NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, December 19, 2010

Bodoh, Bangang. Sial. Haram.


semua orang nak kan ada family yang happy, takde masalah, bahagia lah senang kata kan. tapi biasalah dalam kebahagiaan tu, mesti ada badai yang datang menimpa. takkan lah nak bahagia je selalu kan. kena ada pasang surut, yang surut tu akan rapatkan lagi hubungan, yang pasang tu akan ceriakan lagi perhubungan kekeluargaan. kenapa aku tulis neh? ala biasa lah gaduh2 sweet semalam. hehe. its normal. semua orang ada perangai masing masing. ada yang orang suka, ada yang orang tak suka. lupa je lah hal ni. lama-lama okay lah tu.

here's the thing. macam mana cara anda semua nak tegur kawan-kawan, adik beradik, mahupun mak ayah anda? orait biasalah manusia buat salah kan. so kita takkan nak tengok je. so kita tegur. cara kita tegur tu biarlah kena pada tempatnya. tak perlu kot rasanya nak marah, nak tengking, nak guna bahasa-bahasa yang kasar, nak guna high pitch kan. guna kelembutan lah. cakap baik-baik. tgk kaunselor. ada ke kaunselor marah-marah kita bila kita minta nasihat? takde kan. bile kan buat salah, ada ke dia datang pelempang kita. pun takda. so the best way kita didik dia dengan medium yang btol.  

dulu dah penah marah, dia berubah ke tak? tak kan? so buat apa nak marah lagi. sampai bila nak marah. memang dia tanak berubah, nak buat macam mana. manusia ni memang susah nak dengr kata, nak dengar nasihat. aku pun kadang2 macam tu. kadang2 tu kena pukul sampai nak mati pun, tak berubah jadi baik jugak. kenapa? bagi aku kita panggil ni reverse psychology. reverse psychology ni maknanya " kita ni akan lebih buat something yang dilarang." contoh, aku cakap dekat korang, jangan baca. mesti korang baca jugak kan. sebab kita akan rasa eager kenapa dia ni ye ye sangat tak bagi kita baca. haa macam tu lah lebih kurang. some sort of retaliation jugak dalam certain circumstances.

kadang-kadang susah nak suruh orang berubah. unless dia sendiri yang nak berubah. contoh, kawan aku ni memang malas belajar, asyik main je. so aku tegur lah dia. dia takkan berubah for sure. tapi once dia rasa gagal, dia rasa dia dah tak mampu nak tahan kegagalan tu, dia akab berubah sendiri. sama juga, contohnya kalau kawan kita tak solat, tak pakai tudung, kita kata lah apa saje, kalau tak sampai seru, dia tak berubah. sampai seru tu maknanya ... hmm susah nak cerita. ayat senang selagi dia tak dapat hidayah dari Allah , mcm tu lah. so ape yang kita boleh buat, kita share cerita2 dengan dia, dan doakan supaya Allah bukak hati dia. kena tengok juga kenapa dia jadi mcm tu. bukan suka-suka manusia ni nak hancurkan diri dia.

kalau kita btol2 nak tolong, kita cuba faham orang tu. contoh, aku sedih seba aku hilang gf. contoh ni tau. ko datang dekat aku, bagi buku math suruh aku buat. ko rasa settle ke kesedihan aku? tak kan? lagi buat aku bengang adalah. mcm tu lah. bukan semua orang macam aku. aku jenis kalau ada masalah, pegi cari kawan2. ada orang dia jenis pendam. ada orang dia jenis let go. orang yang suka pendam ni lah susah sikit nak tackle. sebab byk sgt benda dia pendam kan. tak elok jugak pendam ni. nasihat aku pegi cari orang tu luar perasaan. biasalah tu, mula-mula memang rasa malu kan nak cerita. so far, kawan2 aku Alhamdulillah semua nya baik2. bila aku down. diorang selalu je ada dengan aku. so kita tak rasa kehilangan, sorang2 kn.

approach kita kena btol. kadang-kadang aku nasihat kawan aku, " eh takyah ah makan ni nanti ketagih " then dia balas balik " ko makan takpe. aku makan takleh " .. ni tak bagus neh. mesti ada sebab aku tegur kan. bukan aku nak kaut makan sorang. cuma aku tanak ko ketagih macam aku. cukuplah aku sorang yang ketagih. kawan2 aku yang smoking, stakat hari ni takde lagi yang suruh aku try. yang cakap " eh, takyah lah duduk dekat, aku nak hisap rokok neh" . haa baik kan? macam tu lah. cuba kita try letak diri kita dekat kasut orang tu ( put yourself in their shoes ) haha aku translet sebijik2 eh. korang suka ke ditegur dengan cara macam tu?

macam aku paling tak suka orang kejut aku tidur dengan cara yang kasar. sebut nama aku sudayh. takpun tepuk2 sket. ni tak nak jerit2 tepi telinga, nak main air lah, nak sepak2 lah. since aku tak suka, aku pun kejut org mcm tu. aku tepuk2 sebut nama je. unless kalau dia pesan suruh sepak terajang, masa tu baru aku amek kesempatan. hehe. orait, yang baik tu jadikan iktibar yeah. renung renungkan. 

2 comments:

misz nana said...

kasi lempang saja.. hahah.. (juz kidding)

FrEE tHinkER said...

haha. takde hal. boleh je. haha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...