NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, December 24, 2010

Kaum Lelaki Mesti Baca : Berkhatan Lebih Sekali Digalakkan

Orait , amaran keras . ni entri khas untuk kaum lelaki @ adam . kaum wanita @ hawa jangan gedik2 nak baca. then jerit jerit " ouww geli " .. piat telinga kang.. tapi kalau nak baca boleh je, informasi ni .. nanti korang ada anak, suami senang kan .. =D .. actually khatan ni normal je, macam lelaki amek tau pasal perempuan punya tiap2 bulan tu, ala ape eh orang panggil. ish segan lak nak sebut..PMS kot.. ke ape ntah..ala faham lah kan.. kalau ada yang adik tak faham, pegi tanya kakak atau emak atau nenek. abg malu nak sebut dik. hehe.

Imam besar Terengganu cakap, jap jap nama dia Aizi Saidi Abdul Aziz, berkata berkhatan lebih daripada sekali bagi golongan lelaki dewasa digalakkan dalam Islam untuk menjaga kebersihan diri. ( nie kot maksud repair repair tu, aku pun taktau, tak penah repair, dan tak pernah buat lebih dari sekali, so takde pengalaman ).. sambung beliau lagi, nak berkhatan sekerap mana pun takde hal sebab kadang kala, ada sesetengah kulit zakar individu cepat tumbuh seterusnya menjejaskan tahap kebersihan diri seseorang.

"Hukum tidak menetapkan individu itu hanya wajib berkhatan sekali seumur hidup. Disebabkan itu, tidak salah bagi lelaki dewasa yang ingin berkhatan lagi walaupun sudah beberapa kali melalui proses itu sebelumnya"

Beliau kata lagi, berkhatan banyak kali bertujuan memulihkan tenaga batin jugak tidak salah dalam Islam tetapi sekiranya niat individu tersebut ke arah melakukan maksiat, maka ia salah dan berdosa.  tapi Dr Rahman Mokhtar kata untuk fungsi ini, tidak berapa tepat. sebab pendapat ini lebih kepada persepsi masyarakat dan mainan psikologi semata-mata. jika ada sekalipun, mungkin hanya secara kebetulan dan hanya satu hinga dua peratus yang benar-benar berlaku. Menurut Dr ni lagi, berkhatan ni istalah untuk sunat kali pertama di peringkat awal je. bila buat dua tiga kali, orang panggil buang kulit. 

Tok mudim kat besut bgtau dalam sinar harian kata ramai lelaki dewasa datang jumpa dia, nak sunat kali kedua, hehe sebab nak pulihkan tenaga batin. hmmm macam-macam ragam. aku biar lah ape jadi pun, tanak ler sunat dua tiga kali neh. seram sejuk dibuatnya. hehe.korang nak ke? hmmm. orait last entri sebelum jumaat. selamat hari jumaat semua nya =D.



erk, besar nya gunting.
Lariiiiiii !!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...