sekarang mesti orang berlumba-lumba nak update pasal bola. aku taktau pape. aku just tau malaysia menang 3-0, then ada laser2 sket. thats all. cukup lah tu kan. hehe. sambil-sambil mak ayah aku duk jerit-jerit duk tv, mengalahkan penonton dekat stadium tu, aku dengan gaya intelek lagi bijaksana duk belek surat khabar. sampai malam beb aku baca surat khabar. tak ke nerd tu? bukan nerd ok. aku taktau nak buat apa. so aku belek belek balik surat khabar. dan guess what? aku jumpa satu artikel menarik berkaitan dengan aku punye future profession. Peguam Muntah Di Mahkamah? Eh bukan mengandung, bukan keracunan makanan mahupun terlebih makan roti canai satu malaysia time breakfast. tapi kena buatan orang? bukan made in malaysia okeh. made in thailand dah neh.
Peguam wanita berusia lewat 30-an ni hanya mahu dikenali sebagai Bibiyana. mengikut surat khabar ni, dia ni antara peguam terkenal jugak.die ni selalu rasa tak sedap badan. selalu rasa macam diri dia ni diekori berpuluh-puluh makhluk ghaib. aku taktau macam mana dia tahu ade berpuluh-puluh ekor tu, cuma dia je yang rasa. kesannya hidup dia tak tenteram dan segala urusan perbicaraan di mahkamah pun jadi teruk. sebab bila ada perbicaraan, mesti ada berlaku something yang tak diingini dalam mahkamah tu. macam muntah muntah, tibe tibe dia takleh cakap, pitam lah, dan macam macam lagi. dah lama, beberapa tahun dah ni die suffers keadaan macam ni. sampai lah baru-baru ni dia sangat sangat sangat terkejut bila dia jumpa sepotong buluh sepanjang lima inci dalam beg tangannya.
dia ni macam dah tak tahan dah kan, pergi lah mintak nasihat ustaz ustaz. macam mana nak tahan weh, tido tak lewa. bila kerja, tibe2 histeria, badan menggeletar, pengsan..then beberapa bulan yang lalu adalah detik paling teruk sepanjang dia kena gangguan ni, sampai kan dia dah takleh masuk pehabat dia sendiri. macam ada benda halang macam tu. kadang-kadang dia hilang fokus sampai tak tahu kat mana pejabat dia terletak. so sekarang dia biar kosong je pejabat dia, dia buat kerja melalui rumah. lepas dia buat kerja kat rumah lah, tiga hari lepas, dia jumpa buluh tu. hishhh seram sejuk jugak aku baca neh.. adoi.. dia pun taktau dari mana asal buluh ni tapi dia yakin objek ni dihantar secara ghaib oleh seseorang..
so sekarang ni dia guna wangian Kasturi Syifa' .. mesti korang penah dengar kan.. atas nasihat ustaz tu.. at least boleh lah jugak bagi kekuatan dekat dia.. takde lah macam guna tangkal ke ape.. so kira okay lah.. peguam ni masih dalam proses baik pulih lagi.. takut jugak kita ni lawyer nanti satu hari nanti, orang jeles,buat benda tak elok.. mintak jauh ni semua. insya Allah kalau niat kita btol , Allah tolong kan.. =D
2 comments:
semoga terhindar dari segala perkara buruk. good luck lawyer-to-be :D
THANK YOU pharmacist. btol ke tak ntah aku eja. hehehe
Post a Comment