NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Monday, January 3, 2011

bengang weh .. 
aku baru dapat surat PLKN ..
taik btol .. dapat sijil penangguhan ..
kena buat penangguhan lagi..
bodoh kan..
tak relevan langsung..



PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) menyusuri tahun ketujuh menerusi siri lapan bagi kumpulan pertama bermula hari ini.
Sehingga kini, seramai 519,828 pelatih telah mengikuti program itu sejak tahun 2004 dan sesi baru menyaksikan 42,000 orang daripada 140,000 bakal pelatih.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, dalam tempoh itu banyak penambahbaikan dilakukan dalam PLKN menunjukkan program itu berkesan dan kekal relevan.
“Bilangan soalan mengenai PLKN daripada orang ramai sejak beberapa tahun sehingga sekarang semakin menyusut, satu perkembangan positif.
“Namun pada masa yang sama, ia turut dibimbangi sama ada masyarakat sudah tidak berminat dengan PLKN,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.
Bagaimanapun Abdul Latiff berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di bawah Kementerian Pertahanan telah melakukan kajian mengenai keberkesanan PLKN.
Jelasnya, kajian dengan kerjasama sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melibatkan seramai 61,950 responden.
“Berdasarkan kajian itu, masyarakat begitu positif tentang perkembangan PLKN. Aduan turut diterima sejumlah kecil namun turut berkepentingan untuk untuk penambahbaikan.
“Semuanya akan diberikan maklum balas dan diperbaiki kelemahan itu sama ada berkaitan dengan pelatih, jurulatih atau masyarakat,” katanya.
Kajian menunjukkan maklum balas positif melebihi 80 peratus terhadap semua komponen yang dinilai iaitu semangat patriotisme, perpaduan kaum, semangat kesukarelaan, perwatakan positif, pembentukan remaja cergas serta berkeyakinan.
Setiap pelaksanaan akan memastikan modul yang disampaikan dinamik dan mengikut perubahan persekitaran sosio politik, berdaya saing dalam dan luar negara.
Mengenai pertikaian terhadap PLKN sebelum ini, Abdul Latiff berkata, ia mempunyai kaitan dengan masalah pelaksanaan program berkenaan.
“Setiap perjumpaan dengan mereka yang bertugas di PLKN, saya akan memastikan mereka rajin mendengar dan prihatin terhadap permasalahan yang berlaku.
“Pada masa yang sama, kementerian sentiasa melakukan penambahbaikan menerusi penerapan modul bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa,” katanya.
Sebanyak empat modul diperkenalkan dalam PLKN iaitu modul fizikal, pembinaan karakter, khidmat komuniti dan kenegaraan.
Modul pembinaan karater dikaji semula bagi memperkenalkan sub-modul baru iaitu budaya kerja yang akan disampaikan kepada pelatih dalam latihan bermula tahun ini.
Dalam pada itu, katanya, amat sukar untuk mengukur tahap patriotisme individu tetapi yakin bahawa setiap rakyat Malaysia sudah mempunyai semangat itu.
Antara objektif sub-modul budaya kerja adalah meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama di kalangan remaja dalam integriti menerusi budaya profesionalisme.
Ia turut memberikan hala tuju dan bimbingan kepada remaja agar dapat bekerjasama dalam usaha besar untuk membina masyarakat yang kukuh dengan nilai-nilai murni serta meningkatkan daya saing negara mendepani cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
Menurutnya, menerusi pendekatan PLKN, semangat itu dapat dipupuk secara pintar tanpa berkompromi terhadap perkara membabitkan disiplin.
“Untuk menilai kualiti kesukarelaan dan cinta kepada negara seharusnya perlu diuji menerusi ujian yang sebenar bukan bersandarkan pada PLKN semata-mata.
“Sebagai contoh, krisis ekonomi pada tahun 1997 dan 1998, seluruh rakyat bersama-sama kepimpinan negara mengharungi kemelut itu sekali gus menunjukkan tahap patriotisme mereka begitu tinggi. Itu yang kita mahukan,” katanya.
Mengenai kajian baru dilakukan selepas tujuh tahun PLKN dilaksanakan, Abdul Latiff berkata, bagaimana hendak mengetahui kesannya jika dibuat pada hari pertama.
Tambahnya lagi, sesuatu yang melibatkan emosi dan budaya tidak boleh dibuat dalam satu hari, hari ini buat ujian, esok dah boleh tahu keputusannya.
“Kajian terhadap keberkesanan PLKN adalah tepat pada masanya. Kita mahu melihat perkembangannya terlebih dahulu, bukan sekadar pertambahan bilangan pelatih.
“Fokus kita adalah penyertaan masyarakat dan kesannya terhadap diri mereka dan negara kerana PLKN bukan satu latihan ketenteraan,” katanya.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan sesuatu yang menjadi kewajipan tidak disukai oleh segelintir masyarakat kerana apa yang dipaksa pastinya tidak disukai.
“Tetapi selepas mereka masuk ke PLKN dan apabila tiba waktu perpisahan, semua tak mahu balik. Semua itu sekadar persepsi.
“Banyak perkembangan dari segi sistem penyampaian dalam PLKN, kesannya namun belum cukup memuaskan maka setiap perubahan memerlukan bukti asas,” katanya.
Abdul Latiff menasihatkan JLKN supaya terus membuat kajian penambahbaikan dan memperkukuhkan modul-modul sedia seiring perkembangan semasa menjadikan PLKN sentiasa relevan dengan aspirasi negara dan rakyat.
“Rakyat pula perlu menjadikan PLKN sebagai pemangkin untuk membina masyarakat Malaysia yang bersatu-padu demi kesejahteraan negara.
“Perpaduan itu merupakan aspek paling penting sebagai benteng pertahanan dari segala ancaman dalam dan luar negara,” katanya.




3 comments:

ღ TeRU²bOzUღ said...

Sijil penangguhan? Canne leh PLKN dapat time ni?

eesyaheera said...

wehhh, hari tu aku tangguh sebab g UTM. jangan la panggil lagi T.T

SyedMuzzamir said...

hmmm, hari tu lepas spm dapat.
i tangguh dah.
then kerajaan hantar surat beserta sijil tangguh. dia suruh buat penangguhan lagi.
ee, better tunggu surat. hahaha marah aku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...