NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Wednesday, December 15, 2010

Cash Deposit Maybank

langit tak selalunya cerah. hidup ibarat roda. kadang-kadang di atas. kadang-kadang di bawah. okay kali ni rasa mcm nak buat karangan sekolah zaman spm dulu. so kalau sape-sape atau ada cikgu yang baca ni, boleh cuba bagi markah ye. okay satu jam bermula dari sekarang. 

Cash Deposit Maybank

Pada zaman globalisasi ini, duit adalah segala-galanya. Bak kata Mariah Carey, Money is everything. kadang-kadang bila ada duit, kita boleh kecapi kebahagian. dalam perpisahan pun boleh. yelah kan. bila kita berpisah, kita rasa kusut, masai, segala yang sama waktu dengannya, oleh itu untuk mengurangkan rasa beban tersebut, kita pergi karaoke, tengok wayang, shopping dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian diri masing-masing. cuba bayangkan jika kita tiada duit, apa yang kita boleh buat? pergi shopping mall, tgk org shopping? takde ke lagi sedih nanti rasanya? oleh itu, jelaslah bahawa duit memang penting.

saya tahu perenggan pertama tidak menjelaskan lagi kenapa tajuk karangan berbunyi sedemikian, saya harap anda dapat bersabar. saya bukannya robot. saya mahupun karangan ini menjadi indah dan terbaik. saya nak skor A+. jadi permulaan perlulah bersahaja tetapi padat dan mapan. ( kelas tak ayat yg aku pakai ? kan kan . boleh print ni jadi contoh kepada anak murid ). duit boleh diberi kepada seseorang melalui cara tangan ke tangan, mahupun pos, mungkin juga dari segi passing-passing tabung macam dekat masjid, tak lupe juga dengan cara transfer ke dalam akaun. bagaimana nak transfer kalau kita takda atm kad dan time tu bank tutup? haha. jawab anak2? tunggu bank buka esok? mana sempat dik, urgent nk pakai duit. pinjam kawan punya? mane boleh dik. takde kawan ni. kawan pakai bank lain. nasib lu lah mat? mane boleh kira nasib dik. kalau jawab mcm tu habis lah karangan aku kat sini. hmm.

tiba-tiba, *bunyi latar doraemon kuarkan barang* mesin cash deposit Maybank.Andaikan mmg nak transfer dalam akaun bank Maybank yeah. jangan tanya kenapa maybak. itu soalah darjah satu. ni karangan form5 perlu matang okay. pada suatu hari, ketika aku berjalan-jalan bersama rakan di Sunway Pyramid, kebetulan mmg aku perlu meng-transferkan duit ke dalam akaun kawanku sebagai bayaran sewa rumah yang berjumlah rm285. mahal kan? memang lah ketua rumah aku suka *mark up* duit orang. haha. takde duit ni untuk dua bulan termasuk api air dan ape ntah. lupa dah kisah lama.

so, bermulalah pencarian cash deposit maybank. aku mmg selalu sesat dekat sunway tu. sebab ntah reka bentuk dia pelik. pening aku kdg2. pusing2 still jumpa tempat sama. skip bahagian nie. then jumpa lah. aku beratur panjang di samping foreigner foreigner yg ntah pape. aku pun tak faham diorang nak transfer duit buat ape. haha. tp mesti ada sebab kan dorang transfer duit. yang itu, kena buat karangan tajuk baru, " mengapa foreigner transfer duit di cash deposit maybank " kan kan ? kalo buat contest karangan ni okay gak.

sampai turn aku, aku masukkan duit rm285. ni first time guna. so aku just tau xleh guna duit rm1. so aku kreatif guna duit rm5 sekeping. so aku tekan2. tak jadi. rupa-rupanya touch screen. haha. mula2 dah gelabah since takde button. tapi aku ni bijak jugak. aku dah usha org sebelum aku buat mcm mana. so aku takde lah nmpk jakun sgt. so aku masuk duit. punya ah lama mesin ni nak kira duit. lama jugak lah aku duk menapak depan tu. eh punya lah lama, dia reject duit aku. aku masukkan lagi. reject lagi. masuk lagi reject lagi. lama la aku cuba. sampai lebam dahh tangan aku.

kali ke6 aku masukkan, aku tekad. kalo tak masuk gak, aku nak jerit cakap " sape supervisor, tolong baiki mesin ni cepat, menyusahkan orang, sengal ! " tekaan aku tepat. dia reject lagi duit aku. kurang aja punya mesin. haram jadah. yang pelik nya, duit rm5 aku je yang duk kena reject dari tadi. time tu aku dah sising lengan baju, dah berapi berasap dah kepala, aku baru bukak mulut nak jerit, aku dgr suara halus pakcik cina kat tepi aku, " mana boleh masuk duit rm5 maa. tak baca kan instruction dekat mesin ni. gila punye olang ". aku pandang depan, belah kiri, ahaaa ade lukisan duit kertas rm5, then kena pangkah. haha. aku pun cover lah. " eh duit rm5, saya igt rm50 tadik, mata ni ngantuk lah ni. sampai tak nmpk duit " cepat2 kuarkan duit rm10 masukkan dalam atm, terus blah. haha. malu lah weii. ramai awek kat blakang. duk tgk je. 

tapi itulah, orang cakap pengalaman mendewasakan kita. kalau tak aku taktau kan. moral of the story, jangan terlalu excited nak guna mesin cash deposit neh. mengarut je excited kan. lain kali, berhemah dan berhati-hati. biar lambat asal selamat. beware of dog okay. =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...