Macam Macam Hal kat terengganu sekarang nie. dah tahu tak bahagia pegi kawin apa pasal. dah selalu kena pukul, kena kurung, termengandung apa pasal? sekarang bila tak tahan, lapor suratkhabar. Adoi. Kesian pun ada. Marah pun ada.Kenapa tak fikir dari awal dik? tu lain, bg yang lain, bercinta tu ada batas okay. jangan nak terlampau memberi kepada pasangan anda. lek lek sudah. nanti kahwin boleh lah nak bagi semua. time bercinta ni, jual mahal lah sket. perrempuan tu, jangan ikut sangat kehendak lelaki. lelaki normal lah ulat bulu sket, gatal sket. bukan semua eh lelaki mcm ni. ada lah sesetengah tu kan. perempuan berhati-hati lah sket. kalau sayang pun, agak agak lah. kalau nak buat menda tak elok tu, ingat mak ayah at least. sakit hati sebenarnya baca Sinar Harian hari ni. korang try baca dulu eh. nanti sama-sama lah kita komen......
KUALA TERENGGANU - “Sejak bercinta lagi, suami sudah menunjukkan sikap barannya. Pantang ada yang tidak kena, saya pasti akan dipukul, disepak dan diterajang tanpa belas kasihan, malah saya pernah dikurung di bawah rumahnya selama seminggu tanpa diberi makan dan minum.
“Tetapi, disebabkan ketika itu saya mengandung, jadi, saya terpaksa mengambil keputusan untuk meneruskan perhubungan ini dan berkahwin dengannya walaupun ‘hati sudah tawar’,” demikian pengakuan mangsa keganasan rumah tangga yang hanya mahu dikenal sebagai Siti, 19.
Menurut ibu muda ini, dia tidak pernah sesekali merasai kebahagian menjadi seorang isteri sepanjang tiga tahun usia perkahwinannya bersama suaminya, 24, yang kini hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah syarikat swasta di bandar raya ini.
“Sepanjang perkahwinan ini, dia tidak pernah sesekali menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa dengan baik.
Sumber ni dari Sinar Harian. Cuba baca ayat dia, sejak bercinta lagi. boleh tahan pulak dia neh. kahwin dengan hati sudah tawar sebab termengandung? amboi senang hati nya. ingat kahwin main2. dik, ni lah silap nya. takpelah nak buat macam mana kan dik dah terlajak kan. jadikan iktibar eh dik. kepada yang lain, ingat lah eh. budak2 sekolah skrg ni form1 dah ada pasangan idup. mak ayah pantau sket anak2. yang sibuk kerja tu, cuba luangkan masa. dah jadi macam ni, dah takleh buat ape dah.
No comments:
Post a Comment