NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, December 31, 2010

Jom Tengok Khurafat


Mula-mula dengar tajuk filem ni aku tak terasa nak tengok pun sebab dah tahu biasa cerita hantu Malaysia ni same je konsep dia, tak lari dari konsep awal. hehe. tapi bila aku tahu pengarah dia Shamsul Yusof plus pulak dia menang benyak baru baru nie hmmm aku rasa eager lak nak tengok. lagipun ni filem hantu pertama dia kan. so mesti gempak kot. kot kot lah kan tibe2 ada drift ke, ada geng geng bohsia datang lepak dengan hantu kan. citer ni tayang 13 januari. aku momoe effa semangat nak g tengok 2 januari. haha. dekat wayang mane taktau lah, mungkin wayang kulit kot. since citer ni kuar 13 januari. 

kiteorg eager sebab ada deal okey. antara kami bertiga, sapa jerit time tengok cerita nie, kena blanje. haha diorang ni cabar aku. jadi aku buat deal. diorang kata nak tengok aku jerit dalam wayang. amboi, bukan main. haruslah aku control macho kan dengan perempuan. apetah lagi mereka single.( single ke? )
so aku google lah tadi sinopsis cerita ni dan aku jumpa. aku tak baca lagi. aku post dulu dekat blog aku ni, then baru aku baca. baru syok baca dekat blog sendiri. 

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospita sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. 

Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini. Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. 

Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. 



Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?

haaa amacam tertarik tak dengan sinopsis panjang berjelar macam baca announcement raya je. kalau anda rasa cam tak best, sila klik video di bawah. jangan tekan play kalau korang rasa nak tutup mata sampai video 1 minit ni habis okay.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...