Aku bace ni dalam harian metro. adoi. orang yang dah kaya raya ni pun tak give up, tak pernah berhenti nak memajukan diri. gile best. mantap. kita ni duit sendiri pun belum ada, setakat bergantung pada ptptn, pinjaman lain, biasiswa ni pun, tak berusaha macam dia. apa macam ? renung renungkan. aku pun ingatkan diri aku jugak. gila pemalas kan. dah gagal byk kali tapi tak amek iktibar. hmmm.
MARK Zuckerberg bekerja keras untuk mendapatkan status bilionair pada usia amat muda - 26 tahun.
Dan meskipun sudah kaya raya, cukup untuk menyara kehidupannya sepanjang hayat, pengasas Facebook itu masih belum puas atau merasa bosan untuk terus bekerja.
Tidak ada tanda-tanda menunjukkan dia akan berhenti bekerja dalam masa terdekat ini.
Genius pengatur cara komputer ini baru-baru ini dilihat berjalan kaki berhampiran rumahnya di utara California dengan matanya asyik tertumpu pada telefon bimbitnya.
Zuckerberg dilihat tidak henti-henti membaca dan menghantar mesej sambil berjalan dan hanya melepaskan pandangan pada skrin telefon itu ketika hendak menyeberang jalan.
Apa juga yang menjadi tumpuannya, CEO sebuah laman perangkaian sosial yang amat berjaya itu sudah pasti memberi tumpuan dan tenagan sepenuhnya pada perniagaannya.
Dan dia sudah pasti tidak menghabiskan masa untuk memeriksa jumlah jualan tiket filem The Social Network yang mengisahkan versi cerita di sebalik kejayaan Facebook.
Filem itu begitu kritikal dan mendapat sambutan hangat di pawagam serta kekal nombor satu di carta Amerika Syarikat selama dua minggu setakat ini dengan perolehan berjumlah AS$46 juta (RM143 juta).
Zuckerberg menolak sama sekali untuk bekerjasama dengan penerbit filem itu serta berikrar untuk tidak menontonnya.
Malah dia memadamkan senarai siri televisyen kegemarannya, West Wing daripada laman Facebooknya kerana ia dihasilkan oleh penulis skrip dan penerbit eksekutif yang sama yang menerbitkan The Social Network, Aaron Sorkin.
Dan tidak hairanlah jika graduan Harvard itu tidak menghabiskan masanya untuk pergi ke pawagam.
Watak Zuckerberg dalam filem berkenaan dilakonkan oleh Jesse Eisenber. Meskipun Zuckerberg membantah mengenai cara dia digambarkan dalam filem itu, bagaimanapun pengkritik berkata, gambaran perwatakannya dalam filem berkenaan hampir tepat.
Dia digambarkan sebagai lelaki muda yang sukar senyum, sentiasa kelihatan cemas, terlalu taksub dan tidak banyak personaliti.
Ramai bekas kakitangan dan rakannya mengesahkan lakonan Eisenber sungguh realistik dengan watak sebenar Zuckerberg.
Dalam pada itu, Zuckerberg bukan satu-satunya orang yang mendakwa kandungan filem berkenaan tidak tepat.
Ramai pakar komputer yang menyelar filem itu kerana kesilapan yang jelas dipaparkannya.
Antara kesilapannya ialah komputer yang digunakan dalam filem yang berlatarbelakangkan tahun 2003 hingga 2004 menggunakan Windows XP Service Pack 3 sedangkan ia sebenarnya hanya dikeluarkan pada 2008.
Dan satu babak lagi menunjukkan Zuckerberg bergegas pulang ke asramanya di Harvard, meletakkan dompetnya pada pintu untuk membukanya.
Pada 2003, semua asrama di Harvard memerlukan pelajar menggunakan kad pengenalan diri untuk meleretkannya pada tombol yang disediakan bagi membuka pintunya.
No comments:
Post a Comment