NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Monday, January 31, 2011

Aku, Broadband & Operator Celcom

Salam .. Rise & Shine .. aku baru bangun .. berdenyut denyut kepala ni .. tak tau .. ni mesti kes tidur lambat ni .. aku tidur lepas subuh .. dalam pukul7 .. kenapa tidur lewat ?? laa , study lah .. siap kan notes semua .. poyo je lebih aku ni .. aku tengok korea lah .. lepas tu gelak sorang sorang .. haish .. hari tu kan aku ada bagitau aku dah bayar bil broadband kan .. by the way bil aku dia renew setiap 3 haribulan .. contoh nya untuk bil februari 3 feb baru dia renew .. sedangkan aku punya limit 5g untuk bulan pertama dah lama habis .. tu yang slow broadband aku .. aku ingat 5g ni banyak .. sikit je rupanya ..

Sebab tak tahan lambat sangat .. 28 feb hari tu aku purchase 1g lagi , yang bernilai rm12. Sekarang offer tau . sepatutnya rm15 .. guna punya guna .. semalam aku rasa broadband aku slow gile .. walaupun tengah malam .. ni tak boleh jadi .. aku nak lawat rumah orang pun makan masa .. nak tunggu loading shoutbox pun susah .. kalau blog banyak widget tu , memang aku takleh masuk langsung .. aku call celcom tadi.. baru je kejap .. dalam masa lima minit yang lepas .. 

Aku mintak check limit broadband aku .. dia kata “ encik , encik dah lebih limit ni.. encik dah guna 1.8g .. tu yang slow tu “ .. aku pun pantas membalas “ celcom ni kedekut lah .. takde ke nak bagi offer raya cina “ .. seraya dia berkata “ encik , yang harga belian untuk tambah usage tu dah murah .. tu lah offer raya cina “ .. sambil garu kepala, aku tanya confident “ susah la broadband slow .. saya nak tambah 10g boleh? “ .. “ hmm maaf cik , 10g takde .. paling banyak 5g je .. “ .. aku terus macam bengang sket “ apa ni takde pulak .. kata no 1 di Malaysia .. 5g lah kalau macam tu “ .. “ okay cik , 5g rm38.88 .. saya sahkan pembelian cik ye “ .. aku terus potong “ opsss jap jap .. saya nak 1g je . tadi saya tengah marah “ .. “ cik ni mana satu ni cik .. 1g ke 5g “ .. operator tu macam dah bengang dengan aku .. “ 1g je .. buat apa banyak banyak bukan saya nak download movie pun “ .. “ encik ni lain kali betul betul cakap .. kalau saya dah klik purchase tadi , kang tak pasal pasal cik kena bayar lebih “ ..

Ahaks. Nasib baik .. kalau dia klik purchase , mati aku nak bayar lebih .. baik kan operator celcom ni ..lemah lembut je .. Nampak gaya memang aku takleh jadi operator .. nanti orang silap sikit , terus kena makin hamun .. huhuhu ..  

6 comments:

LehaMY said...

hehehe . kalu tak ada yang bayar lebih karang~ hehehe :D

amiera said...

kalau dh slow tu sampai bile2 slow eh? kalau upgrade br laju blk?

SyedMuzzamir said...

leha : =D
amiera : tak .. sampai masuk bil baru .. macam aku punya bil 3 haribulan setiap bulan .. so if bulan januari aku dah slow, nanti 3 feb tu die akan renew balik , so masuk balik 5g tu

deeya_89 said...

berukbang memang lame2 lembaps...
pakai pair n lably..
"pelembap" paling berkesan..
hahahha

deeya_89 said...

berukbang memang lame2 lembaps...
pakai pair n lably..
"pelembap" paling berkesan..
hahahha

SyedMuzzamir said...

deeya : hahaha .. patut lah broadband saya putih semacam je .. pakai pair & lably upenye hehee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...