Pantai ni kira dekat lah dari rumah aku kan. Dalam 20mins macam tu. Adik beradik kiteorg mmg suka pegi pantai. pegi pose pose manja. tapi tak penah lagi datang sini. dia tepi jalan. mmg lawa lah kan. korang tengok ulik mayang kat tv3? ala yang Elly Mazlein berlakon tu, fizo omar, sabrina ali dll. aku tak tgk sangat sebab first episod aku tengok macam kelakar. haha. tapi boleh tahan orang kata. so kalau rasa nak tengok, boleh lah pegi download mane mane kan. dah ada ni citer ni kat internet. =D .sambung sambung, semalam ada budak lemas. cuba baca. aku suka share berita dalam sinar harian sebab setiap zon berbeza kan. orang utara takleh baca yang pantai timur kan.
KUALA ABANG – “Pagi sebelum kejadian dia sempat mengenakan pakaian serba putih. Sebelum ini dia tidak pernah memakai jubah putih, rupa-rupanya ia satu petanda dia bakal menemui ajal,” kata Muhamad Daniel Fitri, 14, saksi kejadian lemas yang meragut nyawa seorang pendakwah jemaah tabligh, Bahaman Md Yusof, 26 di Pantai Batu Pelanduk, dekat sini, pagi semalam.
Daniel yang masih trauma dengan tragedi itu ketika ditemui di tepi pantai berhampiran lokasi kejadian yang meragut nyawa guru sementara itu berkata, dia tidak menyangka bakal kehilangan seorang sahabat baik dalam masa terdekat, apatah lagi arwah adalah salah seorang ahli jemaah yang sering bersamanya menyertai aktiviti dakwah di sekitar Dungun sejak 20 hari lalu.
Menurut Daniel, sebelum ini dia menjadi rakan seperjuangan arwah ketika berdakwah di beberapa masjid sekitar Pasir Gudang dan Sri Petaling, Kuala Lumpur sebelum kali terakhir singgah di Masjid Kuala Abang untuk meneruskan aktiviti rutin yang biasanya disertai pada penghujung tahun itu.
“Kami baru sampai di masjid ini pagi tadi. Selepas mengadakan sedikit persiapan, saya bersama arwah serta tiga lagi yang lain turun ke pantai untuk mandi laut.
“Ketika di dalam air, tiba-tiba kami diseret ombak ke tengah laut. Saya hampir lemas, dalam keada an cemas itu, seseorang telah menarik tangan saya sebelum berjaya naik ke atas, arwah ketika itu tercungap-cungap dalam air bersama seorang lagi rakan yang sedang berusaha menyelamatkannya. Seketika kemudian dia terus hilang,” katanya.
Daniel berkata, sebelum sahabatnya itu tenggelam, dia sempat mendengar suara arwah memanggil nama rakannya, Muhamad yang ketika itu hampir tenggelam bersama mangsa setelah difahamkan mengalami ketegangan otot.
“Itulah kali terakhir saya mendengar suaranya, kini dia tiada lagi bersama kami. Yang tinggal hanya kenangan,” kata Daniel yang turut mengiringi jenazah arwah rakannya di Unit Forensik Hospital Dungun.
Mangsa, dari Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Terengganu bersama sekumpulan sahabatnya yang menganggotai jemaah tabligh tiba di kampung Kuala Abang pagi semalam untuk mengikuti satu program dakwah di sebuah masjid.
Bagaimanapun, lima daripadanya dipercayai turun mandi di pantai berdekatan kira-kira jam 10 pagi sebelum dipukul ombak besar menyebabkan mangsa hilang.
Gerakan mencari dan menyelamat oleh pasukan penyelamat membabitkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membawa kepada penemuan mayatnya beberapa meter dari tempat dia dilaporkan hilang sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
ni bukan batu pelanduk eh.
No comments:
Post a Comment