NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Wednesday, December 22, 2010

Ngankung Ke Nang Nak Ke Ikut Lah. Best Ke ? 8 Juta tu .

Best ke  ? Tak Sempat nak tengok. Hari tu sempat tengok the making ... je .. nampak macam best .. ekin cakap tak best .. Kena tunggu time kuar kat internet .. kita sedut baik punya .. tapi kalau tak best takkan lah sampai 8 juta kan ? ke sebab Sam orang pergi tengok ?? Misteri ni kena cepat2 dirungkaikan .. =D

PETALING JAYA: Syarikat produksi Metrowealth (MiG) sekali lagi melakar sejarah dalam pencapaian kutipan pecah panggung filem Malaysia apabila Ngangkung berjaya mengutip sebanyak RM8 juta selepas empat minggu ditayangkan.
Kutipan tersebut sekali gus menjadikan Ngangkung sebagai filem Melayu yang mencatat kutipan pecah panggung tertinggi setakat ini.
Filem komedi seram yang mula ditayangkan pada 25 November lalu itu turut mengatasi rekod filem Adnan Sempit yang mengutip sebanyak RM7.8 juta.
Lebih membanggakan, jumlah ini berjaya dikutip dalam tempoh sebulan berbanding tempoh 6 minggu bagi filem Adnan Sempit. Jumlah tersebut termasuk kutipan daripada pawagam bebas.
Selepas empat minggu di pawagam, Ngangkung masih menerima sokongan berterusan daripada penonton. Sokongan ini amat dialu-alukan bagi mencapai sasaran 1 juta penonton yang disarankan oleh pihak kerajaan.
Terdahulu, filem arahan Ismail Hasim atau Bob ini melakarkan sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan minggu pertama tertinggi dalam sejarah filem Melayu iaitu RM3.7 juta.
Dalam kerancakan filem Malaysia ditayangkan setiap minggu sempena musim cuti sekolah, Ngangkung dilihat konsisten menguasai pawagam bersaing pula dengan filem-filem besar dari Hollywood.
Filem terbitan MiG ke-42 ini dijayakan oleh Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jazmin, Putri Mardiana, Eira Syazira, Farisya Fatin, Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet dan ramai lagi.
Tahun 2011 akan menyaksikan lebih banyak filem terbitan MiG menjengah pawagam termasuk Kembar Siang (2 Feb 2011), Kongsi3 2 1 CintaSekali LagiSenario Ops Pocotdan Keramat.
-Sumber Mstar. kenapa Mstar? sebab Mstar paling laju loading online. so takde lah nak tunggu lama. Berita pun dah di summarize kan. Nice. jemput join contest ye kawan2. dekat post lepas. =D

2 comments:

Anonymous said...

sy dah tgok..mmg best gile wak..setiap mase nak gelak je..mase sy tgok tuh,dah almost 2 weeks ngangkung tayang kat panggung.mmg penuh panggung time tuh..cte mmg lawak habis..hehe..nway,salam perkenalan..=)

SyedMuzzamir said...

cik puan netty...
ala nak tengok nye..
kena pegi carik dvd nie..
hari tu ade tgk gak the making..
part paling kelakar yang biskut merie tu.. hahaha..
salam perkenalan gan cik puan.. hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...