orait, tenung lama lama gambar di atas sampai juling.. ni bukan replika iphone 5 eh.. ni adalah iphone 4.. tak cayer?? btol lah iphone 4.. tak cayer jugak?? kesah lah pulak aku kan korang percaya ke tak.. haha.. takde takde.. btol nie.. ni mmg iphone 4.. tapi nampak lain kan reka bentuk dia.. mesti korang tertanya tanya sambil garu kepala then start mesej kawan kawan yang lain dan ada jugak yang start google dan mungkin ada jugak yang maki hamun aku sekarang sebab duk mengarut panjang2 , tak straight to the point.. hehe.. sabar eh.. ni bukan teknik photoshop ke ape.. memang nyata dan real.. tiada yang benar selain dari yang benar-benar belaka..
orait.. sekali lagi aku confirm kan ni mmg iphone 4.. kenapa ada keyboard.. taraaaaaaa ( sebut dengan nada yang gembira dan riang sekali orait ) memperkenalkan Keyboard Buddy Iphone 4 Case ( part ni suara harus halus macam doraemon ) .. ni produk baru yang menyokong keyboard QWERTY untuk iphone neh.. kira aksesori tambahan lah kan.. ni khas untuk iphone 4 kalau tak silap.. iphone lain boleh campak laut.. haha.. takde takde aku gurau je.. jangan campak laut, campak dekat aku pun okay.. aku kutip..
Keyboard Buddy Iphone 4 Case ni same macam casing iphone yang datang sekali dengan bluetooth keyboard.. so kalau korang pakai casing ni, automatik korang punya iphone bileh slide.. fuyooo gempak wa cakap lu... dengan ade nye keyboard ni boleh type lagi laju lah.. bukan tu je, boleh juga elak korang punya blakang iphone dari rosak apabila jatuh.. so takde lah calar2 nanti kan.. memang lah nampak tebal skit bila pakai casing ni tapi tak kesah lah asal orang nampak anda hebat dan jerit WOW bile nampak anda kuarkan hp anda. so time ni, kalau hp bunyi, boleh buat buat angkat lambat.. bila yakin semua org tengah tengok anda, kuarkan iphone anda.. dan tolong slide dulu sebelum angkat supaya orang tahu iphone anda hebat sangat sangat.
Bateri yang ade dekat keyboard ni boleh dicharge guna USB cable, tak pun charger yang disediakan sekali. tahan lama pada waktu standby selama 45 hari. harga ? cakap pasal harga. takde lah semurah casing biase kan. harga dia RM219 ( sebelum cukai ) see ? berbaloi baloi beb. daripada korang duk kerap kali tukar casing iphone jadi warna biru lah pink lah, baik pakai yang ni. gempak seumur hidup okey.
menarik tak ? gempak kan ? gempak kan ?
sisi tepi yang tampak tebal sket.
cun kan ? kan ? ternganga tak mulut ?
serious aku bukan setakat ternganga je,
air liur meleleh dari tadi. hahahaah.
No comments:
Post a Comment