NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Monday, December 20, 2010

Tok Bomoh ! Ahli Sihir ! Get Ready !

Amboi, advance lah pulak law Malaysia neh. nak gubal Akta Sihir pulak dah. hmmm. kenapakah? bukan susah ke nak buktikan benda neh? ish3. hari tu aku ada baca surat khabar undang-undang pemilikan tanah di Malaysia paling lemah di dunia. di dunia kot. haha. lupe dah. tgk tu. daripada gubal akta yang susah nak nampak tu, baik baiki dan improve undang2 yang lemah di Malaysia neh yang mcm undang-undang pemilikan tanah tu kan. ade gak paedah nya. takleh. they know better. =D .


KUALA LUMPUR: Penggunaan sihir atau ilmu hitam yang berleluasa di negara ini sewajarnya mendorong pihak berkuasa mengkaji keperluan penubuhan akta baru yang bertujuan mengawal perbuatan itu bagi memberi pembelaan sewajarnya kepada mangsa.


Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata bagaimanapun sejauh mana keberkesanan dan kesan daripada akta itu perlu diteliti secara mendalam supaya tidak ada pihak teraniaya. “Menggubal akta tidak susah, tetapi sejauh mana keberkesanan dan kesan akta itu perlu diteliti supaya tidak ada pihak teraniaya selepas hukuman dijatuhkan berikutan bukti dikemukakan di mahkamah tidak memihak si mangsa.

“Dalam semua peruntukan akta jenayah termasuk undang-undang Islam, pertuduhan ke atas tertuduh perlu berasas dan dibuktikan melalui perbuatan seperti peralatan dan barangan yang digunakan untuk menghantar sihir terbabit,” katanya ketika dihubungi. - Harian Metro






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...