akan datang jadi milik kita "

6 comments:

Ayuni said...

hikhik, crlh yg lain, bnyk lg ppuan kt luar saner...

SyedMuzzamir said...

haha. yeah. masih mencari. =D thank you bace sampai habis. hehe

cik enon lalalaa said...

wah...sy sudah habis bce semuaaa...
very nice story..
neway, gud luck mencari penganti =)

mizz_aainaa said...

ahhh.. penat membacanya..
nasiblah tak ada sambungannya..
hehe..

jangan risau.. bunga bukan sekuntum.. hehehe..

SyedMuzzamir said...

penat eh aina ?
sorry eh. hehehe
enon : thank you =D hehe

Sweet Salt & Sour said...

sweet..tp sabar ye..sy da bace keempat2 part..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...