NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, December 26, 2010

Zitron ? AP ?

short entri before solat Magrib. satu hari tak update kan. nanti orang lupa blog aku. hehe. hari ni bz. sebab ke hulu ke hilir tak hengat dunia. lagipun adik aku guna laptop aku. aa, ada satu laptop je kat umah. pc takde. so dorang terpaksa pinjam laptop dengan abang dia yang baik ni. dan abang dia memang diakui baik, bagi je adik beradik guna. teringin juga beli pc satu kat umah and pasang internet untuk dorang. tak yah g cc kan. tapi ntahlah. 1 masalah duit. 2 masalah nanti dorang malas belajar lak asyik online je. so biarlah dia pergi cc. 

aku ada terbaca dekat suatu blog, hehe misteri tak bunyik nye? suatu blog yang ade gambar burung hantu dan bunyi menyeramkan. haa aku bukan buat contest mencari blog yang hilang atau ape macam segmen Ben Ashaari eh. aku bagi hint kot kot korang jumpa. post dia pasal dia confuse nak beli hp ori or ap. yang kelakar nya kan, dia takut kalau beli hp AP, orang kutuk dia cakap hp dia underwater @ second hand. lawak lah pulak kan. macam ni ye, aku bagi info sket pasal ZITRON and AP dan sudah semestinya bukan aku reka atau aku ikut sedap mulut je. aku mtk tlg abg google jugak tadik 

AP bermaksud Authorized Product, manakala ZITRON ni salah satu daripada pengedar sah set handphone original seperti Nokia dll. Selain ZITRON, ada lagi yang lain macam AVAXX, MIDLAND & BRIGHTSTAR. Original atau AP set ni beza dia satu je,waranti. kalau AP set, korang nak guna waranti, dekat syarikat yang terpilih je. tapi kalau ORIGINAL set, mane2 pengedar sah pun boleh anda hantar hp tu. tu je beza dia kawan kawan sekalian. jadi, cuba anda fikir sebagai contoh HP Nokia5800 time mula mula kuar dulu, ORI set harga RM1200 tapi AP set hanya RM900.Berbaloi ke RM300 anda bayar lebih just untuk dapatkan waranti ORI set? bagi aku tak berbaloi. amat lah membazir.

kalau korang cakap, susah AP punya waranti boleh pakai certain tempat je. Duhai kawanku, kalau hp anda problem, ada pegi hantar mana? pegi hantar kedai yang anda beli kan. then dorang yang akan settlekan hp dengan guna waranti tu. bukan korang kena pegi cari sendiri syarikat mana yang sah dengan waranti tu. so asal nak waranti ORI? takut set AP tak okay? ini bukan issue adik2. sebabnya diorang still kuar dari kilang Nokia dan dll, cuma beza dia waranti je. tu je. aku pun tak pasti nape orang nak sangat beli ORI. mungkin sebab diorang rasa puas kot. tapi dari pandangan aku, hmmm same je. 

aku tak penah pakai ORI set kecuali BB aku. sepanjang aku first pakai hp, aku dah ada lebih 15 HP AP set. takde masalah langsung. tapi ikut lah individu kan.diorang ada purchasing power. aku bagi pandangan aku je. apa2 duit korang. hehe. 

p/s : teringat zaman sekolah menengah dulu, ada kawan aku ni pentingkan sangat barang ORI. semua barang dia tanya. nasib baik dia tak penah tanya, karipap yang aku selalu beli tu ori ke tak. kalau dia tanya, mmg lah aku paksa makan selipar aku yang ORI tu. haha ade ke?  

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...