NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Monday, December 27, 2010

Minum Air Kencing Sendiri ? Erkkk.

selamat pagi. macam biasa lah. aku bukak je mata terus berlari lari ke bawah rumah. cari surat khabar. bukan ape eh, nak baca hiburan. hahaha. bukan nerd eh, aku memang tak suka baca suratkhabar last last. sebab bila baca last, ramai orang dah baca sebelum kita, then surat khabar dah kedut kedut. bila dah ada kedut, tak best baca. sama jugak lah kan, dengan konsep perempuan. bila dah kedut kedut sket, tak best lah nak buat pegang. :) .. 

so tengah belek belek ke bahagian hiburan, ternampak satu artikel bertajuk "Minum Air Kencing" .. terus aku kemam mulut. dah lah tengah minum air teh time tu.. teh o kan warna macam tu sket.. ehem ehem. ni lah surat khabar Harian Metro. berita dia pelik pelik tu yang best.. kalau beli utusan malaysia, korang tau lah kan berita pasal apa, politik yang sangat membosankan. yang tiada penghujung tu kan. berbalik kepada Urine ni tadik. ada sorang Pakcik bernama Singoi neh suka minum air kencing dia sendiri. 

eh dia takde lah tulis dalam biodata dia minuman kegemaran : air kencing sendiri .. takde macam tu.. amboi, takkan lah sampai tahap tu.. bukan dia minum hari-hari ok.. dia minum air kencing dia ni bila dia sakit jer.. sebab dia percaya air kencing dia ni macam air herba gitu.. ish3 macam mana lah pakcik ni boleh minum eh.. serious nak muntah pulak aku duk imagine pakcik ni duk tengah asyik minum..

bermuila 50 tahun dulu, pakcik ni jatuh dari atas pokok langsat.. dia tak leh tahan sakit tu, memang sakit sangat sangat.. die tensen.. ahhh dia marah punggung dia yang sakit, dia tekad nak minum air kencing dia sendiri dengan harapan boleh sembuh.. ( kenapa dia minum air kencing, kenapa tak minum air ribena ke ape je..aku taktau mana dia dapat ilham neh ).. pakcik ni kata lagi mujurlah kesan kejadian yang menyebabkan kencing dia bercampur darah tu pulih selepas beberapa hari kemudiannya pakcik ni jadi sihat terus.. lebih sehat dari biasa ( ni tagline pakcik ni .. jangan tiru.. nanti pakcik paksa minum Urine... buekss )..

kali kedua dia guna Urine dia neh selepas tergelincir dan terjatuh sehingga tangannya patah dan kaki cedera.. dia percaya cara yang dia amalkan ini mujarab, tapi bagi dia je lah.. orang lain mungkin tak.. dan dia tak sarankan pun orang lain ikut cara dia.. fuhhh, pakcik, lain kali diam diam sudah.. saya nak minum air teh pun takleh dah..

p/s : agak agak pakcik ni ada gelas khas tak untuk dia minum air ? 

3 comments:

Enon said...

mmg ade dengar air kencing nie elok..
ade terbaca jgk satu artikel nie, die sesat dlm hutan, nk minum xde air..last2 die minum air kencing die..die sorg je survive..kwn2 lain smue mati sebab xnk minum air kencing sendiri..

allahualam..setiap kejadian, ada rahsianya tersendiri..Allah Maha Kuasa =)

SyedMuzzamir said...

ek ? serious ana baru tau. hehe thank you for the info eh cik enon. hehe

farhana_acimek3 said...

wahhh info yg bgunee...t law sesat lam utan xpela...boleh survive agy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...