NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, December 25, 2010

OMG Ziana Zain ! Hot !

kata lah apa saja. tak kesah. dia tetap idaman kalbu. baru jumpa web murai hari ni. best best. yang penting gambar idaman hati banyak kat situ. ni aku kongsi sket2. hehe. bukan aku je kan minat dia. kalau rahimi tengok mesti menjerit neh hehehe. korang scroll down dulu apa Murai kata, aku letak sini sebab tanak susahkan korang kena type pulak http lain. =D


KUALA LUMPUR, 23 DIS 2010: Selekta tirai 2011 harum semerbak nan mewangi kala pelakon dan penyanyi profilik Ziana Zain dipilih untuk menyerikan muka hadapan majalah fesyen dan gaya hidup, InTrend sebagai santapan purnama pertama untuk tahun yang bakal datang serta penuh mendebarkan itu.

Bingkisan 2010 diimbas kembali oleh juita pujaan ramai ini kala pertama kali muncul sempena ulang tahun ke-2 portal murai.com.my pada bulan Januari lalu. Ya, Ziana turut berkongsi bicara rasanya tatkala memori istimewa dirakam.

Begitu indah menyarungkan persalinan mewah Valentino dan Khoon Hooi, jelitawan ramah lagi mempersona ini turut berkongsi suka dan dukanya sepanjang 2010 sebagai rahmat tak terperi melahirkan si kembar ke muka dunia.

Lembaran penuh erti ini juga menyatakan hasrat penuh tersirat Ziana yang tidak tercapai pada tahun lalu dan juga azam barunya pada hari yang mendatang. Ingin tahu apakah ia? Edisi ini ada jawapannya.

Untungnya nasib si wajah rupawan, tatagaya daripada, Iqbal V Azwan dan Kheme Rosly turut melempiaskan sandiwara bergaya sebagai perhiasan beberapa halaman terkini yang dirakamkan oleh jurukamera selebriti popular, Bustamam Mokhtar.

Paduan sempurna jurusolek berprofil tinggi, Khir Khalid dibantu dengan ketulusan jari jemari Ming Wong bagi membait helaian rambut, nyata berjaya melempiaskan pancaran wajah penuh anggun lagi bergaya bak si dara manja.

Tatapi dan rasai lanjutan rakaman belakang tabir sempena pembikinan muka hadapan sangat dinanti-nantikan ini.

Selusuri ilham gaya cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki yang disediakan dari almari ratna dewi dan potret wajah edisi InTrend paling terkini tahun ini.


cantik cukup. semalam ada tengok buku ni
tapi kan hmm rasa macam tak beli lah kot 
sebab gambar2 boleh search kat internet..


InTrend memulakan tirai 2011 dengan janji temu penuh misteri dari laman maya bergelar Facebook yang mungkin adalah kesudahan cerita cinta agung bagi teruna dan dara. Semuanya ada di dalam InTrend edisi Januari 2011. Inspirasi Gaya Hidup Anda.



tengah make up. heaven kan ?
orang siapkan kita semua. bestt.



aku pilih yang nie.
the best pic of all !!
*sengaja dibesarkan*





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...