NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label broadband. Show all posts
Showing posts with label broadband. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Aku, Broadband & Operator Celcom

Salam .. Rise & Shine .. aku baru bangun .. berdenyut denyut kepala ni .. tak tau .. ni mesti kes tidur lambat ni .. aku tidur lepas subuh .. dalam pukul7 .. kenapa tidur lewat ?? laa , study lah .. siap kan notes semua .. poyo je lebih aku ni .. aku tengok korea lah .. lepas tu gelak sorang sorang .. haish .. hari tu kan aku ada bagitau aku dah bayar bil broadband kan .. by the way bil aku dia renew setiap 3 haribulan .. contoh nya untuk bil februari 3 feb baru dia renew .. sedangkan aku punya limit 5g untuk bulan pertama dah lama habis .. tu yang slow broadband aku .. aku ingat 5g ni banyak .. sikit je rupanya ..

Sebab tak tahan lambat sangat .. 28 feb hari tu aku purchase 1g lagi , yang bernilai rm12. Sekarang offer tau . sepatutnya rm15 .. guna punya guna .. semalam aku rasa broadband aku slow gile .. walaupun tengah malam .. ni tak boleh jadi .. aku nak lawat rumah orang pun makan masa .. nak tunggu loading shoutbox pun susah .. kalau blog banyak widget tu , memang aku takleh masuk langsung .. aku call celcom tadi.. baru je kejap .. dalam masa lima minit yang lepas .. 

Aku mintak check limit broadband aku .. dia kata “ encik , encik dah lebih limit ni.. encik dah guna 1.8g .. tu yang slow tu “ .. aku pun pantas membalas “ celcom ni kedekut lah .. takde ke nak bagi offer raya cina “ .. seraya dia berkata “ encik , yang harga belian untuk tambah usage tu dah murah .. tu lah offer raya cina “ .. sambil garu kepala, aku tanya confident “ susah la broadband slow .. saya nak tambah 10g boleh? “ .. “ hmm maaf cik , 10g takde .. paling banyak 5g je .. “ .. aku terus macam bengang sket “ apa ni takde pulak .. kata no 1 di Malaysia .. 5g lah kalau macam tu “ .. “ okay cik , 5g rm38.88 .. saya sahkan pembelian cik ye “ .. aku terus potong “ opsss jap jap .. saya nak 1g je . tadi saya tengah marah “ .. “ cik ni mana satu ni cik .. 1g ke 5g “ .. operator tu macam dah bengang dengan aku .. “ 1g je .. buat apa banyak banyak bukan saya nak download movie pun “ .. “ encik ni lain kali betul betul cakap .. kalau saya dah klik purchase tadi , kang tak pasal pasal cik kena bayar lebih “ ..

Ahaks. Nasib baik .. kalau dia klik purchase , mati aku nak bayar lebih .. baik kan operator celcom ni ..lemah lembut je .. Nampak gaya memang aku takleh jadi operator .. nanti orang silap sikit , terus kena makin hamun .. huhuhu ..  

Monday, December 20, 2010

Anak VS Mak Ayah

Hari ni dah 20 Disember, masa bergerak dengan terlalu pantas kan. Ada sepuluh hari lagi nak masuk tahun baru. Yet, I am not ready. Pernah tak korang rasa tibe2 mcm nak pegi lari jauh2 dari kehidupan yang sedia ada. Aku tak maksudkan aku nak pegi masuk olahraga ke ape,yang tu memang tak ah kan. Ade ke pulak aku nak masuk larian tu, gile mmg giler. Its absurb, kata Jolie kepada Pitt. Chewaah. Esok dah last kerja ( ya, dah banyak kali aku ulang ) , maknanya lepas ni kena online guna broadband yang “sangat” laju, pengguna broadband mesti tahu kan. Adoi. Susahlah sket nak online. Tapi takpe nanti kita cuba try.

Kawan aku tadi chat dengan aku. Cerita yang dia bengang bila mak ayah dia suruh buat kerja. Sedangkan mak ayah dia tak buat apa pun. Kenapa tak boleh buat sendiri. Chewaah dah macam si tanggang kan. Tapi aku dengar je lah dulu cerita dia. Dia bagi aku situasi macam nie.

1) Ade gelas atas meja yang tak basuh. So mak dia jerit , Alia ( bukan nama sebenar ) tolong basuh gelas ni . sedangkan mak dia nak pegi dapur. Kenapa tak mak dia je yang basuh. Haa, macam mana korang fikir? Aku macam aa btol jugak budak ni argue.  

2) Ayah dia jerit, “ Sally (bukan nama sebenar) tolong lipar baju tu “ sedangkan ayah dia duk selamba je tgk tv, tak buat kerja. Kenapa tak ayah dia je yang lipat. Sedangkan si sally ni baru je balik asrama. Tak sempat panas lagi punggung tu.

Haa macam mana korang justify benda nie ? boleh kongsi pendapat ye.
Aku justify dengan cara ni. Mak ayah dia bukan malas. Tapi saje nak suruh anak dia buat kerja since satu hari nanti dia akan melalui zaman perkahwinan semua kan, so dah kena start blaja dari sekarang. Yang kedua, mungkin tu cara mak ayah nak rapatkan hubungan ukhuwah dengan anak anak kan. Yang ketiga, hmmm kalau bukan sebab di atas , mmg mak ayah anda pemalas lah tu. Tak boleh tgk anda duduk diam. Haha ni yang aku rasa lah. Orang lain maybe fikir lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...