NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Monday, December 27, 2010

Kicap pekat berperisa cicak


KANGAR - Selama sebulan ini, sebuah keluarga terdiri lapan orang di Taman Merpati di sini tidak menyangka keenakan makanan yang mereka nikmati menggunakan kicap soya pekat, rupa-rupanya bercampur bangkai cicak.
Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.
Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng.
"Saya menjerit kerana terkejut melihat ada cicak keluar dari botol kicap ini yang telah pun bertukar warna menjadi kehitaman.
"Ekoran itu, kami sekeluarga kini berasa loya-loya dan trauma setelah memikirkan selama sebulan ini kicap tersebut digunakan dalam masakan seharian kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam
- Sumber dari Kosmo . Hati-hati lepas ni. sumpah geli. fuhh. 

2 comments:

farhana_acimek3 said...

lpas ni ingat nk tapis la kicap kat uma

Kembang Perawan 3288 said...

kicap mcm xde jenama jew. padan muke. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...