NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, December 24, 2010

Rahsia Jarang Jatuh Sakit

Ada baca Majalah Wanita latest punya ? eh jangan lah sebab nama dia wanita kaum lelaki terasa tanak belek. banyak juga info dikongsi dalam tu. yelah dalam 70% untuk kaum wanita, 30% general. aku selalu jugak belek belek buku ni. mak aku tiap tiap bulan beli. haish. dah takde benda dah kan nak baca. kira layan jugak lah. tapi takde lah lama sangat aku baca. aku jenis baca heading dulu, kalau menarik, baru baca isi dia. even suratkhabar pun aku tak baca detail. sebab tu aku taktau pasal politik neh. paling tak suka untuk baca. drama sangat. tapi macam best jugak jadi orang politik neh. nak nak kalau jadi orang penting dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. gaji diorang yang tuhan, gila gaban banyak. ni aku kongsi info yang aku baca dari buku wanita jugak.. di sini dia nyatakan gaji gaji orang penting kerajaan Malaysia di mana dia amek sumber ni jugak dari jawapan bertulis seorang Menteri di persidangan Dewan Rakyat.


Perdana Menteri : RM22,826.65
Timbalan PM : RM18,168.15
Jemaah Menteri : RM14,907.20
S/U Politik : RM5,709.90
Anda boleh bayangkan sendiri gaji
pegawai korporat. 

Amacam? boleh blah tak gaji diorang? gile best kan. huhu. kira basic boleh menabung tiap2 bulan dalam 5k. dah lah kalau pergi oversea, di tanggung kerajaan. aiseh. tak adil tak adil. okay, dah jauh aku menyimpang neh. kita back to tajuk balik. aku bagi situasi dulu, bagi korang imagine dulu. korang jeles tak tengok kawan-kawan yang jarang sakit. anda ni hari2 sakit. boleh kata dalam sebulan 2 hari je btol2 sehat. hari lain tu, ade pening kepala. sakit perut lah. selesema lah. macam macam? jeles tak? *sila angguk jugak walaupun anda tidak bersetuju. tolong bagi semangat kepada saya untuk terus bercerita* hehe. okay. ramai angguk kepala tu tanda setuju. beres. jom sambung. actually ada beberapa cara sederhana, mudah, simple dan boleh praktis hari hari neh untuk meningkatkan sistem imunisasi terhadap serangan virus penyakit. nie kajian okay, bukan suka hati mak bapak tiri nenek diorang je tulis benda ni orait. so tak perlu nak kecoh cakap, Liar Liar Liar. ahaks speakang pulak dah. ada orang tak mujarab cara ni. depends lah pada individu kan. dahlah takut nak telan ubat. oleh itu, jangan degil. dengar nasihat pakar.

cara pertama, Mandi Air Sejuk. mungkin korang rasa macam, ek eleh. ni je ke? diam dulu. diam diam. diam diam diam diam diam. dah diam dah? untuk pengetahuan pembaca yeah, mandi air yang bersuhu dingin ni boleh tambah jumlah sel darah putih tu sehingga tubuh anda mampu mencegah serangan penyakit. haa kan dah kata. contoh, cuba anda ingat balik sejarah zaman dolu dolu, ingat Mahsuri? time dia kena tikam kan darah dia wane putih. haa tengok ? tu bukti nya mahsuri pun mandi air sejuk dulu. yelah time dulu mane de air panas kan. jadi Mahsuri ni memang terror, die tahu kajian ni, tu dia kata, bila bunuh dia, kuar darah putih kan. mungkin lah kan. ahaks, maaf den bergurau je neh. keturunan dia jangan saman den yeah. sekarang ni takut jugak nak buat blog nie. senang sangat orang nak saman saman.

cara kedua, Minum Air Panas. rajin-rajinlah minum air panas. jangan jadi lurus bendul eh. air panas bukan maknanya air yang baru mendidih tu. ni karang ada pulak yang jenis straight, tak bengkang bengkok. berlari pegi dapur bila air mendidih dan minum. haish. melecur kulit demo pahni. relaks, kawe royak molek doh ni. jange nok wat gege ah pahni. kawe kepok pale kang. suam suam kuku lah maksudnya neh. sebab nya air suam@panas ni boleh bantu tubuh kita ni untuk dapatkan cairan hangat yang membantu meningkatkan sistem imunisasi sehingga tubuh kita ni boleh tepis penyakit dengan sebelah mata je. orait.

cara ketiga, yang ni susah sket kita nak follow. macam hmmm susah lah bagi aku.Kunyah Bawang Putih. haa macam mana ni nak buat. aku hish, bawang pun tak leh telan. apetah lagi yang putih neh. nanti nafas berbau pulak tu. tak caye? korang pegi try test. tahap bau busuk tu sama level dengan makan petai tau. namun begitu, kalau ikut kajian kan bawang putih ni ada zat antimikroba yang baik untuk memelihara kesihatan. oleh itu, untuk elak nafas berbau kan, ada cara dia. bukan mintak tolong wonderpet. wonderpet tu lambat lah. nak kena nyanyi dulu. nak kena bunyi telefon dulu. slows sangat. anda buat sendiri je lah. cuba hancurkan bawang putih tu, then campur dengan satu sudu sirap. hmm aku pun mcm takleh buat. agak lah kan nak minum sirap yang pekat tu. aku tak pasti lah sirap ni ibu sirap or air sirap. kalau aku, baik campur milo. hahaha. selamat mencuba eh. kalau menjadi, bagitau aku. nak jugak tahu.

selesai dah sesi bersama Doktor Syed. Selamat beramal yeah. kesian aku, dulu lepas Spm nak sambung Medic@farmasi, bio dapat 6C. haha. 

2 comments:

iniialahaku said...

tambah ckit...mandi air sejuk disubuh hari...hndar pnyakit n buang lemak..source : dh lupa

SyedMuzzamir said...

hi iniialahaku. oh. time subuh? tak tahan tu. sejuk gile2 time tu.waktu subuh, amek air semayang pun melompat2 hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...