comel ? ulang sekali lagi plz. comel?
ape dia? eh mane ade comel
biase je . jangan lah. malu lah. dah2.
ape dia? tembam tembam pun comel.
ouchhh okay aku tutup telinga skrg..
tanak dengar dah..jangan jerit kat
telinga aku.. tau2 ye ye mmg comel pun..
dahlah..nanti ramai orang tahu..
DISCLAMER : gambar diatas bukan untuk tontonan umum. aku takde niat nak tunjuk gambar nie. tertekan upoload tadi. okay kalau korang nak bg penampar, boleh datang dungun malam ni jugak. kalau takde yang datang, maknanya korang suka. gambar nie. haha. jangan klik LIKE ok.
sambungan dari tajuk entri....
Tu yang Boss Nak kan ? Amcam bakat aku ? Lepas tak agak2 Pilih Kasih akan datang ? mesti Erma Fatima amek aku berlakon teater Natrah 3 yang dengar kata nak buat 30 hari 30 malam. FUlamak. Gempak seyh. Hari ni selesai sudah praktikal ku. Selama sebulan duk dapat internet laju,download cerita macam haram banyaknya, menghabiskan bytes2 pejabat, dah sampai hari terakhir dah. mesti orang pejabat cakap " eh bila amer takde, internet jadi laju plak " .. hahah maaflah kak. saya takut membazir je boss bayar tiap2 bulan tapi guna sket je. so saya optimize kan pengunaan tu sebaik mungkin. tenang rasa, tak perlu fikir nak pakai baju apa. nak sembur perfume ape. nak guna seluar apa. haa btol la tu, aku mmg pakai perfume ikut hari kan. ala ala datuk bandar. mane boleh pakai yang sama, nanti orang boleh cam kita pakai perfume. bila orang cam, nanti dorang beli yang sama. isk3 mane boleh. kita kena jadi one in a million orait. baju aku dah selalu sama. haram tak, aku beli baju dekat kuantan parade, dekat butik lah kan konon-konon nya, berharga rm89.90 takde discount pulak tu, then boleh pulak sama dengan bangla india bawak motor dekat roundabout persiaran kat Klang. omg. teruk. tapi corak je sama. material kain berbeza. haha.
bila orang tanya, " apa yang ko dapat praktikal sebulan ", aku bolej jawab dengan bangga " aku download cerita banyak. ilmu ada lah jugak. kiranya aku praktikal ni 50% aku sedut cerita, 50% aku sedut ilmu, balance. baru ying-yang kata orang cina ". mungkin orang lain di court, bosan kan sebulan. aku tidak sama sekali. walaupun aku ade mesej kawan2 cakap bosan. sebenarnya aku berlakon, supaya orang pejabat nampakaku ni seorang yang bz. type komputer macam byk tender je dapat kan, mesej tak brenti mcm dapat kontrak ribu riban juta jutaan. itu lah di nama kan lakonan demi kebaikan semua insan sejagat. kalau aku tak buat mcm tu, nanti staff cakap, pemalas punya budak, patut lah Uitm. haa tgk? teruk nama uitm.jadi aku buat2 rajin, nanti dorang akan cakap, rajin nya amer.bagius sistem uitm. okay lah tu. aku bagi nama baik kat uitm. tapi bila diorang tgk aku makan dekat kfc tadi time jamuan perpisahan. mesti diorang cakap budak uitm ni tak penah jumpa kfc. haiyaaa.
orait, kita sedut skit2 je. byk2 nanti lemau pulak kan. seniorku, Ismat pernah berkata, ramai orang lepas habis praktikal, tukar ambition,tanak jadi lawyer. aku nyatakan dekat sini, yer memang. aku pun tak terasa nak jadik lawyer. aku rasa nak jadi pekerja kat cc yang pakai unifi. laju gempak wa cakap lu. aku tau aku mengarut. tapi takpelah. korang layan lah aku eh. aku rasa macam jadi lawyer ni tade life. haha. hari2 pegi court. hari2 hitam putih la jawabnya since kena pegi court. jumpa client cakap pasal masalah undang2 je. takde pun nak cerita pasal hari hujan baju tak kering, kuih terlebih masak jadi hangus. adoi. tapi bila boss aku cakap duit masyuk, orait aku berubah terus. akan jadi lawyer. sampai tahap bukak firm sendiri. dah stable. orait kerja dari rumah , bia pekerja yang melaksanakan tugas di pejabat. aku goyang kaki kat rumah. main dengan anak-anak. tapi angan-angan tanpa usaha tak jadik kan? jadi aku dah start fikir, nak cat dinding kaler ape. nak cat pintu kaler ape. nak pekerja size kasut apa, tagline syarikat apa. fuhh. insya Allah jadi nyata.
aku sekarang ni dlm perancangan nak buat contest. tapi mati kutu nak buat contest apa. hmmmm.
No comments:
Post a Comment