NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Thursday, December 23, 2010

Leonardo DiCaprio Ungguli Senarai Forbes 'Pelakon Menjana Pendapatan Tertinggi 2010'

dah tua dah dia nie. dulu mula mula kena Leo ( aa dia kawan paklong aku. sejak bila pulak aku ada paklong ) masa Titanic dulu. korang tengok tak? part yang aku paling suka time dia buat lukisan Kate Winslet tu. ahaks. lawak2. latest cerita dia ni Inception dan Shutter Island yang terus melonjakkan nama dia sebagai Pelakon Menjana Pendapatan Tertinggi 2010. Inception aku tengok wayang. 5stars. Puas hati. Smart gile. cume lupa nak download, nak tengok balik. Shutter Island aku tak tengok. taktau pun citer tu wujud. hehee. teruskan scrolling down eh sumber yang dipetik dari tempat biasa Mstar. 


LONDON: Aktor Leonardo DiCaprio dilaporkan mengungguli senarai pelakon yang menjana pendapatan tertinggi bagi tahun 2010 dalam senarai majalah Forbes.
Akhbar Daily Star melaporkan kejayaan besar dua buah filem lakonannya iaituInception dan Shutter Island yang mengutip 700 juta pound di seluruh dunia telah melonjakkan pelakon berusia 36 tahun itu dalam senarai tersebut.
Filem Alice in Wonderland yang mengutip sebanyak 667 juta pound pula mengangkat aktres Mia Wasikowska, 21, di tangga kedua dan mengetepikan hero filem itu, Johnny Depp.
Sementara itu, pelakon Daniel Radcliffe, 21, dan Robert Pattinson, 24, pula masing-masing berada di tangga kelima dan keenam.
Filem lakonan Radcliffe iaitu francais Harry Potter mengumpul 505 juta pound danTwilight pula sebanyak 485 juta pound.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...