NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, December 24, 2010

PMR terbaek !

Tahniah kepada semua orang yang dah settle Pmr tu ye. Kepada yang berjaya baguslah. Kepada yang kurang berjaya, takpe. at least dah habis kan. nanti Spm buat baik-baik. aku dulu Pmr teruk gak. teruk yang cam ne? hmmm. aku dapat 6A je. 2B. B tu sains dan geografi. lawak kan? geografi pun boleh B. yang tah tahan, sains pun B padahal budak Mrsm. Oleh sebab result yang 'cantik' tu, aku dapat hadiah dari Mara. dorang buang aku dari Mrsm. dia kata bye bye dekat aku macam tu je. sedih okay. teruk jugak lah aku menangisi 'kejayaan' aku tu. time tu Mrsm Kuala Krai. so otw balik tu, aku diam je dalam kereta. 2 hari merajuk, tak makan. hahaha. macam budak kecik. tapi memang time tu budak kecik pun. 15tahun, means 5 tahun yang lepas. 

senang-senang je diorang buang aku kan. aku punye lah setia ngan mara dari form1 sampai form3. tapi takpe. time form4 diorang panggil aku balik. atas alasan dorang kata, dorang nampak sinar kejayaan dalam diri aku ( menipu sangat-sangat. ayah aku buat rayuan okay. siap pergi pejabat Mara ). so dapat lah masuk balik seminggu lewat dari kawan-kawan yang lain. so bermulalah form4 ku sebagai pelajar rayuan. hehe. yang paling penting, sem1 aku berkelakuan baik. Alhamdulillah result okay lah. masuk form5, aku menggegarkan Mrsm Kuala Terengganu, aa lupa nak bgtau, aku diserap masuk ke Mrsm KT. first sem tu dapat dekan lah. hehe. tapi masuk sem 2, aku mengalami kejatuhan yang drastik. melampau-lampau. jadi result Spm ku jugak tidak cantik. dapat lah buat Law sampai sekarang.

Terbaca dekat twitter Khairi Jamaludin yang berbunyi selepas aku alih bahasa berbunyi, Pelajar makin pandai or Exam makin senang. berikutan keputusan PMR yang terbaik kali ni. hmmm. bagi aku, pelajar yang makin pandai. semua orang sekarang ni dah nampak the importance of studying. so semua orang berlumba-lumba sekarang ni. nak kata exam makin senang, hmmm tak jugak kot. dorang blaja in English kan. lagipun biasa nya soalan exam ni level dia sama je dari dulu sampai sekarang. well, aku taktau sangat. korang rasa cam ne? soalan exam makin senang ke? 

2 comments:

Scorpio Warrior said...

tahniah! budak2 zaman sekarang makin pandai2. kelengkapan tuisyen mkin banyak..^^

SyedMuzzamir said...

kan blueberry. budak zaman sekarang. tak mcm zaman kita. eh kite sezaman ke tak?
heheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...