NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Monday, December 27, 2010

Tip Atasi Selulit

ni bukan entri untuk orang gemuk macam aku je eh? amboi selamba badak je eh kata aku ada selulit. memang lah ada kan. tapi normal lah weii. even fasha sandha pun ada selulit. aku tak kesah pun ade ke tak selulit neh, since bukan orang nampak pun kan. pakai baju kot. dan aku takde lah pegi google benda neh. ni haa org hantar emel. berlambak weii emel forward aku dapat. lebam mata nak baca semua. oleh itu, untuk mengatasi selulit anda perlu :

KURANGKAN

- Garam : cara terbaik kurangi pengambilan makanan segera ( ahaaahaa aku hantu makanan segera kot. Mcd Kfc tu sumer ). Ganti dengan buah dan sayuran segar, buncis, tempe, daging tidak berlemak dan ikan.

- Kafein : cuba untuk minum maksimum hanya satu cawan kopi atau teh setiap hari. pengambilan kafein yang banyak dan kebiasaan duduk di kerusi sepanjang hari dapat mengakibatkan pembuluh darah menjadi sempit dan perjalanan darah menjadi tidak lancar.

- Gula : gula berlebihan dalam tubuh disimpan sebagai lemak, hati-hati dengan biskut, kuih, coklat dan ais krim. sebaiknya lihat label jumlah gula yang terkandung pada setiap produk dan jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang menyatakan 95 peratus bebas lemak.

TAMBAHKAN 

- Protein : ambil makanan yang mengandungi protein dua kali sehari kerana protein adalah nutrisi penting bagi pertumbuhan yang sihat dan memperbaiki sel. protein yang terkandung dalam produk susu, tempe, daging tanpa tidak berlemak dan ikan.

- Buah buahan dan Sayuran : tidak ada pengecualian, buah-buahan dan sayuran adalah dua jenis makanan yang wajib dalam program makan sihat. pilihlah buah dan sayuran yang berwarna terang kerana mengandungi antioksidan seperti lobak, mangga, blueberry, kiwi, bayam dan tomato.

Susah kan ? aku nak apply benda ni memang susah. gula memang takleh elak. kafein pun. air teh ais dekat nasi lemak cinta sayang terbaik waa cakap lu. rasa yang amat autentik. bak kata mila. haha. tapi memang best lah. lain dari kedai lain. pekat dan rasa teh. nak tambah protein? hmm ikan aku tak makan. sayur pun aku tak makan. aku makan ayam je. hmmm adakah aku perlu ubah cara makan aku untuk azam tahun baru neh?  kena fikir fikirkan dulu. selamat mecuba. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...