NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, December 25, 2010

Makan Delima Boleh Kurus Ke ?

baru-baru ni, dekat Fb Chat, ada seorang kawan yang aku tak knal pun, just one of my friends dalam Fb lah, he asked me to try fat burner yang body builder biasa guna, brand ape ntah dalam rm230 maca tu. so aku jawab lah, i'm not a bodybuilder, not even close. yelah kot2 dia nampak body aku berketul ke. ahaks aku tengok macam bola je kot, tapi bukan sebarang bola lah. bola yang digunakan untuk special even je. tapi kalau bola ping pong pun okay gak. haha. cut the crap. hmmm dia cakap bukan untuk bodybuilding je, untuk kurus pun boleh jugak. aku bukan ape, tapi macam susah sket aku nak makan ubat-ubat kurus ni, dahlah harga pun lawa kan. even yang murah-murah pun aku tak penah try lagi, takut membazir. since aku kalau ubat memang makan tak berdisiplin ah. 

so aku ada lah tanya kawan-kawan aku yang kononnya tahu lah pasal fat burner ni semua, dia cakap "ala takyah lah. nanti kalau tak jadi bazir duit ko. pegi minum jus delima. nak lagi best, makan fresh macam tu je buah delima" .. ok aku gelak at first since aku tak pernah dengar pun buah delima ni boleh bagi kurus kan. hehe yang aku tau pati halia tu boleh lah. so aku pun terlupa nak google since benda ni jadi dalam a month ago. then today dalam majalah ni ada lah pasal buah delima. korang knal tak neh buah delima? hmmm. aku share kat blog benda ni orait. 


ni buah delima kot2 ada yang tak knal. 




Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi Surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud, "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta kurma dan delima." Allah menyebut kalimah rumman yakni buah delima sebanyak tiga kali untuk membuktikan betapa hebat penciptaan-Nya dan ia juga disebut sebagai buah syurga. Pada zaman Nabi Musa A.S, buah delima yang berkualiti ditanam di Palestin dan Labenon. Manakala di Timur Tengah, buah delima ni jadi simbol kesuburan bagi perkahwinan dalam kalangan masyarakatnya. Dalam agama kristian, buah delima diangkat sebagai simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal. Berlainan pula dengan agama Buddha di mana buah delima dipercayai sebagai buah yang berkat selain daripada buah limau dan buah pic. Di China, masyarakatnya menganggap buah delima sebagai satu simbol kesuburan, rezeki, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

orait cukup lah intro tu. panjang panjang bukan korang nak baca kan. hehe. buah delima ni juga boleh untuk ubat banyak penyakit macam penyakit jantung, barah, cirit birit kronik, sakit telinga, pandangan kabur, buasir berdarah, muntah berdarah dan banyak lagi. buah delima ni juga merupakan penawar kepada tekanan darah tinggi dan arteritis. Fuhh banyak khasiat kan. tapi susah lah nak cari buah delima kan. yang banyak jual sekarang jus adalah.

so cam ne nak dapat tubuh lebih langsing dengan buah delima. senang je, ambil isi buah delima ini, then korang masukkan dalam segelas air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. sedikit je tau. secubit je. kacau sampai rata dan minum air ni setiap pagi lepas breakfast orait. amalkan secara berterusan. kita tawakkal je. insya Allah jadi. aku tak penah try. lepas ni kena try lah kot2 menjadi. tapi nak cari kat mana buah ni, taktau lah. 

bukan tu je, nak kulit tegang pun boleh dengan delima ni. cara-cara dia cam ni, korang gaulkan setengah cawan biji delima dengan stengah cawan gula putih. pastu masuk kan sekali dua camca besar minyak jeton *zaiton* dan dua titik pati minyak lavender dalam mangkuk kecil. tekan campuran tu guna bahagian belakang camca, then campurkan minyak dan kacau rata. sebab kan nanti bila biji-biji delima pecah, bau dia best, wangi. pastu amek campuran yang hancur tu apply dan urut dekat kulit dengan manja dan penuh pengharapan. macam complicated gile kan? biasa lah nak cantik. mesti ah kena usaha lebih sket. kalau senang, orang tak percaya lak. kulit aku dah gebu, takyah dah nak apply cream. hahaha.

7 comments:

titirara said...

Yang tira tahu buah delima ni banyak khasiat nye kann ?

kakak tira cakap elok untuk penyakit gaout :)

buah ni sedap , sejuk2 lagi sedap . ^__^

manggosteen said...

sedap dan berkhasiat..
tapi lecih la nak mkn...
byk biji..

SyedMuzzamir said...

tira : buah ni ikut musim ke eh? or bila2 je ader ?
manggis : byk teramat biji. lepas makan boleh buat main tembak2 dengan bijik hehe

Wawie Nasution said...

b..mu gile ke ape buah delima susah nk crik?? kt kl ni besepah je..brp kilo mu nak?? hahahah

btw..ak penah try mkn buah delima..
die cam potong selera mu..tp ak x tahan..bibir ak pedih2..huhu..try laaa..kot2 berkesan ke..murah je delima ni..batu delima yg mahal.. :D

SyedMuzzamir said...

eh bersepah ? serious aku hahaha taktau . orait2 nanti kat shah alam kena try beli.hmm asal lak bibir tak tahan ?efek eh? kang aku makan, nanti bibir jadi macam angelina jolie lak hehe

SyedMuzzamir said...

eh bersepah ? serious aku hahaha taktau . orait2 nanti kat shah alam kena try beli.hmm asal lak bibir tak tahan ?efek eh? kang aku makan, nanti bibir jadi macam angelina jolie lak hehe

jusdelima said...

SLM.KETAHUILAH BUAH DELIMA DISEBUT SBYK 3 KALI DALAM QURAN.KETERANGAN LANJUT BOLEH LAYARI.http://jusdelima83.blogspot.com.HUBUNGI 0199311274 US AZIZ.TQ,MMG DELIMA BOLEH MNGURUSKAN BADAN SESEORNG..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...