NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Wednesday, December 29, 2010

Plan Untuk Cuti Mei - September

Orait . tadi kan seorang kawan yang bernama Aizat telah confirmkan bahawa sem depan, cuti sem 3 bulan. seperti yang tentera di tajuk entri tu. so tak pelu nak buat soalan interview tanya aku bila kenapa mengapa sebab apa why how when what okeh. dah clear clear aku bukan staf uitm so aku memang taktau sebab apa. tapi yang pasti cuti lah. UiTM je yang aku tahu. U lain aku tarak tau. sebab aku bukan staf U dorang. annoying tak aku hari ni? hehe sorry la ye tapi aku akan terasa annoyed gile bila orang tanya aku something di luar kemampuan aku sebagai homosapiens. bukan homoseksual eh. bace elok elok sket. jatuh saham aku nanti. 

so sekarang aku dah buat plan. kepada pelajar Uitm yang lain. sila buat plan sekarang okay. ikut lah pesan orang yang lebih tua. ( tak pasal pasal ) 

1) nak pergi holiday. nak pergi Pulau Perhentian.
2) nak buat tour satu Malaysia. nak pergi negeri yang tak penah pegi. Contoh : Penang.
3) nak pegi Universal Studio.
4) nak pergi Indonesia. nak jumpa Cut Tari. hehe.
5) nak berkhemah dekat cameron highland
6) nak KAHWIN.. yeah yeah
7) nak kerja part time

orait plan aku kali ni realistik dan amat simple. untuk melaksanakan plan 1 - 5 , aku kena pergi beli tabung ayam jantan dan start menabung. so amat lah susah untuk aku menabung. jadi aku akan pilih tempat yang paling sikit perlukan duit. dumbrolls sket. aku pilih nombor 2. ahaks, pegi Penang. taktau nak buat apa. tapi rasa nak pergi. haha. pilihan kedua aku dumbrolls sket abang drummer, taraaa aku pilih nombor 5. okay dah boleh potong yang lain. orait dah potong.

untuk merealisasikan plan ke6, aku kena carik jodoh sekarang. yang ni berat sket. tapi aku sedang mula pakai eyemo kat mata, bagi clear sket penglihatan. petang kang nak g jumpa optometris kasi tambah power biar spek aku jadi macam spek xray. boleh check terus duit dalam akaun dia ada berapa dan lain lain. yang ni macam susah sket. sebab jodoh kan. nak kahwin senang je. haha carik tok kadi, akad, kawin lah. tapi aku potong jugak yang ni sebab mesti parents aku x bagi kan. jap nak potong.

last, nak part time. aku tak penah keje pun bila cuti sem. malas lah nak kerja. kalau kerja dekat cc nak ! kalau kerja kena angkat barang dekat Mydin, yeks tanak. malas. first time aku kerja time cuti adalah tahun ni. bulan lepas, tu pun sebab praktikal kan. fuhh. so aku rasa macam aku tak keje gak. so boleh potong pilihan ni. so plan aku tinggal 2 je. tapi bila fikirkan balik, nak pegi penang & cameron,hmmm  mesti ken ada kamera kan. paling teruk pun kena lah bekal satu kamera DSLR. so aku takde. aku terpaksa potong kedua dua pilihan aku tadi. bila tengok balik, semua plan aku dah kena potong. hmmm. so aku nak buat ape eh? korang ada idea?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...